Saturday, March 12, 2011

Mengkianati Amanah.



TAZKIRAH : MENGKIANATI AMANAH.

السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

Saya menyeru pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita bersama-sama beristifar di atas segala dosa dan salah silap kita akibat kelemahan dan kelalaian kita terhadap tanggungjawab agama.
 

Saya ingin membawa perhatian saudara se-Islam saya tentang beberapa ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan 'AMANAH'.
 

Firman Allah SWT :


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَنَتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal [8:27])

Ada dua kategori amanah yang kita perlu jaga yakni satu yang berkaitan dengan "hublumminallah" dan satu lagi "hablumminannas".
 

Perkara-perkara asas tauhid dan fiqh adalah amanah. Begitu juga ungkapan-ungkapan, polisi, visi mahu pun perjanjian yang dipersetujui oleh saudara sebagai pentadbir dan pemimpin adalah satu amanah. Maka dengan itu janganlah dikianati kerana ada kepentingan kita dan jangan juga kita mungkari kerana ianya membawa kepada kekufuran.
 

Surah Ash-Shuara [26:128-129] ini Allah SWT memberitahu kita tentang suatu amanah yang kita kufurkan:"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?"

Akhir sekali saya menyeru supaya amanah ini ditadbir, uruskan dan diberikan kepada mereka yang 'layak', pakar, adil dan bertanggungjawab di dalam memelihara amanah. Jika tidak ianya akan membawa kepada kehancuran dan kegagalan sistem hidup manusia itu sendiri.
 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil." (An-Nisa [4:58])

Semuga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari ilmu ini. Maafkan saya jika ada kekurangan!


Prof. Dr. Alias Abdullah
25 Feb 2011
22 Rabiulawal

 
 


















日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

1 comment:

  1. السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

    Islam agama yang bukan hanya mengutamakan hubungan diantara makhluk dan khaliqnya sahaja, bahkan memperhatikan " hablun minannas " disamping " hablun minallah " pada taraf yang sama, dari aspek ibadahnya terjurus kepada didikan yang begitu jelas. Kedua-dua nilai ini berjalan serentak dan tidak ada kepincangan dari gerak langkannya, ia seimbang dan berterusan. Dari sudut ibadahnya ia mempunyai " nilai horizontal " sebagaimana juga mempunyai " nilai vertical ", jadinya hablun minannas tidak pernah diabaikan demi hablun minallah.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete