Sunday, June 12, 2011

Rejab.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

A W A S !!!

Renungan: 

[ Sumber dari email. ]

Status coretan ini adalah dhaif dan palsu di mana ia tidak terdapat di dalam hadith yang sahih megenai penerangan ini. Sebagai mengingatkan sesama kita dan kepada yang meninginkan keterangan yang jelas mohon rujuk kepada komen-komen yang tertera di bawah. 

Pedekatannya untuk menimba ilmu amatlah wajar untuk kita berguru atau sebelum menerima bulat-bulat apa yang di baca dari buku-buku agama rujuklah daripada mereka yang ariff lagi bijaksana.

Wassallam.

Quote: 

Rejab Bulan Allah.

Berpuasa  1 hari - akan mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT.

Berpuasa  2 hari - akan mendapat kemuliaan dari Allah SWT.

Berpuasa  3 hari - akan di selamatkan oleh Allah SWT dari bahaya dunia, siksa akhirat,penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.

Berpuasa  7 hari - akan di tutup tujuh pintu neraka.

Berpuasa  8 hari - akan di buka lapan pintu syurga.

Berpuasa 10hari - Allah SWT akan memakbulkan permintaannya.

Berpuasa  15hari - Allah SWT akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengantikankejahatan dengan kebaikkan.

Selanjutnya:

"Tambahan berpuasa yang seterusnya akan melimpah-ruahlah [bertambahlah] ganjaran pahalanya."

Amalan-Amalan Lainnya - Bacalah surah al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11x setiap hari atau sebanyak yang  mungkin, banyakkan membaca al Qur'an dan membanyakan berdo'a dan beristigfar.

Jom kita lakukan bersama-sama!

Dengan kesungguhan Allah SWT akan memberi hidayah dan petunjukNya...insyaAllah.

Wallahu a'lam.

UnQuote.


Bertasbih & Beristigfar


Sila rujuk di ruang komen untuk keterangan dan penerangan selanjutnya!!!

3 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Saudara sahabat2 yang sentiasa dirahmati Allah SWT, disini saya panjangkan coretan dari sebuah buku agama yang tertera diblog ini untuk sahabat2 yang arif tentang hadith untuk memberi pandangan dimana ada yang mengatakan ianya sebagai hadith dhaif, Mohon perencahan! Wassallam.
    Quote:
    Hibatullah Yusof Al-Haj ‎"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga." - Taraf hadis ini juga dha'if.
    Friday at 11:00am • 1 person
    o
    Hibatullah Yusof Al-Haj ‎"Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku." Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.
    Friday at 11:01am • 2 people
    o
    Hibatullah Yusof Al-Haj ‎"Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab." - Dr. Danial Zainal Abidin
    UnQuote.

    ReplyDelete
  2. Mohon mendapat pandangan tentang hadith di coretan ini. Ada yang berpendapat ia hadith dhaif dan sebagainya.

    Wassallam.

    'Ukhwah Islamiyah'
    37 minutes ago
    'Ukhwah Islamiyah'

    maaf. ni bidaah akhi.. tidak terdapat dalam hadis atau athar para sahabat yang mengatakan tentang fadhilah puasa bulan rejab..
    untuk beribadat akhi, kita kene ada dalil yang shahih dari rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dan athar para sahabat.

    Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat."
    (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

    Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
    “Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
    (HR Muslim)

    عبدالرشيد ابوبكر
    14 minutes ago
    عبدالرشيد ابوبكر

    Syukran Ukhwah Islamiyah, hujah yang amat terang dan jelas. Mohon keizinan untuk saya panjangkan kepada yang menulis coretan ini. Pendekatan ada juga nama2 besar yang melontarkan hujahnya secara bertaqlid dan berkemungkinan ada yang telah menerimanya tanpa memahami hujah. Wallahua'lam.

    'Ukhwah Islamiyah'
    8 minutes ago
    'Ukhwah Islamiyah'

    semoga kamu diberi kefahaman yang tinggi didalam memahami Agama Allah Azza Wa Jalla. Serta Diberi Taufik dan hidayah agar aqidah dan manhaj kamu sama dengan rasulullah (صلى الله عليه وسلم) serta para sahabat yang dijanjikan syurga. Allahumma Ameen..

    ReplyDelete
  3. لا حول ولا قوة الا بالله
    “Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Besar”

    ReplyDelete