Friday, March 25, 2011

Berita Yang Mual Dan Memalukan Adalah Sifat Fasik.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Dengan perkembangan semasa di Malaysia dan serantau ASEAN saya terpanggil untuk membaca 2 ayat dari Surah Al-Hujurat ini:


1. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat [49:6])


Ayat di atas ini Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meneliti dan menyelidiki sesuatu maklumat atau pun berita (cerita) yang disampaikan kepada kita khususnya dari orang-orang yang fasik atau pun munafik.


Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menyesal di hari kebangkitan. Maka dengan itu tapiskanlah semua berita-berita yang kita dengari kerana pada hari ini terdapat amat banyak berita-berita FITNAH.


2. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujuraat [49:11])


Ayat kedua pula Allah menegah kita dari mencemuh dan mengaibkan hamba Allah yang lain akibat daripada menerima berita dan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menjadi seperti orang munafik dan fasik.


Jika kita menjadi manusia yang ZALIM maka tunggulah hukum Allah yang akan datang kepada kita. Berhati-hati ya dan fahamilah pesanan ini!


Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim lagi ganas ini. Lindungilah kami dan keluarga kami dari fitnah kehidupan. Berikanlah kami hidayah dan petunjuk supaya kami sentiasa berhati-hati dengan sesuatu maklumat dan khabar. Dan anugerahkanlah kepada kami rahmat Mu agar kehidupan kami sentiasa selamat di dunia dan akhirat. Ameen!


PDA


"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])







1 comment:

  1. maruah oh maruah,apa dah jadi dengan manusia sekarang nie,sanggup mengadaikan akhirat semata2 kerana dunia,subhanallah!!!

    ReplyDelete