Tuesday, April 12, 2011

Ganjaran Bertasbih.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Rasulullah s.a.w bersabda :

Barang siapa yang membaca ' Sub Hanallah Wa Bihamdih ' [Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya], maka akan di tanamkan untuknya satu pohon kurma dalam syurga.
[HR. Turmudzi].

Juga dalam hadith yang di riwayatkan oleh Ibnu Mas'ud ra. mengatakan ;
Rasulullah s.a.w bersabda :

Aku telah menemui Ibrahim as. pada malam aku melakukan Isra' - Mi'raj, yang beliau mengatakan : Ya Muhammad, sampaikanlah salamku pada umatmu, dan bertahukanlah bahawa syurgaitu adalah merupakan tanah yang paling baik, airnya tawar dan sebagai taman, dan sesungguhnya tamannya yaitu :


سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

Ertinya :

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan kecuali Allah, dan Allah Maha Besar.
[HR. Turmudzi].

Wallahu a'lam.


Lailaahailallah

No comments:

Post a Comment