Thursday, May 19, 2011

Kenikmatan Syurga Untuk Siapa ?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahli Syurga menurut Al Qur'an di sebut secara tidak langsung firman-firman Allah SWT yang menjelaskan dengan terang bahawa mereka-mereka yang menjadi penduduk atau penghuni syurga atau ahli syurga secara menyeluruh [global] adalah manusia yang sewaktu hidupnya telah benar-benar beriman dan taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan serta menjauhi segala laranganNya, mereka adalah yang bertakwa kepada Allah SWT.

Pendekatan yang di maksudkan kepada mereka-mereka yang ikhlas dan benar-benar beriman dengan sempurna dan beramal soleh, bertakwa [muttaqin] menurut Al Qur'an adalah orang-orang yang antara lainnya sebagaimana telah di firmankan Allah SWT yang bermaksud ;


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَتُهُۥ 

زَادَتْهُمْ إِيمَنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَهُمْ 

يُنفِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila di bacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." 
(Surah. AL ANFAAL: 2-3)

أُو۟لَٓئِكَ هُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ حَقًّۭا ۚ لَّهُمْ دَرَجَتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌۭ وَرِزْقٌۭ كَرِيمٌۭ 

"Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia." 
(Surah. AL ANFAAL: 4)

Sebagaimana ayat-ayat yang tersebut di atas, telah menjelaskan bahawa ciri-ciri serta sifat mereka yang benar-benar beriman adalah sangat sempurna dan bertanggungjawab terhadap imannya, merekalah yang layak menjadi calon ahli syurga...insyaAllah!

Ciri-ciri dan sifat-sifat selainnya adalah :

1. Beriman kepada yang Ghaib. 
Iaitu, mengiktikadkan adanya sesuatu yang Maujud, yang tidak dapat di tangkap oleh panca indera, kerana terdapat dalil yang menunjukkan kepada adanya, saperti adanya ; Allah SWT, Malaikat-malaikatNya, Hari Qiamat, Syurga, Neraka, Ash Shirath, Mizan dan sebagainya.

2. Mempercayai akan kebenaran isi kitab Al Qur'an dan mengamalkannya.
Percaya akan kitab-kitab yang di turunkan sebelum Al Qur'an [Taurat, Injil, Zabur  serta suhuf-suhuf lain yang tersebut di dalam Al Qur'an yang di turunkan kepada para rasul.

3. Mendirikan sembahyang dan berseru kepada orang lainuntuk ikut serta melaksanakannya.

4. Yakin akan adanya kehidupan di akhirat, yakni benar-benar percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.

5. Apabila mendengar sebutan Allah maka hati ini jadi gementar.

6. Sentiasa bersabar atas apa yang menimpa.

7. Apabila mendengar bacaan ayat-ayat Allah SWT maka bertambahlah keimanannya.

8. Membelanjakan sebahagian rezeki [harta benda] di jalan allah SWT.
Umpamanya, memberi sedekah wajib, yakni berzakat, memberi sedekah sunat, menyumbang harta benda untuk kepentingan agama Allah SWT yakni amal jariah.

9. Sentiasa berserah diri kepada Allah SWT.

Mereka-mereka yang tersebut ini akan memperolehi beberapa darjat ketinggian di sisi Allah SWT. InsyaAllah! akan mendapat keampunan dan nikmat [rezeki] berserta keuntungan, kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan, di dunia mahupun di akhirat, mereka-mereka yang mulia inilah yang akan mendapat petunjuk dari Allah SWT.

Wallahu a'lam.



Masjid

No comments:

Post a Comment