Saturday, March 12, 2011

Sombong dan Bongkak Kian Menyelubungi Hidup.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

SOMBONG DAN BONGKAK KIAN MENYELUBUNGI HIDUP : KITA MUNGKIN TIDAK PERASAN ... ELOK SELALU PERIKSA DAN PERHATIKAN NYA!!!

Ramai orang tidak 'perasan' dia sebenarnya berkeadaan 'sombong', 'bongkak', atau pun 'hidung tinggi'. 

Keegoan ini timbul mungkin kerana kita:
1. Mempunyai derajat, kedudukan, pangkat, jawatan atau pun berstatus tinggi dan hebat. Contohnya mempunyai status Tun, Tan Sri, Dato, mahaguru, menteri, ketua pengarah, tuanku, dll.


2. Mempunyai harta, wang, dan kekayaan yang banyak dan terlampau.

3. Mempunyai ilmu yang banyak dan tinggi.

4. Mempunyai rupa yang cantik atau tampan. 

5. Mempunyai isteri (suami) atau kekasih hati yang cantik, comel, seksi, bergaya atau pun tampan.

6. Mempunyai susuk badan yang cantik, mengiorkan, sasa, atau pun kuat.


7. Mempunyai perniagaan yang besar, maju & kaya.

Keegoaan adalah penyakit hati yang jika tidak dikawal dan diubati dari awal akan membinasakan diri. Ianya adalah sifat kufur kepada Allah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Surah Lukman, 18-19)

Hadia Nabi saw juga menyentuh perihal ini: "Ada tiga perkara yang membinasakan iaitu hawa nafsu yang dituruti, kekikiran yang dipatuhi, dan seorang yang membanggakan dirinya sendiri." (HR. Ath-Thabrani dan Anas)

Waspada dan jauhilah dari sifat mazmumah ini sebelum terlambat. Anda boleh lakukannya!

Profdralias
1 March 2010


















日明日 • إِلياسَ
That's The Way I Think But I'm Not A Superhero. 

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

2 comments:

  1. Kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah manusia.[Hadith]

    "قِيلَ ٱدْخُلُوٓا۟ أَبْوَبَ جَهَنَّمَ خَلِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى ٱلْمُتَكَبِّرِينَ
    Dikatakan (kepada mereka):" Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya ". Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri." (QS. AZ-ZUMAR:72)

    ReplyDelete
  2. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

    ReplyDelete