Thursday, February 10, 2011

Kematian.

.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kematianlah yang paling menghampiri kita, dengan apa jua perjalanan yang di ambil oleh kita di dunia ini pasti ia akan menentukan perjalanan yang selanjutnya [seterusnya].

Bilakah perjalanan dunia ini akan berakhir?
Ya! apabila roh kita di pisahkan kembali daripada jasad [badan] maka berpisahlah roh daripada badan, inilah yang di namakan kematian. Roh akan di cabut melalui ubun-ubun kepala dan ada pula yang di cabut melalui dua kaki kita.
Percabutan roh melalui kaki adalah lebih sengsara daripada melalui ubun-ubun kepala kita.
Rasulullah s.a.w ketika sakratul-maut, roh baginda di cabut melalui kepala dengan cara yang perlahan, itu pun baginda merasa akan kepedihannya.

Siti Aisyah ra berkata:
"Saya melihat Rasulullah s.a.w tengah menghadapi sakratul maut. di sisi baginda ada sebuah besen [takungan] yang berisi air, kemudian baginda mencelupkan tangan kedalamnya lalu mengusapkan kewajahnya seraya berdo'a ; Ya Allah! Tolonglah saya dari kepayahan menghadapi maut ini."
[HR. Imam Turmuzy].

Cuba kita bayangkan, Rasulullah s.a.w sendiri merasakan akan kepayahan sakratul maut sedangkan baginda adalah orang yang suci, yang tidak berdosa.
Bagaimana dengan  nasib kita kelak yang tidak lekang dan sentiasa membuat dosa, himpunan dosa kecil dan besar penuh berlumuran...Subhanallah!!!

Walau apa sekali pun atau bagaimana susahnya sakratul maut akan di tentukan dengan bentuk amalan yang kita lakukan semasa hidup kita di dunia yang penuh dengan ujian ini. Semakin banyak yang kita lakukan perbuatan [perkara] yang tercela dan terkutuk semakin susahlah kita di dalam pencabutan nyawa ini.

Persoalannya, siapa sahaja yang mati?
Terjawab sudah dan pasti, semua manusia akan mati, ia tidak hanya datang kepada orang-orang tua sahaja, malah kepada orang muda juga ia menghampirinya [di datangi]. Tidak kepada lelaki sahaja malah maut juga menghampiri [datang] kepada kaum wanita. Kepada setiap yang bernyawa tetap dan pasti akan mati, itulah ia perjanjian kita dengan Yang Maha Pencipta.

Firman Allah SWT yang berbunyi dan maksudnya :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
(Surah AL MULK ayat : 2)

Yang pasti tidak ada cara untuk kita kembali ke dunia, peluang itu hanya sekali yang telah di tentukan [tetapkan], bukankah itu yang kita janjikan!!!

Firman Allah SWT yang berbunyi dan maksudnya :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

‎وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ 

Tiap-tiap umat mempunyai ajal; maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." 
( Surah AL A'RAAF ayat : 34 )

Perjalanan hidup ini mesti di teruskan dengan amalan sedaya mungkin, biarlah sedikit asalkan berterusan. Apabila kematian sudah menghampiri atau pun mati sudah datang kepada kita, di saat itu sudah tidak ada gunanya untuk di sesali lagi, kerana segala-galanya sudah terlambat...

Wallahu'alam.





No comments:

Post a Comment