Wednesday, March 30, 2011

Berapa Banyak Kita Mencintai Allah?

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya mulakan dengan hadis ini: "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya." (HR. Al Hakim)

Maka saya ceritakan kesah ini:
'Selepas solat ada seorang hamba Allah (musafir) bertanyakan kepada seorang imam dan beberapa jemaah di dalam sebuah masjid:
"Apakah tuan sayang dan mencintai Allah?"
Dijawab mereka: "Ya, sudah tentunya kami mencintai Allah sebab itulah kami mendirikan solat!"
Lalu bertanya lagi musafir ini: "Berapa banyak cinta dan kasih sayang tuan kepada Allah?" Maka dijawab: "Banyak.. Ya, sangat banyak dan tidak boleh dikira!"
Ditanya lagi: "Banyak yang bagaimana itu?" Terdiam seketika seluruh jemaah dan tiba-tiba dijawab oleh imam tersebut: "Kami selalu kasih kepada Allah dengan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan sebagainya."
Ditanya lagi oleh musafir ini: "Jika mendirikan solat sebagai tanda kasih kepada Allah agaknya berapa lama ye?"
Dijawab imam tersebut: "Selalunya solat subuh (fajr) 5 minit, zohor, asar dan isyak dalam 15 minit setiap kali dan maqrib dalam 10 minit. Solat sunat adalah dalam 5 minit jika dibuatlah." Kata hamba Allah (musafir) ini: "Oh begitu! Jadi solat fardu kesemuanya hanya 1 jam sehari dan jika ada beberapa solat sunat yang dilakukan maka mungkin dalam 5 minit atau pun yang paling lama 35 minit."
Musafir berkata lagi: "Taklah lama ya untuk mencintai dan mengasihi Allah. Hanya 1 ke 2 jam sahaja dalam sehari. Baki 22 atau 23 jam tu mungkin tidak kasih dan ingatkan Allahkan!"
Katanya lagi: "Mungkin juga ada perbuatan solat itu yang tidak ikhlas dan juga lalai."

Lantas hamba Allah ini meninggalkan jemaah berkenaan untuk meneruskan musafirnya.'

Apakah inti pati cerita ini? Ianya ialah suatu SAHADAH yang kita buat kepada Allah sebagai BAIAH kita di dalam hidup yakni yakin dan percaya bahawasenya hanya Allah SWT adalah tuhan dan kita sampai bila-bila pun akan mencintai, mengasihi dan mengingati Allah sebagaimana Rasulullah SAW mencintai Allah.

Namun selalunya PERKATAAN dan PERBUATAN kita tidak seiring dan sekata. Dengan hanya 1 atau 2 jam menyembah dan mengingati Allah bukan tanda mutlak CINTA & KASIH kita kepada Allah SWT kerana ada waktu lain kita selalu alpa kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (An-Nisa [4:142])

Selamat beribadat kepada Allah!

Saya cuma menyampaikan.

The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

2 comments:

  1. الله أكبر ,الله أكبر ,الله أكبر
    Apakah ibadah kita selama ini diterima,jika dihitung & dikira memang jauh dari apa yang telah kita kecapi anugerah Allah SWT yang sentiasa memberi سبحان الله . Ya Allah berikanlah kami petunjuk Mu supaya apa yang kami kerjakan mendapat rahmat Mu dan sentiasa menjadi hamba yang Engkau cintai Ya Allah...آمين يا رب العالمين .
    Selamat menjalani ibadah puasa Prof AA semoga sama2 kita mendapat keberkatan dan faedah pahala yang melimpah ruah hendaknya dengan izinNya.
    Wassallam

    ReplyDelete
  2. Mona Muchdie Majid Salam dan selamat pagi Prof yang berhati mulia dan juga sahabat yg setia. Tks for sharing e beautiful tazkirah. Alhamduliah dan syukor pada Alloh kerna dpt tazkirah dari Prof. Selamat menunaikan Ibadat di bulan Suci ini ya Prof. Take care ....bobok sabentar dan bangun lagi.
    August 28, 2010 at 1:12am · Like · 1 person

    ReplyDelete