Wednesday, April 13, 2011

Seorang Dr.Neurologi Menemui Keajaiban Perintah Allah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam ... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
" Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemui dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan
"Perubatan Melalui Al-Qur'an. "

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. 

Apabila di tanya bagaimana dia tertarik  untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. 

" Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika  seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang."

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah SWT...kepada yang tidak menunaikan sembahyang ,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah SWT dengan agama-Nya yang indah ini.


NASIHAT IMAM SYAFIE :
Empat Perkara Untuk Sihat &
Empat perkara menguatkan badan.  
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan.
1. banyak berkelamin (bersetubuh). 
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat. 
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata.
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan.
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran.
1. tidak banyak berbual kosong. 
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

EMPAT CARA TIDUR :
1. TIDUR PARA NABI.
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH.
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA. 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN.
Menelungkup/meniarap [tiarap] seperti tidurnya ahli neraka. 
Wallau a'lam.


Bersujud.











2 comments:

  1. Kalau rajin … Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
    Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
    yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
    mengajarnya meskipun dia sudah mati.

    ReplyDelete
  2. nice post

    (ilmanmuttaqin.student.ipb.ac.id)

    ReplyDelete