Thursday, March 31, 2011

Do'a Di Malam Ramadhan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Marilah kita bersama-sama berdoa di bulan Ramadhan yang mulia.Yang penting bagi kita ialah terus beribadat dan berdoa agar mendapat kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kami memohon taubat kepada Mu ya Allah. Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Engkau telah berfirman "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya" (Taha:82). Sesungguhnya Rasulullah saw jua memohon keampunan dari Engkau ya Allah, maka apakah kami tidak akan memohon keampunan dan ketaubatan di atas segala kesalahan-kesalahan kami sepertimana Rasulullah yang Engkau kasihi!"


"Ya Allah, sesungguhnya kami banyak menganiaya diri kami sendiri yakni banyak melakukan dosa. Dan tiadalah sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau; maka ampunkanlah kami di sisi Mu dan berilah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."


"Ya Allah, kami memohon ketetapan rahmat Mu dan keampunan Mu yang berkekalan dan kami memohon supaya terselamat daripada dosa-dosa dan kami memohon supaya sentiasa melakukan kebaikan dan kami memohon kemenangan dengan ditempatkan di syurga dan terlepas dari neraka."


"Ya Allah, ampunilah kami dan ibu bapa kami, anak-anak kami, guru-guru dan pendidik kami, orang-orang yang memberikan nasihat baik dan ikhlas kepada kami dan orang-orang yang mengajar dan membimbing kami dengan berdoa dan seterusnya sekalian Muslimin Muslimat dan Mukminin Mukminat, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati."


AMEEN YA RABBAL ALAMEEN.




The Way I Think!


"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])---------------------------------------------"My Lord! relieve my mind And ease my task for me;And loose a knot from my tongue,That they may understand my saying." (Taha [20:25])

1. Renungan [Kata-Kata].


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

" Apabila fikiran dan cara berfikir diseimbangkan, tubuh dan jiwa akan mengikuti kemahuan fikiran. Sinergi inilah yang dicari dengan harapan dapat menampilkan kualiti bersolat  secara optimal "

Allah SWT berfirman :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَلِكُلٍّۢ دَرَجَتٌۭ مِّمَّا عَمِلُوا۟ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : 
Dan masing-masing orang memperoleh darjat-darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
( Surah. AL AN'AAM :132 )

Wallahu a'lam.


Wednesday, March 30, 2011

Kekuatan Do'a & Amal Kebajikan.





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sabda Nabi s.a.w : 
Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dantiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. 
Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya. 
(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)



Semuga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT!

The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." 

(Al-Araf [7:68])

"My Lord! relieve my mind And ease my task for me;

And loose a knot from my tongue,

That they may understand my saying." 

(Taha [20:25])

PDA


Solat Dhuha.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di dalam sebuah Hadith riwayat Bukhari dan Muslim; dari Abu Hurairah (ra) pernah mendapat pesanan Nabi saw, kata beliau:

"Khalil ku (Sahabat ku, - iaitu Nabi saw) menasihatkan ku akan perihatin keatas 3 perkara dan tidak meninggalkannya sebelum aku mati :


1. melakukan Puasa 3 hari didalam sebulan.
2. menunaikan Solat Dhuha.
3. menunaikan Solat Witir sebelum Tidur."

Hadith ini menerangkan pentingnya tiga amalan yang membawa kebajikan dan pahala yakni solat Dhuha, solat Witir dan berpuasa sunat.

Cuma saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya amalan solat Dhuha atau pun solat Isyraaq. Terdapat dua pendapat tentang perbezaan solat ini yakni ada yang mengatakan ianya adalah solat yang sama dan keduanya ialah ianya dimulakan dengan solat Isyraaq dan kemudiannya Dhuha. Kedua-dua khilaf ini boleh dipakai.

Solat selepas terbit matahari merupakan salah satu solat yang dikatakan sunat mua'akad, yang amat digalakkan umat Islam melakukannya. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan juga sebagai Solat Al-Isyraaq. Menurut pengarang buku Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin (ms.173), Muhammad Sidiq Al-Minshawi, salah satu kesilapan ramai dikalangan orang yang bersolat ialah meninggalkan Solat DHUHA kerana Jahil, bahkan ada yang tidak tahu langsung akan wujudnya Solat Dhuha. Insyaallah, marilah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain agar dapat menghidupkan solat Dhuha ini didalam kehidupan seharian kita.

Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya (emerge, rise, light). Dhuha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari atau 'forenoon'. Dengan kata lain Solat Dhuha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari.

Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti'(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

Oleh itu ambilah kesempatan di dalam bulan yang mulia ini menunaikan solat Dhuha.

SELAMAT BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN!

Saya cuma menyampaikan. Maafkan saya.



The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])



Berapa Banyak Kita Mencintai Allah?

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya mulakan dengan hadis ini: "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya." (HR. Al Hakim)

Maka saya ceritakan kesah ini:
'Selepas solat ada seorang hamba Allah (musafir) bertanyakan kepada seorang imam dan beberapa jemaah di dalam sebuah masjid:
"Apakah tuan sayang dan mencintai Allah?"
Dijawab mereka: "Ya, sudah tentunya kami mencintai Allah sebab itulah kami mendirikan solat!"
Lalu bertanya lagi musafir ini: "Berapa banyak cinta dan kasih sayang tuan kepada Allah?" Maka dijawab: "Banyak.. Ya, sangat banyak dan tidak boleh dikira!"
Ditanya lagi: "Banyak yang bagaimana itu?" Terdiam seketika seluruh jemaah dan tiba-tiba dijawab oleh imam tersebut: "Kami selalu kasih kepada Allah dengan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan sebagainya."
Ditanya lagi oleh musafir ini: "Jika mendirikan solat sebagai tanda kasih kepada Allah agaknya berapa lama ye?"
Dijawab imam tersebut: "Selalunya solat subuh (fajr) 5 minit, zohor, asar dan isyak dalam 15 minit setiap kali dan maqrib dalam 10 minit. Solat sunat adalah dalam 5 minit jika dibuatlah." Kata hamba Allah (musafir) ini: "Oh begitu! Jadi solat fardu kesemuanya hanya 1 jam sehari dan jika ada beberapa solat sunat yang dilakukan maka mungkin dalam 5 minit atau pun yang paling lama 35 minit."
Musafir berkata lagi: "Taklah lama ya untuk mencintai dan mengasihi Allah. Hanya 1 ke 2 jam sahaja dalam sehari. Baki 22 atau 23 jam tu mungkin tidak kasih dan ingatkan Allahkan!"
Katanya lagi: "Mungkin juga ada perbuatan solat itu yang tidak ikhlas dan juga lalai."

Lantas hamba Allah ini meninggalkan jemaah berkenaan untuk meneruskan musafirnya.'

Apakah inti pati cerita ini? Ianya ialah suatu SAHADAH yang kita buat kepada Allah sebagai BAIAH kita di dalam hidup yakni yakin dan percaya bahawasenya hanya Allah SWT adalah tuhan dan kita sampai bila-bila pun akan mencintai, mengasihi dan mengingati Allah sebagaimana Rasulullah SAW mencintai Allah.

Namun selalunya PERKATAAN dan PERBUATAN kita tidak seiring dan sekata. Dengan hanya 1 atau 2 jam menyembah dan mengingati Allah bukan tanda mutlak CINTA & KASIH kita kepada Allah SWT kerana ada waktu lain kita selalu alpa kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (An-Nisa [4:142])

Selamat beribadat kepada Allah!

Saya cuma menyampaikan.

The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

Monday, March 28, 2011

Sembahyang ( Solat [Bersujud Kepada Allah SWT] ).


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah SWT telah menetapkan cara beribadat sesuai dengan unsur kejadian manusia yang terdiri dari hati batin [rohaniah] dan jasad [jasamaniah].
Ibadat yang di lakukan kepadaNya ada secara lisan yakni bersyukur, bersyahadat, berzikir, berdo'a, berselawat dan membaca al-Qur'an.

