Saturday, March 12, 2011

Suatu Do'a Di Pusara Buat Kita.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Satu perkara yang penting sama ada disebelah petang hari terakhir bulan Ramadhan atau pun di pagi Syawal ramai orang Islam akan menziarahi tanah perkuburan.
Ia bertujuan untuk membersihkan kawasan kubur disamping berdoa kepada Allah SWT untuk saudara mara yang telah meninggal dunia.

Saya ceritakan kisah ini untuk renungan kita bersama kerana kita pun akan hampir atau pun telah sampai pada situasinya.

"Pada suatu Syawal yang lepas yakni selepas solat Aidilfitri satu sekeluarga Islam telah ke tanah perkuburan di kampung halaman ku.

Sampainya mereka ke situ mula-mula dilakukan ialah membersihkan permukaan kubur yang tumbuh dengan rumput dan semak samun, memperbetulkan batu nisan serta meratakan tanah dipermukaan kubur. Maklumlah hanya setahun sekali balik ke kampung halaman.

Kemudiannya ditanamkan tumbuhan renek seperti pokok bunga melor di atas kubur, ditaburkan bunga-bunga dan dijiruskan air wangian di atas pusara itu.

Setelah ke semua urusan itu selesai mereka pun mula membacakan surah Al-Fatihah dan Yassin.
Kemudian diikuti dengan doa. Semasa berdoa kelihatan sugul dan sedih wajah mereka yang lebih dewasa.
Sambil berdoa air mata mereka mula menitis. Doa kali ini amat berlainan sekali dari tahun-tahun sebelumnya.

Terdengar suatu bisikan di dalam doa itu; "Ya Allah Ya Tuhan ku, telah lebih 40 tahun aku dan ahli keluarga ku hadir mendoakan kedua ibu bapa ku dan kami tidak putus asa untuk datang setiap tahun diperkuburan ini.

Ya Allah, aku sudah semakin tua, rambut ku semakin putih beruban, kulit ku semakin kendur, pergerakan ku semakin lesu, dan aku pun semakin uzur.

Ya Allah, ibubapa ku adalah payung kehidupan aku di waktu aku masih kecil.

Mereka telah membesarkan aku dengan pengorbanan, kasih sayang, titik peluh dan kewangan yang banyak.

Namun.... Engkau lebih mengasihi mereka dan mereka telah kembali kepada Engkau di waktu usia aku masih muda.

Aku redha dengan itu tetapi di sudut hati kecil ku terdapat kerinduan terhadap mereka berdua.

Aku masih ingat akan kasih sayang mereka kepada aku sewaktu mereka masih hidup.

Tautan kasih sayang itu tidak akan pudar tetapi aku perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ini hanya sementara dan kembali kepada Mu itu adalah wajib.

Ya Allah, hari ini aku sudah semakin tua sepertimana usia kedua ibubapa ku.

Malah aku kelihatan lebih berusia dari mereka dikala mereka masih hidup.

Aku cuma menghitung hari, minit dan saat akan kembalinya aku kepada Engkau, Ya Allah!

Sesudah itu aku tidak akan lagi mampu menziarahi pusara ini dan berdoa untuk kedua orang tua ku.

Mungkin jua aku tidak akan dimakamkan di sini dan lantaran terputus sudahlah kunjungan ini.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku dan juga dosa kedua ibubapa ku untuk selama-lamanya.

Engkau rahmatilah mereka berdua dan ..... jika kehadiran aku hari ini adalah yang terakhir maka pertemukanlah aku dengan mereka di Syurga dengan rahmat Mu, Ya Allah!

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Kekal.

Engkaulah jugalah Tuhan yang Mengabulkan permintaan dan doa-doa hamba-hamba Mu.

Jika ini adalah doa dan permintaan ku yang terakhir maka aku memohon dikabulkan permintaan ku ini.

Ameen Ya Rabul Alameen!"

(Sambil menangis dan kembali berbisik)

"Abah dan ibu ku yang tersayang.... Mungkin kunjungan ini adalah yang terakhir untuk ku.... Aku pun sudah terlalu tua dan amat uzur.... Selamat tinggal abah dan ibu.... Mudah-mudahan anak-anak dan cucu cicit ku akan terus hadir mendoakan kita hinggalah ke akhir hayat mereka .... dan semuga hingga ke hari kiamat kelak kita terus mendapat doa-doa dari mereka!"

Kemudian keluarga ini pun meninggalkan pusara itu.

Pada tahun seterusnya di hari Raya Aidilfitri aku hadir ke pusara kampung ku ini lagi.

Namun, tidak kelihatan seorang insan tua yang selalu berdoa di kawasan perkuburan ini.

Aku hampiri beberapa ahli keluarganya dan bertanya, "Di manakah Pakcik yang selalu datang membaca surah Yassin dan berdoa di sini?"

Jawab mereka, "Ya Pakcik!, dia adalah ayah kami dan dia bersama mereka di sini, di makam ini. Kami adalah warisnya dan kami akan terus mengunjungi pusara ini hingga ke akhir hayat kami. Pakcik pula bagaimana?"

Aku cuma tergamam kerana persoalan itu.

Lalu aku menjawab, "Insya Allah, aku jua akan menuruti mereka di suatu masa nanti!"

Dan...dalam hati kecil ku pula berkata, "Siapakah yang akan hadir untuk mendoakan aku setelah aku kembali ke RAHMATULLAH?" Termanggu aku.


日明日إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue, 
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

 











No comments:

Post a Comment