Thursday, June 23, 2011

Menjaga Sembahyang [Solat].



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Menjaga waktu sembahyang adalah tuntutan yang wajib untuk di jaga dengan sempurnanya.
Di dalam perkara ini pada setiap sembahyang fardhu hendaklah di kerjakan bila telah masuk pada waktunya untuk bersembahyang.

Firman Allah SWT:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maksudnya:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang di wajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
[Surah An Nisa: 103]

Ia juga di perjelaskan lagi di dalam sepotong hadith dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a menceritakan;
Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w; Amal manakah yang paling di cintai oleh Allah SWT?
Jawab Rasulullah s.a.w: Sembahyang [solat] di awal waktunya.
Ibnu Mas'ud bertanya lagi; Sesudah itu apa lagi ya Rasulullah?
Jawab Rasulullah s.a.w: Berbuat baik kepada ibu bapa.
Ibnu Mas'ud bertanya lagi; Kemudian apa lagi ya Rasululullah?
Rasulullah s.a.w menjawab: Jihad fi sabilillah.
[HR.Bukhari & Muslim]

Perkara tersebut tergulung juga di dalam pengertian menjaga solat, yakni melaksanakan ibadat solat itu dengan kaifiyat sebagaimana yang telah di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Baginda sendiri pernah menegaskan;
Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.
[HR.Bukhari & Muslim]

Pendekatan kepada perkara ini perlu di titip dengan memahami tujuan untuk mengerjakan sembahyang secara mendalam. Sembahyang bukan sahaja mengandung makna menjaga solat atau mendirikan solat dengan menyempurnakan gerak badan sahaja, ia juga wajib di lengkapi dengan gerak hati. Gerak hati itu bermaksud bersolat dengan penyertaan hati batin yang tetap, tepat dan jitu.

Ini adalah satu jaminan untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat, zahir dan batin, ianya menuntut " di mulai dengan solat dan di kunci dengan solat."
Seperti yang tercatit di dalam Al Qur'an;
Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
 
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Maksudnya:
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[Surah Al Mu'minuun: 1 - 2]

Di sini begitu jelas sekali betapa pentingnya fungsi sembahyang itu di dalam agama Islam, ianya di tuntut untuk di kerjakan.

Apabila sembahyang sudah mendapat tempat di hati maka dengan mudah amalan-amalan yang lainnya dapat melekat di dalam diri ini untuk di lakukan dengan khusyu' dan tawaduk. Maka ia akan menjadi perkara rutin yang menyeronokan buat kita, boleh menjadi manusia yang sempurna serta berwawasan untuk meneruskan amanah ini kelak kepada keluarga dan masyarakat semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan semesta alam. Berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan beribadah ini dengan ikhlas dan sempurna akan dapat menjadikan seseorang itu Islam yang mukmin lagi beriman, menjadikannya bekalan atau ganjaran buat diri, yang akan di bawa ke-alam akhirat kelak.

InsyaAllah, berdo'alah kepada Allah SWT agar anugerah hidayahNya buat kita, di mana segala-galanya adalah ketentuan dariNYa.
Semoga ia dapat di terima dan di perkenankan olehNya...Allahuakbar!
Wallahu a'lam.


Solat Berjemaah

No comments:

Post a Comment