Thursday, May 19, 2011

Kenikmatan Syurga Untuk Siapa ?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahli Syurga menurut Al Qur'an di sebut secara tidak langsung firman-firman Allah SWT yang menjelaskan dengan terang bahawa mereka-mereka yang menjadi penduduk atau penghuni syurga atau ahli syurga secara menyeluruh [global] adalah manusia yang sewaktu hidupnya telah benar-benar beriman dan taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan serta menjauhi segala laranganNya, mereka adalah yang bertakwa kepada Allah SWT.

Pendekatan yang di maksudkan kepada mereka-mereka yang ikhlas dan benar-benar beriman dengan sempurna dan beramal soleh, bertakwa [muttaqin] menurut Al Qur'an adalah orang-orang yang antara lainnya sebagaimana telah di firmankan Allah SWT yang bermaksud ;


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَتُهُۥ 

زَادَتْهُمْ إِيمَنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَهُمْ 

يُنفِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila di bacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." 
(Surah. AL ANFAAL: 2-3)

أُو۟لَٓئِكَ هُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ حَقًّۭا ۚ لَّهُمْ دَرَجَتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌۭ وَرِزْقٌۭ كَرِيمٌۭ 

"Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia." 
(Surah. AL ANFAAL: 4)

Sebagaimana ayat-ayat yang tersebut di atas, telah menjelaskan bahawa ciri-ciri serta sifat mereka yang benar-benar beriman adalah sangat sempurna dan bertanggungjawab terhadap imannya, merekalah yang layak menjadi calon ahli syurga...insyaAllah!

Ciri-ciri dan sifat-sifat selainnya adalah :

1. Beriman kepada yang Ghaib. 
Iaitu, mengiktikadkan adanya sesuatu yang Maujud, yang tidak dapat di tangkap oleh panca indera, kerana terdapat dalil yang menunjukkan kepada adanya, saperti adanya ; Allah SWT, Malaikat-malaikatNya, Hari Qiamat, Syurga, Neraka, Ash Shirath, Mizan dan sebagainya.

2. Mempercayai akan kebenaran isi kitab Al Qur'an dan mengamalkannya.
Percaya akan kitab-kitab yang di turunkan sebelum Al Qur'an [Taurat, Injil, Zabur  serta suhuf-suhuf lain yang tersebut di dalam Al Qur'an yang di turunkan kepada para rasul.

3. Mendirikan sembahyang dan berseru kepada orang lainuntuk ikut serta melaksanakannya.

4. Yakin akan adanya kehidupan di akhirat, yakni benar-benar percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.

5. Apabila mendengar sebutan Allah maka hati ini jadi gementar.

6. Sentiasa bersabar atas apa yang menimpa.

7. Apabila mendengar bacaan ayat-ayat Allah SWT maka bertambahlah keimanannya.

8. Membelanjakan sebahagian rezeki [harta benda] di jalan allah SWT.
Umpamanya, memberi sedekah wajib, yakni berzakat, memberi sedekah sunat, menyumbang harta benda untuk kepentingan agama Allah SWT yakni amal jariah.

9. Sentiasa berserah diri kepada Allah SWT.

Mereka-mereka yang tersebut ini akan memperolehi beberapa darjat ketinggian di sisi Allah SWT. InsyaAllah! akan mendapat keampunan dan nikmat [rezeki] berserta keuntungan, kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan, di dunia mahupun di akhirat, mereka-mereka yang mulia inilah yang akan mendapat petunjuk dari Allah SWT.

Wallahu a'lam.



Masjid

Anggota Keluarga Ahli Syurga.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kebiasaannya yang di takrifkan dan di fahami definasi "Ahli Keluarga" itu terdiri daripada suami isteri [ayah dan ibu], anak-anak dan cucu- cicit.

Apakah suami isteri dan anak-anak sebagai "Ahli Keluarga Syurga" di kumpulkan menjadi satu di alam akhirat [syurga] kelak?

Terdapat ayat di dalam Al Qur'an menyatakan [mengisyaratkan] dengan jelas di mana jika anak-anak cucu mereka itu benar-benar beriman dengan darjat keimananya serta amal solehnya setara mengikut orang tuanya, maka anak cucu dari keluarga itu akan berkumpul bersama-sama dengan orang tua mereka di dalam syurga.

Firman Allah berbunyi dan bermaksud :


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۢ ۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ


Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[Maksudnya, anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapak- bapak mereka, dan di kumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam syurga.]
(Surah. ATH-THUUR: 21)

Dari surah tersebut dengan jelas kita memahami bahawa keluarga daripada anak cucu yang beriman dapat bersama-sama berkumpul pada suatu tempat di syurga, asalkan mereka mengikuti orang tua mereka di dalam hal keimanan yakni beramal soleh dan ketakwaannya.

Kesimpulan ini amatlah jelas di mana sesuatu keluarga yang di pimpin oleh sang suami sebagai ketua keluarga perlu menitik beratkan kepada keluarganya untuk membimbing mereka kearah perihal pembelajaran pengajian keagamaan Islam yang sempurna.
Jika tidak berkemampuan [berkelayakan] untuk membimbing adalah menjadi tanggungjawab dan berkewajipan supaya mencari guru yang ariff mengenainya dan berserahlah kepadanya untuk mendapatkan ilmu, khusus mengenai ibadat, ia adalah satu tanggungjawab untuk kaum bapa yang wajib di segerakan.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa di akhirat nanti ialah dosa membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama.

Kepada Allah SWT di pohon taufiq dan hidayahNya untuk kita sama-sama dirahmati agar dapat menyempurnakan tugasan [tanggungjawab] ini menuju kejalan yang di redhai dan di permudahkan...insyaAllah!

Wallahu'alam.

Wednesday, May 18, 2011

Mengkhianati Amanat!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai Insan Yang DiRahmati!

Allah Ta'ala berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَنَتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (QS. AL ANFAAL:27)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak memegang amanat dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak memegang janji."

Waktulah yang begitu berharga buat kita, masih sanggup mensia-siakannya! Mengapa?

Nafsu-nafsi sering memporak-perandakan kita, masih kekal di turuti dan di patuhi! Mengapa?

Rapinya catatan amalan buat kita, pernahkah terfikir apa yang kita tinggalkan di dunia ini sebelum kita berangkat meninggalkannya pada bila-bila masa sahaja, berkemungkinan dalam kiraan saat sahaja penentunya. Benarkah! Mengapa?

Sebelum kita di tempatkan di liang lahad yang gelap gulita, menjadi makanan cacing di perut bumi yang tiada bertingkap dan berpintu, alangkah baiknya di fikirkan untuk memilih waktu yang sesingkat ini di penuhi dengan perkara-perkara yang boleh membawa keuntungan untuk di jadi sebagai bekalan, buat kita membawanya pulang kelak, semoga ianya akan di terima...InsyaAllah!

Seandainya seseorang penderhaka yang telah pulang kerahmatullah di beri kesempatan untuk memilih, niscaya akan memilih kembali mengejar waktu di dunia ini untuk beramal, pastinya tidak akan mensia-siakannya untuk memanfaatkan waktu yang begitu sedikit ini. Jangan sesekali terfikir yang waktu sentiasa masih panjang atau waktu sentiasa menunggu buat kita.

Perlu kita ingat dan tanamkan di benak ini bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengistiharkan " hakikat jenayah " ini sebagai hukumnya menjadi " Orang Munafik. "

Maka dengan ini hendaklah kita menjaga diri dari aspek permasaalahan amanat ini dengan sewajar-wajarnya.

Wallahu a'lam.


mengapa

Tuesday, May 17, 2011

Penganiayaan.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Allah SWT berfirman:

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ ٱلْعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رَبَّنَآ أَخِّرْنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوٓا۟ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ

مَا لَكُم مِّن زَوَالٍۢ 

Maksudnya:

Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim:" Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul ". (Kepada mereka dikatakan):" Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?

(Surah.Ibrahim: 44)

وَسَكَنتُمْ فِى مَسَكِنِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ وَضَرَبْنَا لَكُمُ ٱلْأَمْثَالَ 

Maksudnya:

Dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.

(Surah.Ibrahim: 45)

إِنَّمَا ٱلسَّبِيلُ عَلَى ٱلَّذِينَ يَظْلِمُونَ ٱلنَّاسَ وَيَبْغُونَ فِى ٱلْأَرْضِ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ ۚ أُو۟لَٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ 

أَلِيمٌۭ 

Maksudnya:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.

(Surah.Asy Syuura: 42)

__________________________________________________________________

Di dalam konteks ini penganiyaan itu adalah satu kezaliman di umpamakan memakan harta benda orang tanpa keizinan dengan tindakan cara merampas dan paksaan. Juga menganiaya orang dengan memeras ugut dan di pukulnya tanpa bersebab, mencaci dan memaki hamun yang bermaksud penindasan kepada yang lemah. Perkara terkutuk ini tergulung kepada dosa-dosa besar yang wajib kita hindari atau mengelak diri atau menjauhi darinya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya Allah SWT akan memanjangkan umur orang yang zalim itu sehingga apabila hendak di ambilnya [di matikannya] tidak di lepaskannya lagi."

[HR. Muslim & Termidzi].

Lantas Nabi s.a.w membaca pula firman Allah SWT dalam maksud yang sama;

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَآ أَخَذَ ٱلْقُرَىٰ وَهِىَ ظَلِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخْذَهُۥٓ أَلِيمٌۭ شَدِيدٌ

Maksudnya:

Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.

(Surah.Hud:102)

Dari aspek penganiayaan ini jika di huraikan ianya terdapat begitu banyak sekali, sehingga tidak dapat di hitung. Demikianlah! Jika Allah hendak menguji dengan bermacam-macam hal kepada kita mahupun yang baik dan yang tidak baik. Terhadap yang baik, jika seseorang itu tidak bersyukur, ia juga bermakna sudah menzalimi diri sendiri, apa lagi kepada yang tidak baik juga telah menganiaya dirinya dan juga orang lain. Di sini yang menganiayai diri sendiri setidak-tidaknya dapat memohon keampunan terus kepada Allah SWT dan yang menganiayai orang lain jika tidak di ampunkan olehnya maka sudah pasti tidak akan dapat keampunan dari Allah SWT sehingga yang di zalimi itu memberi keampunan atau kemaafan. 

Renungkanlah! di mana harganya tentu lebih mahal dari harga kezaliman itu sendiri.

Ingatlah! penganiayaan, kekejaman dan kezaliman itu sangat merbahaya buat diri ini, di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam.






Wednesday, May 11, 2011

Berhati-hatilah Bila Berbicara dan Bersembang.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkara yang paling kerap dibuat oleh manusia saban hari ialah bersembang dan berbicara (omong-among).

Ada percakapan (bicara) yang membawa kepada kebajikan dan banyak sekali percakapan kita yang merupakan dosa berbentuk fitnah, tipuan, pujian melampau dan manipulasi.

Nabi saw bersabda: "Kebanyakan dosa anak Adam karena lidahnya." (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Berbicaralah perkara yang baik-baik dan membawa kepada kebajikan. Jika tidak ia membawa kepada dosa.

Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa banyak bicara maka banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya." (HR. Ath-Thabrani)

Saya nasihatkan agar perbicaraan dan kata-kata yang tidak berfaedah (berguna) itu dijauhi dan dielakan. Elakanlah omong-omong kosong kerana ia bukan sahaja pahala yang kosong tetapi juga koleksi dosa-dosa yang akan dipamirkan disuatu masa kelak.

