Wednesday, March 30, 2011

Solat Dhuha.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di dalam sebuah Hadith riwayat Bukhari dan Muslim; dari Abu Hurairah (ra) pernah mendapat pesanan Nabi saw, kata beliau:

"Khalil ku (Sahabat ku, - iaitu Nabi saw) menasihatkan ku akan perihatin keatas 3 perkara dan tidak meninggalkannya sebelum aku mati :


1. melakukan Puasa 3 hari didalam sebulan.
2. menunaikan Solat Dhuha.
3. menunaikan Solat Witir sebelum Tidur."

Hadith ini menerangkan pentingnya tiga amalan yang membawa kebajikan dan pahala yakni solat Dhuha, solat Witir dan berpuasa sunat.

Cuma saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya amalan solat Dhuha atau pun solat Isyraaq. Terdapat dua pendapat tentang perbezaan solat ini yakni ada yang mengatakan ianya adalah solat yang sama dan keduanya ialah ianya dimulakan dengan solat Isyraaq dan kemudiannya Dhuha. Kedua-dua khilaf ini boleh dipakai.

Solat selepas terbit matahari merupakan salah satu solat yang dikatakan sunat mua'akad, yang amat digalakkan umat Islam melakukannya. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan juga sebagai Solat Al-Isyraaq. Menurut pengarang buku Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin (ms.173), Muhammad Sidiq Al-Minshawi, salah satu kesilapan ramai dikalangan orang yang bersolat ialah meninggalkan Solat DHUHA kerana Jahil, bahkan ada yang tidak tahu langsung akan wujudnya Solat Dhuha. Insyaallah, marilah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain agar dapat menghidupkan solat Dhuha ini didalam kehidupan seharian kita.

Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya (emerge, rise, light). Dhuha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari atau 'forenoon'. Dengan kata lain Solat Dhuha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari.

Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti'(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

Oleh itu ambilah kesempatan di dalam bulan yang mulia ini menunaikan solat Dhuha.

SELAMAT BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN!

Saya cuma menyampaikan. Maafkan saya.



The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])



No comments:

Post a Comment