Wednesday, October 12, 2011

Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanja.



 


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga!
 

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah
 
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

MURTAD.



Kenyataan sebegini boleh menjadikan seseorang itu "MURTAD". Berhati-hatilah.

Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita

UPDATED @ 07:44:12 05-10-2011
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita."
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

PENTINGNYA MEMBEZAKAN MALAM DAN SIANG.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Apabila manusia tidak dapat membezakan nikmat kehidupan di waktu malam dan siang maka dengan itu mereka semakin jauh dari rahmat Allah SWT.

Waktu siang Allah jadikan ianya cerah dan terang untuk manusia mencari rezeki hidup. Sementara waktu malam pula Allah berikan kepada manusia untuk beristirehat, tidur, menenangkan diri, beriadah bersama keluarga dan beribadah (bersujud) kepada Allah. 

Namun demikian manusia pada hari ini tidak dapat membezakan 'nikmat' kehidupan waktu siang dan malam. Minda mereka kucar-kacir semasa meniti masa kehidupan.

Manusia acap menyalahgunakan ruang masa yang Allah berikan itu sehingga mengundang keruntuhan moral, kecelakaan, musibah, penyakit dan laknat dari Allah SWT. 

Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 67 yang bermaksud: "Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)."

Di bandar-bandar besar pada waktu malam manusia berbendung-bendung mencari kehidupan songsang. 

Mereka berjegil mata dan berjaga malam demi mencari nikmat kehidupan di luar batasan. Mereka bagaikan kelawar yang hanya tidur di waktu siang dan keluar di waktu malam mencari rezeki dan mangsa. 

Sabda Nabi SAW: "Jangan memaksa dirimu berjaga (tidak tidur) pada malam hari kerana kamu tidak mampu melakukannya. Bila seseorang mengantuk maka hendaklah dia tidur di tempat tidurnya sendiri dan itu lebih aman." (HR. Ad-Dailami)

Fahamilah saudara-saudara ku bahawa Allah SWT menjadikan malam untuk kita tidur dan berehat. Sementara siang pula untuk kita mencari rezeki. Pastikan batasan-batasan itu kerana ada hikmah disebaliknya. 

Maaf zahir batin.


Bezanya Malam & Siang

Saturday, October 8, 2011

Elakan Sifat Tercela.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
JANGAN HANYA MENYERU KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN TETAPI DIRI SENDIRI TIDAK MEMPRAKTIKANNYA. 

Sifat ini diibaratkan sebagai orang munafik dan hipokrit yang tercela yang perlu dielakkan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff; 61:2-3)

Ayat-ayat ini menerangkan kebencian Allah terhadap manusia yang tidak ikhlas, pembohong, lidah bercabang, berpura-pura, hipokrit dan munafik terhadap sesuatu seruan, persetujuan, perjanjian dan percakapan (baik) kepada pihak lain tetapi mereka sendiri pun tidak melakukan atau pun mempertahankannya. 

Jangan hendaknya kita menyeru orang lain supaya tidak melakukan rasuah, mengamalkan riba, menipu dalam apa-apa perkara tetapi diri kita sendiri kerap melakukannya. 

Begitu juga janganlah hendaknya kita menyeru sahabat-sahabat dan saudara mara kita melakukan ibadah dan kebaikkan tetapi kita meninggalkannya. 

Dan janganlah juga kita mewarwarkan kepada sesuatu pihak untuk mempraktikkan sesuatu yang lestari, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan, perpaduan dan persaudaraan tetapi kita menjadi pengkianat kepada amanah itu. 

Sabda Rasulullah SAW; "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

Mudah-mudahan kita mendapat taufik dan hidayah serta rahmat Allah dari tazkirah ini. 

Maaf zahir batin

16 September 2011

Art of Pretending