Sunday, June 5, 2011

Pekerti Hina & Keji.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada masa kenabian Rasulullah s.a.w, turunlah wahyu Allah SWT yang berbunyi mengikut firmanNya:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

Maksudnya:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
(Surah. Al-Israa` : 7)

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. terpukau oleh keindahan makna ayat tersebut. Siang dan malam ia selalu melantunkan [membaca] ayat tersebut.

Salah seorang wanita dari kaum musyrik datang menemuinya dengan kebencian dan menghasud,
dia ingin mencelakai sahabat Rasulullah s.a.w itu.

Beliau membuat manisan yang di campurnya dengan racun, kemudian di berikan kepada sahabat Rasulullah s.a.w itu.
Sahabat Rasulullah s.a.w tersebut menerimanya, lalu membungkus manisan itu dan membawanya sebagai bekalan dalam perjalanan melintasi padang pasir.

Tidak beberapa lama kemudian, ia melihat dua orang pemuda yang tengah pulang dari perjalanan jauh dan tampak lelah dan lesu sekali.
Maka ia pun menawarkan manisan tersebut kepada 
keduanya seraya berkata "Apakah kalian berdua mau manisan?".
Kedua pemuda tersebut menjawab: " Ya ". Keduanya kemudian memakan manisan itu. Di tengah-tengah memakan, kedua pemuda tersebut jatuh lalu meninggal dunia.

Kabar tersebut tersebar di kota Madinah. Akhirnya sang sahabat itupun di tangkap, kemudian di hadirkan ke hadapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, "Dari mana kau memperolehi manisan itu?". Ia pun menjawab, "Dari seorang wanita". Rasulullah s.a.w meminta agar wanita tersebut di hadirkan.
Ketika wanita itu tiba, beliau melihat kedua pemuda yang telah meninggal dunia tersebut, yang tak lain adalah 
"anaknya sendiri" MasyaAllah ~ Allahuakhbar !!!
Wanita tersebut akhirnya bersumpah di kaki Rasulullah s.a.w sambil berkata ;

" Kebenaran ayat itu telah membuka mataku bahawa setiap perbuatan buruk yang aku lakukan akan kembali kepadaku.
Dan aku pun menyedari bahawa yang kembali kepadaku (meninggalnya kedua putraku) sebagai akibat [musibah] dari apa yang telah aku lakukan adalah realisasi dari ayat itu ".

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment