Wednesday, May 18, 2011

Mengkhianati Amanat!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai Insan Yang DiRahmati!

Allah Ta'ala berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَنَتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (QS. AL ANFAAL:27)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak memegang amanat dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak memegang janji."

Waktulah yang begitu berharga buat kita, masih sanggup mensia-siakannya! Mengapa?

Nafsu-nafsi sering memporak-perandakan kita, masih kekal di turuti dan di patuhi! Mengapa?

Rapinya catatan amalan buat kita, pernahkah terfikir apa yang kita tinggalkan di dunia ini sebelum kita berangkat meninggalkannya pada bila-bila masa sahaja, berkemungkinan dalam kiraan saat sahaja penentunya. Benarkah! Mengapa?

Sebelum kita di tempatkan di liang lahad yang gelap gulita, menjadi makanan cacing di perut bumi yang tiada bertingkap dan berpintu, alangkah baiknya di fikirkan untuk memilih waktu yang sesingkat ini di penuhi dengan perkara-perkara yang boleh membawa keuntungan untuk di jadi sebagai bekalan, buat kita membawanya pulang kelak, semoga ianya akan di terima...InsyaAllah!

Seandainya seseorang penderhaka yang telah pulang kerahmatullah di beri kesempatan untuk memilih, niscaya akan memilih kembali mengejar waktu di dunia ini untuk beramal, pastinya tidak akan mensia-siakannya untuk memanfaatkan waktu yang begitu sedikit ini. Jangan sesekali terfikir yang waktu sentiasa masih panjang atau waktu sentiasa menunggu buat kita.

Perlu kita ingat dan tanamkan di benak ini bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengistiharkan " hakikat jenayah " ini sebagai hukumnya menjadi " Orang Munafik. "

Maka dengan ini hendaklah kita menjaga diri dari aspek permasaalahan amanat ini dengan sewajar-wajarnya.

Wallahu a'lam.


mengapa

No comments:

Post a Comment