Saturday, April 2, 2011

Pantang Menyerah Sebelum Ajal.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Hadith :


Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:

Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu
malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:
Wahai Tuhanku,
hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi
matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.

(HR.Bukhari)


Huraian:


Sebagaimana sedia maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar
dalam apa jua perkara dan kesulitan yang di alami di samping berdoa
memohon petunjuk dan pertolongan daripada 
Allah SWT.
Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada 
Allah SWT 
yang
di berikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh manakah keteguhan
iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah SWT.


Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan
ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang
demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah SWT
hingga diri tersesat jauh dari jalanNya.


Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang
di alami itu adalah suatu tanda kasih sayang 
Allah SWT
 kepada hamba-hambaNya
di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, 
Allah SWT 
akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.


Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hambaNya
mesti yakin akan kebesaran kuasa 
Allah SWT 
 dan janji Allah SWT serta tidak
berputus asa kerana hidup adalah suatu perjuangan.
Bak kata pahlawan Melayu:
" Pantang Menyerah Sebelum Ajal "
Wallahu a'lam.


Perjuangan itu jihad.








No comments:

Post a Comment