Selainnya ada yang di kerjakan dengan badan sahaja umpama berpuasa dan terdapat ibadat yang di lakukan dengan lisan dan di rasakan oleh hati batin, itulah ibadat sembahyang yakni bersolat.
Dalam ibadat sembahyang atau solat, gerak jasmani, lidah [bacaan] yang di iringi dengan penuh kesedaran hati batin maka itulah ia sembahyang yang sempurna.
Ia perlu di praktikkan dengan ikhlas di mana dalam bersolat jika tidak dengan penyertaan hati batin maka adalah suatu kesilapan, ia wajib di tangani segera, yakni dengan merujuk kepada guru-guru yang dapat memberi pendekatan kepada permasaalahan yang seserius ini dengan bersungguh-sungguh lagi tepat. Solat yang benar-benar sempurna perlu di sertakan dengan penyertaan zahir dan batin, ini bukanya sesuatu perkara yang mudah, sangat-sangat memerlukan bimbingan dan sentiasa di praktikkan secara ikhlas.

Di sini maksud bersembahyang atau bersolat adalah suatu peluang yang jelas untuk di kerjakan dengan ikhlas dan berkeyakinan. Sebagai seorang makhluk [hamba Allah SWT] di tuntut merendahkan diri menyatakan akan kekurangan dan apa yang di hajatkan, mencurahkan air mata memohon do'a keampunan dari Allah SWT sebagai tanda keinsafan, mohonlah dan berusaha tanpa erti jemu, Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Pemberi, insyaAllah akan mendapat petunjuk dariNya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
Seorang hamba mendirikan sembahyang, tidak di terima 1/2 [setengah], 1/3 [sepertiga], 1/5 [seperlima], 1/6 seperenam atau 1/10 [sepersepuluh] dari sembahyangnya, tetapi yang di terima adalah sembahyang dengan kesedaran dan pengertian.
Rasulullah s.a.w juga memerintah kita supaya mencontohi sembahyang baginda.

Rasulullah s.a.w bersabda :
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.

Oleh itu janganlah kita sembahyang menyimpang dari ketentuan yang telah di tetapkan berhubung waktu sembahyang, bentuk, sifat, cara sembahyang dan bahasa sembahyang di mana segalanya telah di peruntukan akan aspek hukum dan syarat-syaratnya.

Manusia Islam tidak di bolehkan sama sekali tidak bersembahyang [solat] walau dalam apa keadaan sekali pun, umpamanya suka duka, perang, damai, sihat dan sakit, wajib di kerjakan mengikut kemampuan ketika itu. Kita boleh mengerjakan dengan sembahyang duduk, berbaring, tanpa pakaian, tanpa thaharah [penyucian] dan tanpa menghadap kiblat.

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : 

"وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَشِعِينَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَجِعُونَ 
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.
(Surah. AL BAQARAH:45-46).

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : 

"حَفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلْوُسْطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَنِتِينَ 
Peliharalah semua shalat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu." 
(Surah. AL BAQARAH:238).

[ Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. Ada yang berpendapat, bahwa yang di maksud dengan shalat wusthaa ialah shalat Ashar. Menurut kebanyakan ahli hadits, ayat ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya.]

Allah SWT berfirman :

Maksudnya :

"فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًۭا ۖ فَإِذَآ أَمِنتُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا۟ تَعْلَمُونَ 
Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka shalatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (shalatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
(Surah. AL BAQARAH:239).

Amatlah ringan yang di anugerahkan atau di beri Allah SWT kepada para hamba-hambaNya dalam mengerjakan ibadat untuk kita bersembahyang atau bersolat.
Sekiranya tidak bersembahyang pada waktunya diatas sebab-sebab atau sebab yang tidak mengizinkan atau tidak dapat di elakan hendaklah mengqadha akan solat yang tertinggal itu, juga mesti di segerakan tanpa melengah-lengahkannya.

