Monday, June 13, 2011

Perjalanan Hidup Manusia - Alam Roh.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alam Roh.

Hidup kita ini tidaklah bermula daripada " Alam Rahim ", kerana di sana ada lagi alam lain sebelum alam rahim; iaitu " Alam Roh ".
Di Alam Roh semua manusia beriman kepada Allah SWT, keimananan ini nampak jelas di saat Allah SWT bertanya kepada kesemua roh manusia.

 Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ

Bukankah Aku tuhan kamu?

 قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ

Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi Ya Allah.

أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَة

Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:

إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.

Seakan mereka berkata, " Kesalahan tidak pada mu Ya Allah, kerana keimanan telah engkau berikan. Kesalahan ada pada kami Ya Allah, kerana keimanan kami ketepikan bahkan kami buang. Hal itu kerana kami tertipu oleh pujuk rayu syaitan ketika hidup di atas dunia."

Inilah penggal pertama di dalam perjalanan hidup manusia. Apabila sampai saat dan ketikanya [masanya], manusia akan meninggalkan alam roh, kemudiannya
memasuki "Alam Rahim."

Wallahu a'lam.

bersambung...Alam Rahim.

[Sumber: Al-Faqiir Ilaa Rabbih]

No comments:

Post a Comment