السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya bertanyakan saudara sekalian siapakah orang yang paling saudara sayangi?
Maka ramailah yang menjawab "Allah", "Rasulullah", "ibubapa", "suami/isteri", dan "anak-anak". Tidak ramai yang menjawab "saudara-saudara ku yang seIslam (Ummat Islam)" mahu pun "Mukminin dan Mukminat", serta "Muslimin dan Muslimat". Walhal Rasulullah sendiri pun sehingga akhir hayatnya masih menyebut "ummati, ummati, ummati...".
Seharusnyalah orang yang kita patut paling sayang dan kasih ialah Rasulullah SAW dan diikuti oleh mereka yang lain. Allah pun menyayangi Rasulullah justru apakah kita sendiri tidak atau pun hanya dilidah sahaja mengatakan kita menyayangi Rasulullah!
Sabda Rasulullah; "Tiada seorang beriman hingga aku lebih dicintai dari ayahnya, anaknya, dan seluruh manusia." (HR. Bukhari)
Ertinya untuk menjadi orang yang BERIMAN maka wajib menyayangi Rasulullah SAW.
Cuma adakah kita mencintai dan menyayangi Rasulullah SAW itu hanya dibibir sahaja! Berapa lama dan banyaknya kita ingat kepada Rasulullah di dalam hidup. Mungkin semasa saudara sedang sebok memasak atau pun membeli makanan untuk iftar saudara tidak ingat kepada Rasulullah malah hanya ingat kepada makanan dan minuman sahaja bukan! Atau pun anda sedang berkasih sayang dengan isteri atau suami anda tidak mungkin ingat akan Rasulullah bukan! Justru, apa yang kita katakan bahawa kita menyayangi Rasullah!
Kita kasih dan cinta kepada Rasulullah kerana Allah menyuruh kita berbuat demikian atas landasan Islam dan iman. Tiada keraguan tentangnya. Kasih kepada Rasulullah ialah mengamal segala ajarannya, berpegang kepada prinsip 'amar makruf nahi mungkar'. Mengikuti keperibadian dan akhlak Rasulullah. Rasulullah SAW adalah idola dalam hidup untuk diri sendiri, keluarga, sahabat karib mahu pun orang-orang Mukmin dan Mukminat.
Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujraat [49:15])
Mengasihi Rasulullah ialah selalu memberikan SELAWAT dan SALAM kepada nya. Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56)
Orang yang berselawat dengan ikhlas kepada Rasulullah SAW adalah orang yang hatinya dekat dengan Rasulullah. Mereka layak mendapat SYAFAAT dari Rasulullah SAW. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR At-Tirmidzi)
Justru, apakah kita kerap SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW dengan ikhlas?
Saya hanya menyampai dan mengingatkan.
The Way I Think!
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])
No comments:
Post a Comment