Monday, March 14, 2011

Anugerah Keampunan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anugerah Keampunan.

Barangsiapa yang meninggal [mati] dalam keadaan bertauhid, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, berikrar dan mengucapkan dua kalimah syahadah, maka berhaklah ia berada di sisi Allah SWT  dan memasuki syurgaNya.

Manusia tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah SWT, maka  memasukilah kesyurgaNya, walaupun kemasukannya yang terakhir [tidak bersama-sama orang-orang yang terdahulu], kerana akan di azab terlebih dahulu di neraka, berpunca dari kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan terdahulu, jika tidak  bertaubat maka tidak akan di ampuni, maka wajiblah bertaubat nasuha. Akan tetapi gulungan ini juga tidak kekal di neraka, kerana jika terdapat hatinya masih mempunyai sebutir iman … InsyaAllah.  Adapun dalil-dalilnya sebagaimana di terangkan di dalam hadith Sahih Bukhari dan Sahih Muslim :

Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ kemudian meninggal [mati], pasti memasuki syurgaNya."

Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, " Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."

Dari Abu Dzar r.a pula, dia telah berkata bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda : " Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi khabar gembira kepadaku, bahawa barangsiapa yang meninggal di antara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah SWT, maka pasti akan memasuki syurga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi s.a.w. mengulanginya sampai [sebanyak] dua kali.


Banyak hadith yang menunjukkan bahawa kalimah syahadah memberi hak untuk memasuki syurga dan terlindung dari neraka bagi yang mengucapkannya [mengucap Laa ilaaha illallaah]. Maksudnya!!! meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap memasuki syurga, walaupun yang terakhir…InsyaAllah!!!

Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak selama-lamanya di dalam neraka, tetapi di azab terlebih dahulu kerana perbuatan maksiatnya [dosa-dosanya] yang terdahulu.

Sedangkan Rasulullah s.a.w mengerjakan taubat sekurang-kurangnya tujuh puluh kali dalam sehari semalam, maka siapalah kita yang tidak lekang membuat dosa sama ada kecil atau pun besar, di sengajakan atau pun tidak di sengajakan…Yaa Allah!!!

Bertaubatlah dengan Taubat Nasuha!!! Jangan di tangguh-tangguhkan, sedangkan kematianlah yang paling menghampiri kita.

Wallahu a’lam bish-showab.




No comments:

Post a Comment