Maaf zahir batin.


“ Great things are accomplished by talented people who believe they will accomplish them. Have you accomplish your works? ”

PDA

-------------------


“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


Omong-Omong

Hari Jumaat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a ; bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
" Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka [Yahudi dan Nashara] lebih dahulu di turunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini [ Jumaat ]adalah hari di wajibkan kepada mereka shalat [solat]. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah SWT memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, yaitu Yahudi besoknya [Sabtu] dan Nasrani lusa [Ahad]. "
[HR. Bukhari].

Wassallam.

Manfaatkan Hala Tujuan.




Tuduhan Berunsur Fitnah Terhadap 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌۭ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّۭا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌۭ 

لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ ٱمْرِئٍۢ مِّنْهُم مَّا ٱكْتَسَبَ مِنَ ٱلْإِثْمِ ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبْرَهُۥ مِنْهُمْ لَهُۥ 

عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.[***]
(QS. AN NUUR:11)


لَّوْلَا جَآءُو عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ ۚ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا۟ بِٱلشُّهَدَآءِ فَأُو۟لَٓئِكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ 

ٱلْكَذِبُون

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?
Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.
(QS. AN NUUR:13)

إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌۭ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًۭا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌۭ

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
(QS. AN NUUR:15)


وَلَوْلَآ إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَذَا سُبْحَنَكَ هَذَا بُهْتَنٌ عَظِيمٌۭ 

Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita pembohong itu:
"Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar."
(QS. AN NUUR:16)

_________________________________________________________

Tuduhan pembohongan yang menjurus kepada fitnah terhadap 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin. [***]

Berita pembohong ini mengenai isteri Rasulullah s.a.w. 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin, sehabis berperang dengan Bani Mushtaliq di bulan Sya'ban 5 H.
Perperangan ini di ikuti oleh kaum munafik, dan turut pula 'Aisyah dengan Nabi berdasarkan undian yang di adakan di antara isteri-isteri baginda.
Dalam perjalananan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. 'Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali semula.
Tiba-tiba dia merasa kalungnya telah hilang, lalu dia pergi semula untuk mencarinya. Sementara itu, rombongan terus berangkat dengan persangkaan bahawa 'Aisyah masih ada di dalam sekedup.
Setelah 'Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, lewat di tempat itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal, di ketemukannya [terlihat/ternampak] seseorang sedang tidur bersendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan:

" Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul !!! "
Lantas 'Aisyah terbangun ~ lalu dia di persilahkan [di pelawa] oleh Shafwan mengendarai [menaiki/menunggang] untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampailah mereka kembali tiba di Madinah.
Orang-orang yang melihat mereka dengan syak-wasangka, membicarakannya menurut terjemahan pendapat masing-masing. Di saat itu, mulalah timbul desas-desus mengenainya di mana kaum munafik terus membesar-besarkan ceritanya, maka fitnah keatas 'Aisyah r.a. itupun bertambah tersebar dengan meluas sekali, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.


Wallahu a'lam.



Mengapa

Tuesday, May 10, 2011

Hanya Orang Yang Sombong Sahaja Tidak Berdo'a.

  
السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه



Sesungguhnya do'a adalah senjata orang Mukmin dan perhubungan kita kepada Allah SWT. 
Dengan berdoa hati menjadi tenang dan tenteram.
 
Allah SWT Berfirman:


Maksudnya :
" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."
[Surah. Al Ghafir: 60]

Berdo'alah:

 رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَسينا أَو أَخطَأنا ۚ رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا ۚ رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ ۖ وَاعفُ عَنّا وَاغفِر لَنا وَارحَمنا ۚ أَنتَ مَولىٰنا فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. 

Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

Ameen!



" Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now. " 
PDA

-------------------------------------------------- 

" I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser.
[Al-Araf [7:68]