Wednesday, October 12, 2011

Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanja.



 


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga!
 

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah
 
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

MURTAD.



Kenyataan sebegini boleh menjadikan seseorang itu "MURTAD". Berhati-hatilah.

Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita

UPDATED @ 07:44:12 05-10-2011
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita."
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

PENTINGNYA MEMBEZAKAN MALAM DAN SIANG.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Apabila manusia tidak dapat membezakan nikmat kehidupan di waktu malam dan siang maka dengan itu mereka semakin jauh dari rahmat Allah SWT.

Waktu siang Allah jadikan ianya cerah dan terang untuk manusia mencari rezeki hidup. Sementara waktu malam pula Allah berikan kepada manusia untuk beristirehat, tidur, menenangkan diri, beriadah bersama keluarga dan beribadah (bersujud) kepada Allah. 

Namun demikian manusia pada hari ini tidak dapat membezakan 'nikmat' kehidupan waktu siang dan malam. Minda mereka kucar-kacir semasa meniti masa kehidupan.

Manusia acap menyalahgunakan ruang masa yang Allah berikan itu sehingga mengundang keruntuhan moral, kecelakaan, musibah, penyakit dan laknat dari Allah SWT. 

Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 67 yang bermaksud: "Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)."

Di bandar-bandar besar pada waktu malam manusia berbendung-bendung mencari kehidupan songsang. 

Mereka berjegil mata dan berjaga malam demi mencari nikmat kehidupan di luar batasan. Mereka bagaikan kelawar yang hanya tidur di waktu siang dan keluar di waktu malam mencari rezeki dan mangsa. 

Sabda Nabi SAW: "Jangan memaksa dirimu berjaga (tidak tidur) pada malam hari kerana kamu tidak mampu melakukannya. Bila seseorang mengantuk maka hendaklah dia tidur di tempat tidurnya sendiri dan itu lebih aman." (HR. Ad-Dailami)

Fahamilah saudara-saudara ku bahawa Allah SWT menjadikan malam untuk kita tidur dan berehat. Sementara siang pula untuk kita mencari rezeki. Pastikan batasan-batasan itu kerana ada hikmah disebaliknya. 

Maaf zahir batin.


Bezanya Malam & Siang

Saturday, October 8, 2011

Elakan Sifat Tercela.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
JANGAN HANYA MENYERU KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN TETAPI DIRI SENDIRI TIDAK MEMPRAKTIKANNYA. 

Sifat ini diibaratkan sebagai orang munafik dan hipokrit yang tercela yang perlu dielakkan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff; 61:2-3)

Ayat-ayat ini menerangkan kebencian Allah terhadap manusia yang tidak ikhlas, pembohong, lidah bercabang, berpura-pura, hipokrit dan munafik terhadap sesuatu seruan, persetujuan, perjanjian dan percakapan (baik) kepada pihak lain tetapi mereka sendiri pun tidak melakukan atau pun mempertahankannya. 

Jangan hendaknya kita menyeru orang lain supaya tidak melakukan rasuah, mengamalkan riba, menipu dalam apa-apa perkara tetapi diri kita sendiri kerap melakukannya. 

Begitu juga janganlah hendaknya kita menyeru sahabat-sahabat dan saudara mara kita melakukan ibadah dan kebaikkan tetapi kita meninggalkannya. 

Dan janganlah juga kita mewarwarkan kepada sesuatu pihak untuk mempraktikkan sesuatu yang lestari, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan, perpaduan dan persaudaraan tetapi kita menjadi pengkianat kepada amanah itu. 

Sabda Rasulullah SAW; "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

Mudah-mudahan kita mendapat taufik dan hidayah serta rahmat Allah dari tazkirah ini. 

Maaf zahir batin

16 September 2011

Art of Pretending

Saturday, September 17, 2011

Ummu Al Qur'an.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
Surah Al Fatihah.
Ayat-ayat Al Fatihah ini begitu sempurna sekali maksudnya, yang memberi erti akan hakikat kepada kehidupan yang sebenar.
Semua jawapan yang menyeluruh ada di dalam surah ini, memberi pengetahuan ilmu yang begitu sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesiapa yang mengerjakan solatnamun ia tidak membaca " Ummu Al- Qur'an " yakni surah " Al Fatihah " di dalamnya makasolatnya hanyalah tipuan...maka solatnya hanyalah tipuan...maka solatnya hanyalah tipuan, tidak sempurna."

Kemudian di tanyakan kepada Abu Hurairah r.a:
Bagaimana kalau kami berada di belakang imam?
Abu Hurairah r.a. menjawab:
Bacalah Al Fatihah dalam hati mu, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Azza wa jalla berfirman:
" Aku bahagi solat itu menjadi dua; sebahagian untuk KU dan sebahagian lagi untuk hamba KU, dan untuk hamba KU akan Ku berikan apa-apa yang di minta.
Apabila seorang hamba mengatakan "Alhamdu lillahi rabbil 'alamin  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ" , Allah menjawab: Hamba KU memuji KU.
Apabila seorang hamba mengatakan "Arrahmanirrahim الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ" Allah menjawab: Hamba Ku menyanjungi Ku.
Apabila seorang hamba mengatakan "Maalikiyaumiddin مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ" Allah menjawab: Hamba KU mengagungkan KU juga Hamba KU menyerahkan urusannya kepada KU.
Apabila seorang hamba mengatakan "Iyyaa kana'budu wa iyyaa ka nasta'iin إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ " Allah menjawab: Ini adalah untuk KU, dan untuk hamba KU apa-apa yang di minta.
Apabila seorang hamba mengatakan Ihdinashiraathal mustaqiim  " اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ" 
"shiraaathallaziina an'amta 'alaihim ghairil maghduubi 'alaihim wa ladh dhaliin
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّي"
Allah menjawab: Ini adalah untuk hamba Ku, untuknya apa-apa yang ia minta. "
[ HR, Imam An Nasai].

Demikianlah kandungan surah Al Fatihah sehingga Rasulullah s.a.w mengucapkan " Aamiin " setiap selesai membacanya.
Ungkapan aamiin bukanlah dari Al Qur'an, ianya adalah perkataan Rasulullah s.a.w yang di ajar
oleh " Jibril a.s ".

" Aamiin " yang bermaksud perkenankanlah Yaa Allah apa-apa yang kami pohonkan. Sebagai hambaNya maka tidak cukup mangatakan " tunjukilah aku jalan yang lurus " maka perlu mengatakan " perkenankanlah apa yang kami pohonkan ini ".

Wallahu a'lam.

Saturday, August 13, 2011

Iman Adalah Tiket Ke Syurga.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya teringat satu lirik nasyid dari kumpulan Raihan yang berbunyi:
"Iman adalah mutiara di dalam hati manusia, Yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa.....Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai...."

Iman adalah sesuatu yang harus dibina dan dipupuk melalui amalan-amalan yang digariskan oleh Islam.

Namun, Iman bukanlah suatu yang mutlak milik kita. Jika kita berkata kita telah banyak beribadat dan beriman kepada Allah SWT maka hendaklah kita selalu ingat bahawa Iman itu tetap akan diuji oleh Allah.

Di dalam bulan Ramadan, membeli juadah untuk berbuka puasa juga adalah ujian tentang keimanan kita. Apakah juadah kita itu sesuatu yang keterlaluan dan membazir?

Begitu juga ucapan-ucapan dan ungkapan-ungkapan kita semasa berpuasa adalah ujian keimanan kita kepada Allah.

Malah jawatan, kuasa dan keluarga yang diamanahkan kepada kita juga menjadi sebahagian daripada ujian Allah tentang keimanan kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ankaboot, ayat 2-3 yang bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Hendaklah kita selalu beringat bahawa IMAN ITU BUKAN PERCUMA, IA TIDAK HADIR DENGAN SENDIRI DAN IANYA TETAP AKAN DIUJI DISUATU MASA NANTI.

Apakah kita sudah bersedia dengan kekuatan Iman yang ada?


Best wishes from:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
www.mip.org.my


----------------------------------
"A true conservationist is a man who knows that the world is not given by his fathers but borrowed from his children."

Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Ramadhan al Mubarak.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menjelang kedatangan " Ramadhan Mubarak" .

Salam ramadhan & selamat melaksanakan ibadah shaum/puasa, semoga ianya dapat meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita dibulan yang suci dengan penuh keberkatan dan maghfirahnya.

Shaum atau Puasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak meliputi kata-kata, mahupun do'a-do'a tertentu dan juga memperagakan gerak-geri, ianya berbentuk nyata yang tidak boleh dipegang [dirasa], ia adalah satu sikap pasif yang berbentuk penghindaran kepada diri dari segala kegemaran atau kesukaan, baik merupakan yang berbentuk makanan, minuman mahupun berupa hawa nafsu....

Umumnya puasa adalah menghindari diri dari nafsu-nafsi dan khususnya menghindari dari pendengaran, penglihatan, lidah dan seluruh anggota tubuh dari segala bentuk dosa.

Oleh yang demikian puasa itu adalah suatu ibadah dari usaha pendekatan diri kepada Allah SWT. Sama-samalah kita mengerjakannya dengan berkeyakinan, semoga ianya akan mendapat keredhaan dan diberkati olehNya.

Dikesempatan ini saya mengucapkan "Salam Ramadhan" buat semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT, " Ma'af Zahir dan Batin ".

Wassallam.


Ramadhan al Mubarak

Wednesday, July 13, 2011

Nasihat.



  
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sentiasa bersedia dan serahkan diri ini untuk melaksanakan hukum agama kepada segala peraturan dan undang-undang Islam, kerana Islam di ambil dari perkataan "Selamat", yang membawa maksud "Selamat Dunia dan Akhirat". Janganlah sesekali mengkiaskan sesuatu perkara mengenai urusan agama yang bersabitkan dengan hukum itu menurut kata akal ini, oleh kerana akal itu terbatas cara berfikirnya sepertimana terbatasnya penglihatan kita melihat.

Wallahu a'lam.

Selamat