Tuesday, June 14, 2011

Perjalanan Hidup Manusia - Kematian.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bilakah perjalanan dunia ini akan berakhir?

Ya! Apabila "Roh" seseorang itu di pisahkan kembali daripada badannya. Berpisahnya roh dari badan di ertikan atau di namakan "Kematian". Ada dua cara pendekatan yang di maksudkan dari kematian; yakni roh akan di cabut, ada yang melalui ubun-ubun kepala seseorang dan ada pula yang di cabut melalui kedua kakinya.

Pencabutan roh melalui kaki adalah jauh lebih sengsara daripada di cabut melalui ubun-ubun kepala. Rasulullah s.a.w. ketika "Sakaratul-Maut", roh baginda di cabut secara perlahan-perlahan daripada kepala baginda, itu pun baginda tetap merasakan kepedihannya, Allahuakbar.....!

Di dalam "Hadith Riwayat: Imam Turmudzy" di sebutkan bahawa Siti Aisyah r.a. berkata;

"Saya melihat Rasulullah s.a.w. tengah menghadapi sakaratul-maut, di sisi baginda ada sebuah besen [bekas takungan] yang berisikan air, kemudian baginda mencelupkan tangan ke dalamnya dan mengusapkan ke wajahnya, seraya berdo'a; Ya Allah! tolonglah saya dari kepayahan menghadapi maut ini". 

Runungkan sejenak! Apabila Rasulullah s.a.w. sahaja merasakan kepayahan sakaratul maut sedangkan baginda adalah orang yang suci sama sekali tidak mempunyai dosa, bagaimana pula dengan nasib kita yang sekerdil ini sebagai hambaNya sanggup membuat dan bergelumang dengan dosa tanpa merasa takut sedikit pun...Nauzubillahiminzalik!!!

Bagaimana susahnya sakaratul-maut itu, akan di tentukan oleh bentuk "Amalan" yang telah kita kerjakan [lakukan] semasa kita hidup di atas dunia ini. Semakin banyak kita lakukan perkara mungkar atau yang tercela semakin "Susah dan Payahlah" seseorang itu untuk kembali ke rahmatullah, juga di dalam urusan pencabutan nyawanya itu..."Allahuakbar".

Lantas! Siapa sahaja yang mati? Jawapannya, "Pasti....Semua Yang Bergelar Manusia" tidak ada pengecualian.
Semua dari kita akan mati, kematian tidalk hanya datang dari orang yang sudah tua, bahkan kepada yang muda pun ia juga datang, tidak kepada lelaki sahaja, juga kepada perempuan maut ini juga datang.

Kepada setiap yang bernyawa , mati pasti akan menjelang, sebagaimana Allah SWT berfirman;

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati,
(Surah. Al Ankabut: 57)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh;
9Surah.An Nissa: 78)

Kenapa dan untuk apa mati di adakan dengan dua jenisnya pula?

Gunanya adalah untuk mengetahui siapakah di antara manusia yang baik amalannya dan siapa pula yang buruk amalannya.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu);

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
(Surah.Al Mulk: 2)

Apabila mati datang menjelang, saat itu amalan baik kita sedikit sekali, maka "Kita Akan Menyesal" dan bermohon kepada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia ini.

Allah SWT berfirman didalam Surah. Al Mu'minuun ayat 99 - 100;
 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka,

قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia);

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.

كَلَّا

Sesekali tidak;

Tidak ada cerita untuk kembali ke dunia. Perjalanan hidup mu mesti di teruskan, apabila sudah mati tidak ada lagi suatu penyesalan, di situlah noktahnya.....titik!!!

إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا

Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya,

وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wallahu a'lam.

bersambung...Alam Barzakh.

[Sumber: Al Faqiir Ilaa Rabbih].

No comments:

Post a Comment