Saturday, March 26, 2011

Lidah Berbicara.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Firman Allah SWT yang bermaksud :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًۭا سَدِيدًۭا 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,
(Surah. AL AHZAB:70)

Sedarilah bahawa lidah ini adalah amanah. Tiap-tiap kata-kata yang terucap darinya kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Jadikanlah ucapan-ucapan kita sebagai modal untuk mengundang keredhaan Allah SWT. Janganlah jadikan kata-kata itu sebagai penyebab datangnya kemurkaan dan kebencianNya.

Langkah yang mantap untuk memulakan keupayaan untuk menjaga percakapan [lisan] adalah dengan mengurangkan berbicara [berkata-kata], kurangnya berbicara maka tipislah akan peluang untuk membuat kesalahan. Disebaliknya dengan memperbanyakkan perbicaraan atau bercakap maka peluang tergelincirnya lidah semakin terbuka atau melebar. Ingatlah! lidah ini berbisa, jika ia meluncur tanpa pengendalian [kawalan] yang di perlukan maka impaknya akan meruntuhkan akan kehormatan kita sendiri.

Berbahagialah kepada mereka yang boleh bertutur atau berkata-kata dengan akhlaq yang tinggi, maka ia akan memberi kesinambungan yang baik lagi mulia.

Disyorkan supaya berkata-katalah dengan sebaik-baiknya, jika tidak maka berdiam sahajalah, ia adalah usaha yang terbaik.

Wallahu a’lam bish shawab.

Lidah Brbicara.





No comments:

Post a Comment