Friday, April 1, 2011

Siapa Sahabat Kamu?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selalunya atau kebiasaannya, apabila kita berkawan maka akan timbul dua suasana dan keadaan di kalangan sahabat-sahabat kita.

Pertamanya ialah mereka yang merindui kehadiran sahabatnya bila berjauhan dan kehilangan. Apabila mereka bertemu sama ada secara zahir atau pun maya, mereka berbicara perkara-perkara yang baik tentang hubungan sesama mereka dan hubungan dengan Allah swt. Apabila mereka berpisah maka mereka berpesan-pesan tentang amar makruf & nahi mungkar.

Kedua, mereka yang mencela sahabat-sahabat sewaktu ketiadaan mereka. Harap-harap janganlah pertemuan itu berbentuk komplot atau pun pakatan untuk mengata-gatakan sesuatu yang tiada atau pun boleh mengaibkan maruah sahabatnya.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila berkumpul tiga orang janganlah yang dua orang berbisik-bisik (bicara rahsia) dan meninggalkan orang yang ketiga (karena hal tersebut akan menimbulkan kesedihan dan perasaan tidak enak baginya). (HR. Bukhari)

Namun, jika terdapat diantara sahabat-sahabat kita berpelakuan buruk, maka eloklah ditinggalkan atau pun berdiam diri. Ini dapat mengelakan dosa dan kekufuran.

Sabda Rasulullah saw: "Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang soleh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk. (HR. Al Hakim)

Akhir sekali, ambillah nasihat dari hadis seperti tertera di dalam gambar ini. "Kawan yang soleh ibaratkan penjual minyak wangi, bila berjauhan pun tercium keharumannya!"

Selamat malam. Selamat berbahagia dan selamat menjadi sahabat yang soleh dan dikasihi Allah. Saya doakan semuga Allah merahmati kita hingga ke hari kebangkitan dan pembalasan. Saya mungkin tidak selalu bersama saudara/saudari tetapi hati dan kalbu saya Insyallah tetap bersama dalam jihat kehidupan anda.

Maaf zahir batin saya pohon hingga ke hari kiamat.

Sent from Heaven.

 

6 comments:

  1. Sahabat Professor Dr. Alias Abdullah Salam semua..terimakasih Prof yg memberi kita peringatan yg amat berguna didalam bersahabat..Sama2lah kita mengambil maanfaat dri nasihat ini..Semoga Prof AA dan sahabat2 dirahmati Allah dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala galanya di dalam kehidupan..ameen Ya Jazakkallahu Khairan.

    ReplyDelete
  2. Mustaffa Siraj Nak cari sahabat sejati,
    kena cari dengan teliti,
    ada yang sampai setengah mati,
    ada yang sana sini perhati,
    ada yang berkawan dengan ceti,
    ada yang sangat hai-hati,
    bila dah dapat, happy!

    ReplyDelete
  3. Mona Muchdie Majid wakumsalam sahabat dan Prof yang berhati mulia> Makasih ya sahabat, kerna hari ini ada tazkirah dari Prof dan isi Tazkirah nya amat berguna. Inshaalloh, sy dan juga temen2 yang berada di link Prof akan sentiasa baik dan tidak juga kita gossip yang tidak baik soal peribadi sesiapa yang tidak ada lagi. Malah kami semua mahu jagi saperti kawan yang soleh ibaratkan penjual minyak wangi bila berjauhan pun tercium keharuman nya. Terima tazkirah dari Prof aje , jantong ku tidak copot malah mantaap... hehehe.. susah nak cari temen yang berstatus tinggi dan ilmu nya banyak yang berhati mulia saperti Prof yang saya hargai...afwaan naan ya sahabat dan juga Prof..

    ReplyDelete
  4. Mustaffa Siraj buat baik biar berterusan,
    berbakti biar berpanjangan,
    berbudi tanpa kesudahan,
    agar menjadi insan beriman

    ReplyDelete
  5. Assallamu 'alaikum PDA & sahabat2 yang dirahmati, syukur alhamdulillah dan berterima kasih diatas pengiriman ilmu yang sangat2 berharga dan amat perlu untuk mengigati dan mempratikannya. Untuk mengeratkan siratulrahim sesama kita perlu melipat gandakan ketakwaan dengan selalulah mengingatkan diri ini yang kita ini amatlah kerdil disisi Allah swt.
    Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang menjalinkan persaudaraan yang ikhlas kerana Allah swt maka Allah swt akan meninggikan darjat di dalam syurga.
    Amin Ya Mujibassa'ilin...

    ReplyDelete