Monday, May 9, 2011

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapamu !!!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur alhamdulillah, kita mempunyai ibu bapa dan keluarga di mana yang paling penting ialah kita mempunyai seorang " IBU ". 

Kasih sayang bermula dari seorang insan yang bergelar " IBU " maka dari itu Allah SWT telah meletakan kedudukan yang tinggi kepada wanita yang menjadi " IBU ".



Allah SWT berfirman :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَنَ بِوَلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ


Maksudnya.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, 
dan menyapihnya (menyusukan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
[Surah Luqman : 14]
__________________________________________________

Dari beberapa ayat yang terdapat di dalam al Qur'an dengan jelas menyatakan betapa besarnya kewajipan seorang anak menta'ati kepada kedua ibu bapanya
dan ianya merupakan amalan takarrub kepada Allah SWT yang sangat besar pahalanya.
Dan di sebaliknya melakukan sesuatu sama ada melalui perkataan atau perbuatan yang boleh mengecilkan hati keduanya,
apatah lagi sampai mengherdiknya adalah suatu dosa yang sangat besar di sisi Allah SWT.


Abu Hurairah ra. berkata : 
" Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya : “ Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? ”
Baginda menjawab : “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab : “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab: “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab : “ Ayah kamu.” 
(HR. Al-Bukhari)


Oleh kerana Islam meletakan status yang tinggi kepada mereka yang menjadi " IBU " maka mendoakan kepada ibu amatlah digalakan. 

" Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta 
bagi orang-orang yang beriman, 
pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan " 
[Surah Ibrahim : 41]


Sebagai peringatan kepada anak-anak ku yang di kasihi, umpamakanlah dengan menghormati kedua ibu bapamu selagi hayat di kandung badan.





Wassallam.

Belaian Ibu

No comments:

Post a Comment