Terdapat juga pengertian bahawa dengan apa jua takdirnya, bersembahyang atau bersolat adalah perkara yang wajib dan di tuntut, oleh itu jangan sesekali mentarifkan yang istilah untuk mengqahda itu sebagai jalan keluar untuk tidak mengerjakannya dengan segera, sama sekali tidak boleh di kompromi yang melibatkan solat fardhu.

Wallahu a'lam.
 

Bersujud.

Sunday, March 27, 2011

9. Renungan Kata-Kata.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Kata-Kata Imam Al-Ghazaly.
  • Yang singkat itu adalah  WAKTU, 
  • Yang menipu itu adalah  DUNIA, 
  • Yang dekat itu adalah  KEMATIAN, 
  • Yang besar itu adalah  HAWA NAFSU,
  • Yang berat itu adalah  AMANAH, 
  • Yang sulit itu adalah  KEIKHLASAN, 
  • Yang mudah itu adalah  BERBUAT DOSA, 
  • Yang susah itu adalah  KESABARAN, 
  • Yang sering di lupai adalah  KESYUKURAN, 
  • Yang membakar amalan itu adalah  GHIBAH,
  • Yang mendorong ke neraka adalah  LIDAH,
  • Yang berharga adalah  KEIMANAN, 
  • Yang di tunggu oleh Allah SWT itu adalah  TAUBATAN.
[Imam Al - Ghazali].

 

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَلَكُمْ  
Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan janganlah kamu merosakkan (pahala) amal-amalmu".
[Surah.Muhammad: 33].

Wallahua'lam. 

Mengejar Masa.

 

Saturday, March 26, 2011

Lidah Berbicara.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Firman Allah SWT yang bermaksud :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًۭا سَدِيدًۭا 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,
(Surah. AL AHZAB:70)

Sedarilah bahawa lidah ini adalah amanah. Tiap-tiap kata-kata yang terucap darinya kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Jadikanlah ucapan-ucapan kita sebagai modal untuk mengundang keredhaan Allah SWT. Janganlah jadikan kata-kata itu sebagai penyebab datangnya kemurkaan dan kebencianNya.

Langkah yang mantap untuk memulakan keupayaan untuk menjaga percakapan [lisan] adalah dengan mengurangkan berbicara [berkata-kata], kurangnya berbicara maka tipislah akan peluang untuk membuat kesalahan. Disebaliknya dengan memperbanyakkan perbicaraan atau bercakap maka peluang tergelincirnya lidah semakin terbuka atau melebar. Ingatlah! lidah ini berbisa, jika ia meluncur tanpa pengendalian [kawalan] yang di perlukan maka impaknya akan meruntuhkan akan kehormatan kita sendiri.

Berbahagialah kepada mereka yang boleh bertutur atau berkata-kata dengan akhlaq yang tinggi, maka ia akan memberi kesinambungan yang baik lagi mulia.

Disyorkan supaya berkata-katalah dengan sebaik-baiknya, jika tidak maka berdiam sahajalah, ia adalah usaha yang terbaik.

Wallahu a’lam bish shawab.

Lidah Brbicara.





Friday, March 25, 2011

Kuasa.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apakah erti " Kuasa " [Power] ? 

Kuasa selalunya amat merbahaya, ialah macam kuasa nuklear.

Jika seseorang mempunyai kuasa maka jadilah ia :

1. Berkuasa.
2. Guna Kuasa.
3. Maha Kuasa.
4. Menguasai dan apabila terlajak jadilah ;
5. Salah guna kuasa.
Juteru, dari nombor 1 hingga 5 dimanakah anda kini ?

 Atau pun anda telah " Tak Berkuasa " !!! 

Sebelum kita terjerumus dengan godaan syaitan yang sering memesongkan kearah kemungkaran maka beringatlah dengan sentiasa bermuhasabah dan beristiqomah...insyaAllah kita diberi petunjuk.

Wallahua'lam.


Akibat Salah Guna Kuasa!