السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pendekatannya perlu berusaha mempraktikkan serta berazam untuk memulakan membaca surah-surah lazim [sebagai contoh] buat permulaan dan bacalah pada waktu malam sebelum tidur, ia akan di perkenankan oleh Allah SWT jika terus berusaha dengan gigih dan ikhlas. Setiap sesuatu keinginan pastinya dengan permulaan [langkah pertama], berdo'alah semoga beroleh keyakinan diri memohon petunjuk dariNya, agar di pekenankan dan di permudahkan..InsyaAllah!
Terdapat beberapa surah-surah yang lainnya untuk di baca [di amalkan] seperti surah Ali Imran, jika di baca bersama surah Al Baqarah, akan dapat pembelaan di hari kiamat dan di kira sebaik-baik perbedhaharaan. Justeru, jika di baca pada hari Jumaat akan di do'akan malaikat sehingga malamnya. Tingkatkanlah amalan-amalan ini dengan pelbagai surah-surah lainnya di malam hari.Di syorkan beramal pada malam dan siang Jumaat dengan bacaan Yaasin, Ad Dukhan, Al Khafi dan seterusnya untuk beroleh kerahmatan dan fadilatnya.
Amalkanlah membaca walaupun dengan satu ayat, atau satu surah atau dua surah mengikut kemampuan, kelancarannya akan di rasai secara berperingkat-peringkat dan perlu berusaha dan di jadikan ia rutin harian dengan memberi keutamman berjadual sehingga khatam [tamat], semoga ia menjadi amalan kita di sepanjang hayat.
Renungan :
1. Al Fatihah - pahala membaca memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, di katakan sama dengan 2/3 Al-Qur'an dan 70 kali ganda ayat lain.
2. Bismillah - di baca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf di beri 4000 kebajikan dan di hapuskan 4000 kejahatan dan di angkat 4000 darjat.
1. Jutawan Membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam.
2. Jayawan Membaca 200 hingga 299 ayat setiap malam.
3. Setiawan Membaca 100 hingga 199 ayat setiap malam.
4. Pemelihara Membaca 50 hingga 99 ayat setiap malam.
5. Yang Ingat Membaca 10 hingga 49 ayat setiap malam.
6. Yang Lalai Membaca 0 hingga 9 ayat setiap malam.
Sebagai peringatan perlulah merujuk dari aspek pembelajarannya dengan guru-guru yang bertauliah lagi arif untuk beroleh kesempurnaannya. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayahNya memberkati dan merahmati usaha yang semulia ini.
Wallahu'alam.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment