Wednesday, June 1, 2011

Tuntutan Untuk Bertaubat.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Istilah " Taubat " itu wajib dari setiap dosa, maka seseorang muslim bergelar hamba yang serba kerdil berbuat dosa terhadap Allah SWT hendaklah ia bertaubat. 

Diantara syarat-syaratnya adalah saperti berikut:

1. Ia harus menghentikan perbuatan maksiat dan dosanya itu dengan serta-merta.

2. Ia wajib menyesal diatas perbuatan maksiat dan dosanya itu dengan seikhlas-ikhlasnya.

3. Sehingga ia tidak akan mengulanginya lagi diatas dosa-dosanya itu.


Dan apabila dosa-dosa itu ada hubung-kaitnya terhadap [dengan] manusia, maka syaratnya ia harus menyelesaikan urusan diatas perbuatan nya itu dengan meminta kemaafan dari mereka itu secara lansung [bersemuka]. Cuba dibayangkan jika yang terlibat itu melebihi dari satu, berkemungkinan ada yang telah kembali kerahmatullah, pasti ia sangatlah merumitkan.  
Apa yang harus kita lakukan ?
Pendekatannya selagi hayat dikandung badan maka amatlah perlu menyelesaikan akan kesalahan kecil besarnya dengan  bertaubat yang berterusan berserta keinsafan...InsyaAllah!
Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, kepadaNya kita beribadat dan beramal, tidak sesekali melakukannya kerana menginginkan ganjaran, berserahlah kepadaNya, kerana Allah SWT lebih mengetahui.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
  
Maksudnya: 
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[Surah.An Nuur: 31]

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ


Maksudnya:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya.
[Surah.Hud: 3]


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuhaa.
[Surah.At Tahrim: 8]


Rasulullah s.a.w bersabda:

Abu Hurairah r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; 
Demi Allah! sesungguhnya saya membaca istighfar meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT setiap hari melebihi dari tujuh puluh kali.
[HR. Bukhari]

Disini amat jelas sebagai umat Islam yang mukmin harus taat kepada segala perintah Allah SWT dan RasulNya. Bagi yang telah melakukan maksiat dan dosa tidak akan luput selagi tidak disegerakan bertaubat kepadaNya. Sebaiknya kita bertaqar-rub yakni merendahkan diri ini sebagai seorang hamba Allah SWT yang begitu lemah tidak mempunyai daya-upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Semua anak Adam a.s yang bergelar manusia akan berbuat pelbagai kesalahan dan dosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang bertaubat.
[HR.Turmudzi dan Hakim]

Laksanakan taubat dengan disegerakan, jangan sesekali memikirkan untuk ditangguh-tangguh dan lengkapilah ia dengan mengerjakan seikhlas-ikhlasnya dengan memenuhi syarat-syarat taubat yang bersifat nasuhaa.

Wallahu a'lam.


Bersyukurlah

1 comment:

  1. Anak-Anak, [Muslimin Muslimat] yang dikasihi,

    Ayah hanya menyampaikan dan langkah seterusnya wajib diterjemahkan oleh anakanda-anakanda yang dikasihi dan disegerakan.
    InsyaAllah dengan ini teruskan beribadah terutamanya janganlah sesekali meninggalkan solat fardhu, dengannya anak-anaklah yang akan membantu kedua ibu bapanya dan meringankan akan hisab dihari kemudian kelak.
    Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT dengan perkongsian ilmu ini...insyaAllah!
    Iringan do'a buat semua, moga ia dikabulkan olehNya.

    Wassallam.

    ReplyDelete