Tuesday, April 12, 2011

Dosa Umpama Penyakit Yang Merbahaya.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dosa Umpama Penyakit Yang Merbahaya.

Orang yang berpenyakit memerlukan ubat dan rawatan. Dosa diumpamakan penyakit rohani yang bertempat di hati sebagaimana firman Allah yang bermaksud :



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”.[1]


Bertaubat merupakan terapi, pengubat dan penghapus segala dosa (penyakit) dan pembersih kekotoran hati yang dicemari oleh dosa. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di sebuah hadith baginda :



“Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda : Sesungguhnya jika seorang mukmin itu melakukan dosa, maka dosa itu menjadi noktah hitam di dalam hatinya. Lalu jika dia bertaubat, melepaskan dosanya dan memohon keampunan, maka hatinya menjadi bersinar. Yang demikian itulah tutupan yang di sebut Allah Azza wa-Jalla dalam kitabNya ; Maksudnya :
Sekali-kali tidak (demikian) !!! Sebenarnya dosa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka”.[2]



Al-Hasan radiallahu ‘anhu pula berkata:
“Kebaikan adalah cahaya di dalam hati dan kekuatan bagi tubuh. Sedangkan dosa merupakan kegelapan di dalam hati dan kelesuan bagi tubuh”.[3]



Oleh itu, janganlah dibiarkan hati gelap, lesu dan tersiksa kerana berpenyakit, ubati dan rawatlah hati dengan banyak meminta pengampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun dengan segera dengan cara bertaubat.


-------------------------------------------------------------------

[1] . Al-Baqarah, 2:10.

[2] . Ayat di surah al-Mutahaffifin, 14. Menurut At-Tirmizi hadis ini hasan sahih. Minhajul Qasisin. Ibnu Qudamah. Hlm. 388.

[3] . Lihat: Minhajul Qasidin. Hlm. 388. Ibnu Qudamah.



Lailaahaillallah

1 comment:

  1. alpena said...

    Manusia sering membuat dosa sama ada ia di sedari atau pun tidak hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ia berputar sama seperti petunjuk saat jam tanpa henti, sehinggalahlah ia rosak atau tidak dapat di gunakan lagi. Wajarlah kita sama-sama memikirkan untuk berubah kepada jalan yang di kehendaki dan di tuntut oleh agama Islam. Amal makruf nahi mungkar adalah permulaan bertitik tolak kepada jalan keluar untuk kebaikan dan seterusnya bertaubat.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete