Friday, April 1, 2011

Lakukan Sujud Sejadah/Tilawah BiIa Ketemu Ayat Sajadah




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila masuk bulan Ramadhan nampaknya kita selalu 'bergelut' untuk 'pulun' dan kadang-kadang 'balun' di dalam membaca Quran (maaf bahasa yang agak kurang enak!) Jika boleh nak habiskan satu Quran dalam bulan Ramadhan ini.

Ketahuilah bahawa di dalam al-Quran terdapat 15 ayat sejadah. Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran (Hadis Hasan riwayat Abu Daud). Namun jumlah sujud tilawah yang dilakukan hanya 14 sahaja kerana dalam surah Al-Hajj terdapat 2 ayat Sajadah; mazhab Syafie memilih untuk sujud pada ayat terakhir (ayat 77 surah Al-Hajj) manakala mazhab Hanafi memilih untuk sujud pada ayat pertama (ayat 17 surah Al-Hajj).

Berikut ini adalah bacaan sujud Sajadah yang boleh kita pelajari: سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Mudah-mudahan kita mendapat sesuatu yang baik dari ilmu ini. Jangan pula tinggal sujud sejadah kali ini!

Saya hanya menyampaikan.


The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])



1 comment:

  1. Hukum-Hukum Sujud Tilawah.

    1.Sujud tilawah di sunatkan bagi yang membaca dan yang mendengar ayat sajdah.
    [Pendapat ini di setujui Malik dan Ahmad, maka kata Abu Hanifah sujud tilawah itu wajib].

    2.Pendengar yang tidak sengaja mendengar bacaan yang sedang di baca oleh yang membaca, tidak begitu kuat di sunatkan bersujud.
    [Pendapat ini di persetujui oleh Malik dan Ahmad, kata Abu Hanifah wajib juga bersujud]

    ReplyDelete