Thursday, April 14, 2011

Detik-Detik Pemergian Rasulullah s.a.w.




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


DETIK-DETIK PEMERGIAN RASULULLAH S.A.W

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang di contohkan Allah SWT melalui kehidupan RasulNya.
Pagi itu, walaupun langit telah mula menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.
Pagi itu...Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta kasihNya, maka taati dan bertakwalah kepadaNya”
“Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan Sunnah ku”
Barang siapa mencintai sunnah ku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai ku akan masuk syurga bersama-sama ku.
Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan mata Rasullullah s.a.w yang terang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dalam berkaca-kaca,
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya,
Usman menghela nafas panjang,
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam,
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba...
“Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua” keluh hati sahabat-sahabat ketika itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasannnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat...
Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Di saat itu, kalau bermampuan , seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah s.a.w masih tertutup.
Sedangkan di dalamnya Rasulullah s.a.w sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maaflah!
Ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan bata dan menutup daun pintu.
Kemudian, ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata seraya bertanya kepada Fatimah. “Siapakah itu wahai anakku?” “Tidak tahu wahai ayahandaku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya, tutur Fatimah lembut.
Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah memisahkan pertemuan di dunia, dialah malaikat maut, kata Rasulullah s.a.w”
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah s.a.w menanyakan, kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah SWT dan penghulu dunia ini.
“Jibril...jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah SWT?” Tanya Rasulullah s.a.w...
“Pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibril...
Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega, matinya masih penuh kecemasan.
“Apakah engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi...
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir Rasulullah s.a.w, aku pernah mendengar Allah SWT berfirman kepadaku:
Aku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah (akan) berada di dalamnya.” Kata Jibril.
Detik-detik semakin hampir, saatnya Izrail melakukan tugasnya.
Perlahan (cermat) ruh Rasulullah s.a.w ditarik, nampaknya seluruh tubuh baginda bermandikan peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini” perlahan Rasulullah s.a.w mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijik kah kau melihatku hingga kau memalingkan wajahmu Jibril?” bertanya Rasulullah s.a.w kepada malaikat penghantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah SWT diragut ajal.” Kata Jibril...
Kemudiannya terdengar baginda berkeluh kesakitan kerana sakitnya tidak tertahan lagi.
“Ya Allah...” dasyatnya maut, timpakan sahaja kesemuanya seksa maut itu kepadaku, jangan pada umatku.
Saat itu, badan Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi, bibirnya bergetar seakan mahu membisikkan sesuatu.
Ali segera mendekatkan telinganya,
" Uusikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum "
Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah antaramu.
Diluar pintu tangisan mula terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan.
“ Ummati...Ummati...Ummati...”
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih...
Betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada umatnya...

Wallahu a'lam. 


Lailaahailallah Muhammad Rasulullah.

No comments:

Post a Comment