Monday, April 11, 2011

Beragama Mengikut Perspektif Islam.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Beragama Mengikut Perspektif Islam.


Al'Quran telah mengariskan satu prinsip yang begitu kukuh megenai perihal penganutan beragama mengikut perspektif Islam, sebagaimana Allah SWT berfirman ; didalam Surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّغُوتِ وَيُؤْمِن 
بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 


Adalah bebas bagi manusia untuk menentukan pilihan beragama mengikut kepercayaan mereka sebagaimana yang diajarkan melalui surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud ;

"Katakanlah:Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka jika manusia yang ingin beriman hendaklah ia beriman. Sesiapa yang ingin akan kafir biarlah ia kafir."

Terjemahkan !!! Apa yang dimaksudkan dengan penganutan beragama ?
Manusia yang inginkan kebebasan berhak memilih kepercayaan yang dikehendaki menjadikan agama anutan yang disukainya.

Jelas bererti, sesama manusia tidak mempunyai hak untuk memaksa dengan paksaan kekerasan bagi menarik mereka supaya mengikut, menganuti sesuatu kepercayaan.

Cara untuk menarik mereka kepada Islam hanya dengan berdakwah atau memujuk, dengan adanya kekuatan berhujah dengan dalil akal yang sempurna, lagi mempersonakan maka ia adalah sebaik-baik usaha.
Ransangan saperti ini perlu dijuruskan kepada balasan Allah swt kepada kita untuk mendapatkan pahala akhirat dan juga pengertian akan azabNya diakhirat nanti.

Kebebasan Menentukan Pemilihan.

Perspektif dalam Islam itu sendiri telah mengakui akan tidak kesepakatan didalam banyak perkara oleh manusia, termasuklah perihal bersangkutan serta berkeyakinan beragama dimuka bumi ini.

Tiada siapa yang dapat dan boleh menafikan dari Allah swt yang maha berkuasa, keatas segala ketentuan datang dariNya, dan apabila Dia menghendaki nescaya umat manusia ini dijadikan satu umat sependirian dan sekeyakinan maka jadilah ia, sebagaimana firmanNya dalam surah Hud ayat 118 - 119 yang bermaksud ;


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةًۭ وَحِدَةًۭ ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ إِلَّا مَن رَّحِم رَبُّكَ ۚ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ   

"Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya."

Kalimat Tuhanmu yang berkeputusan telah menetapkan sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan jin dan manusia yang derhaka kesemuanya.

Dari maksud terjemahan ini ternyata manusia memang suka berselisih dan akan sentiasa sedemikian, kecuali mereka yang memperolehi  rahmat kasih sayang Allah swt.

Sudah termaktub, demikianlah Allah swt memberikan watak pembawaan dalam mencipta akan manusia itu.
Ayat 99 didalam surah Yunus menegaskan bahawa ketentuan iman itu datangnya dari Allah swt, tetapi manusia boleh menentukan sendiri pilihan tanpa ada sebarang paksaan, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud;

Jikalau dikehendaki olehNya! sudah pasti semua manusia akan beriman dimuka bumi ini, seluruhnya.
Justeru !!! Apakah kamu mahu memaksa manusia menjadi orang-orang yang beriman kesemuanya ?
Dalam maksud firman Allah swt itu sendiri telah menerangkan adanya tekanan tentang adanya kebebasan untuk manusia menentukan pilihan sendiri menerima Islam sebagai agama " Adeenul Haq ' yang benar disisi Allah swt atau disebaliknya.

Sehubungan ini Allah swt dengan terang menegaskan iman atau kafir terserah kepada manusia untuk membuat pilihan, telah nyata kebenaran sebagaimana firman Allah swt didalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud;

Katakanlah! " Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang inginkan keimanan hendaklah ia beriman dan barang siapa yang inginkan kafir biarlah ia kafir.

Wallahu a'lam.


Mekah

No comments:

Post a Comment