Monday, June 13, 2011

Wahyu Yang Mula-Mula Turun.




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dari Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., berkata:
" WAHYU yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w., ialah berupa mimpi baik waktu baginda sedang tidur. biasanya mimpi itu terlihat dengan jelas oleh baginda, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati baginda tertarik hendak mengasingkan diri ke GUA  HIRA. Di situ baginda beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Baginda membawa bekalan secukupnya, setelah bekalannya habis, baginda kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya dan kembali semula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya AL HAQ (kebenaran atau wahyu), sewaktu baginda masih di Gua Hira itu."

Malaikat datang kepadanya, lalu berkata "BACALAH."
Jawab Rasulullah s.a.w., " Aku tidak pandai membaca."

Kata Rasulullah s.a.w., menceritakan, " Aku di tarik dan di peluknya sehingga aku kepayahan.
Kemudian aku di lepaskannya dan di suruhnya pula membaca. "BACALAH." katanya.
Jawab Ku, " Aku tidak pandai membaca."

Aku di tarik dan di peluknya sampai aku kepayahan.
Kemudian aku di lepaskannya dan di suruhnya pula membaca. "BACALAH." katanya.
Ku Jawab, " Aku tidak pandai membaca."

Aku di tarik dan di peluknya untuk ketiga kalinya, kemudian di lepaskannya seraya berkata:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ  *  خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ  *  اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Dia menciptakan manusia dari sebuku [segumpal] darah beku;
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
(Surah.Al Alaq: 1 - 3)

Setelah itu Rasulullah s.a.w. pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata:
" Selimut Aku, Selimut Aku!!!" Lantas di selimutkan oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.
Kata Rasulullah s.a.w kepada Khadijah segala-galanya [kejadian yang baginda alaminya itu],
" Sesungguhnya aku cemas atas diri ku [akan binasa]."

Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah SWT! Tuhan sesekali tidak akan membinasakan anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan [mengadakan] barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran."

Setelah itu Khadijah pergi bersama-sama Rasulullah s.a.w. menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, beliau adalah anak kepada bapa saudara Khadijah [sepupunya] yang telah memeluk agama Nasrani [Kristen] pada masa jahiliyah itu. Beliau pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani [Hebrew, bahasa orang Yahudi]. Maka di salinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa di kehendaki Allah SWT dapat di salinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai, anak paman ku! Dengarkanlah khabar dari anak saudara anda [Muhammad] ini."

Kata Waraqah kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai anak saudara ku! Apakah yang telah terjadi di atas diri anda?"
Lalu Rasulullah s.a.w. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah di alaminya.

Berkata Waraqah, "Inilah Namus [Malaikat] yang pernah di utus Allah SWT kepada Nabi Musa a.s. Wahai diriku! Kalaulah aku masih muda, .......Wahai, kiranya diri ku! Kalaulah aku masih hidup ketika engkau di usir oleh warga mu."
Maka bertanya Rasulullah s.a.w., "Apakah mereka akan mengusir ku?"
Jawab Waraqah, "Ya betul! Belum pernah pun seorang jua yang di beri wahyu saperti anda, yang tidak di musuhi orang.
Apabila aku masih mendapati hari itu, nescaya aku akan menolong mu sekuat-kuatnya."

Dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a. [seorang sahabat Rasulullah s.a.w.] berkata, Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan tentang terputusnya wahyu. Sabda baginda, "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suatu suara dari langit. Dengan itu, ku angkat pandangan ku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan oleh ku malaikat yang pernah datang kepada ku di Gua Hira dahulu, sedang duduk di kursi antara langit dan bumi.
Sabda Rasulullah s.a.w. selanjutnya, "Dengan perasaan terkejut dan bercampur takut aku segera pulang."
Aku berkata kepada Khadijah, "Selimut Aku! Selimut Aku!"
Sedang aku berselimut, lalu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ  *  قُمْ فَأَنْذِرْ  *  وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ  *  وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ  *  وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

Maksudnya:
Wahai orang yang berselimut! * Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).*  Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! * Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. * Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(Surah.Al-Muddathir [Al Muddatstsir]: 1 - 5)

Maka dari semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

Wallahu a'lam.



Allahuakbar!
 [Bersumberkan: Terjemahan Hadith Shahih Bukhari & Muslim].

No comments:

Post a Comment