Tuesday, April 19, 2011

Jawatan Itu Adalah Amanah.


 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini ramai orang sangat-sangat menginginkan sesuatu pangkat dan jawatan. Justru berlakulah lobi melobi, merasuah dan membodek.

Di dalam Islam perkara ini adalah ditegah kerana sesuatu jawatan, status atau pangkat itu adalah amanah yang wajib dipikul dan dilaksanakan dengan bijak, tertib dan tawaduk.

Sabda Nabi SAW: "Kami tidak mengangkat orang yang bercita-citakan berkedudukan." (HR. Muslim)

Rasulullah SAW berkata kepada Abdurrahman bin Samurah: "Wahai Abdurrahman bin Samurah! Janganlah engkau menuntut suatu jabatan. Sesungguhnya jika diberi karena hasratmu maka kamu akan menanggung seluruh bebannya. Tetapi jika ditugaskan tanpa hasratmu maka kamu akan ditolong mengatasinya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat keputusan terhadap sesuatu perlantikan haruslah bijak di dalam urusan perlantikannya. Lantiklah mereka yang layak, beramanah dan bertakwa.

Begitu juga dengan mereka yang berkeinginan kepada sesuatu jawatan haruslah menilai diri sendiri dengan kemampuan dan kelayakan dirinya.

Sabda Nabi SAW: "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (HR Ahmad).

Berhati-hatilah kerana setiap dari kita akan berada di Yaumil Mashar bagi menjawab segala tindakan dan keputusannya. 

Mudah-mudahan kita terselamat dari bahana ini dengan rahmat Allah. 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now.”


-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68]

No comments:

Post a Comment