Thursday, May 19, 2011

Anggota Keluarga Ahli Syurga.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kebiasaannya yang di takrifkan dan di fahami definasi "Ahli Keluarga" itu terdiri daripada suami isteri [ayah dan ibu], anak-anak dan cucu- cicit.

Apakah suami isteri dan anak-anak sebagai "Ahli Keluarga Syurga" di kumpulkan menjadi satu di alam akhirat [syurga] kelak?

Terdapat ayat di dalam Al Qur'an menyatakan [mengisyaratkan] dengan jelas di mana jika anak-anak cucu mereka itu benar-benar beriman dengan darjat keimananya serta amal solehnya setara mengikut orang tuanya, maka anak cucu dari keluarga itu akan berkumpul bersama-sama dengan orang tua mereka di dalam syurga.

Firman Allah berbunyi dan bermaksud :


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۢ ۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ


Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[Maksudnya, anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapak- bapak mereka, dan di kumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam syurga.]
(Surah. ATH-THUUR: 21)

Dari surah tersebut dengan jelas kita memahami bahawa keluarga daripada anak cucu yang beriman dapat bersama-sama berkumpul pada suatu tempat di syurga, asalkan mereka mengikuti orang tua mereka di dalam hal keimanan yakni beramal soleh dan ketakwaannya.

Kesimpulan ini amatlah jelas di mana sesuatu keluarga yang di pimpin oleh sang suami sebagai ketua keluarga perlu menitik beratkan kepada keluarganya untuk membimbing mereka kearah perihal pembelajaran pengajian keagamaan Islam yang sempurna.
Jika tidak berkemampuan [berkelayakan] untuk membimbing adalah menjadi tanggungjawab dan berkewajipan supaya mencari guru yang ariff mengenainya dan berserahlah kepadanya untuk mendapatkan ilmu, khusus mengenai ibadat, ia adalah satu tanggungjawab untuk kaum bapa yang wajib di segerakan.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa di akhirat nanti ialah dosa membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama.

Kepada Allah SWT di pohon taufiq dan hidayahNya untuk kita sama-sama dirahmati agar dapat menyempurnakan tugasan [tanggungjawab] ini menuju kejalan yang di redhai dan di permudahkan...insyaAllah!

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment