Friday, March 11, 2011

Jiwa Yang Tenang Adalah Permata Hidup.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudah-mudahan Allah melapangkan dada kita dan dibukakan minda kita dengan ilmu yang bermanfaat. Dan juga yang paling penting ialah dianugerahkan iman dan ketenteraman jiwa supaya kita boleh beribadah kepada Nya dalam suasana yang kusyuk dan bertaqwa.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA adalah amat penting di dalam kehidupan seharian kita. Jiwa yang tenang dan tenteram adalah suatu anugerah dari Allah SWT. Dengan jiwa yang tenang kita dapat memikirkan banyak perkara khususnya tentang HIKMAH dari Allah. Dengan jiwa yang tenang juga kita dapat menyelesaikan banyak masalah dan persoalan kehidupan.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA RAGA membolehkan kita beriman dan beramal soleh.

Sabda Rasulullah SAW; "Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman." (HR. Ath-Thabrani)

Hati dan jiwa yang tenang, tenteram dan tawaduk itu perlu dibina dan dipupuk atas dasar taqwa. Ia tidak datang dengan sendirinya. Ia mesti diusahakan. Sebab itulah dengan banyak beribadah, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT dapat menenangkan jiwa kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rad ayat 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Firman Allah lagi di dalam Surah At-Taghabun [64:11] yang bermakna "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

APAKAH ANDA MEMILIKI JIWA YANG TENANG DAN TENTERAM ATAUPUN JIWA YANG GELISAH DAN TERTEKAN AKIBAT BANYAK MASALAH DI DALAM HIDUP?
 
PDA, 
Sent from Heaven
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


 
.



 

No comments:

Post a Comment