Wednesday, February 9, 2011

Taubat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertaubat bagi setiap muslim yang mukmin wajib bersungguh-sungguh pada hatinya dan dengan penuh keikhlasan.
Untuk bertaubat bukan sekadar dengan penyesalan dari ungkapan pada lidah sahaja, ia perlu datang dari hati sanubari atau hati batin yang luhur lagi bersungguh-sungguh berserta keinsafan.
Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa dan berperasaan takut, mempunyai kesedaran berserta gentar terhadap siksaan Allah SWT. 
Jika pengertian taubat itu dengan secara lisan maka ini akan pasti kembali terjerumus kepada melakukan perbuatan ma'siat yakni balik kepada perbuatan mungkar [dosa-dosa] yang lalu dan sebagainya, bererti telah mempermainkan [memperlekehkan] Allah SWT.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya :
Orang yang meminta serta memohon keampunan dengan lidah tetapi masih meneruskan perbuatan dosanya seakan-akan memperolok-olokkan Tuhannya. Allah SWT.

Firman Allah SWT.

يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا

Maksudnya "sebahagian pertama pada ayat" At Tahrim :
" Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah SWT dengan taubatan nasuhaa [taubat yang semurni-murninya] "

Maksud seterusnya:
Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan;
" Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[Surah At Tahrim ayat: 8]

Ia menuntut kepastian di mana kita semua perlu mengetahui dan memaklumi bahawa taubat itu adalah wajib hukumnya bagi setiap orang muslim mukmin. Kita tidak akan lekang di uji dengan pelbagai ujian, di sepanjang masa, sehinggalah keakhir hayat kita selagi bergelar "Sifat Baru" .

Adakah kita ini begitu kebal dengan ujian Allah SWT ?
Pertanyaan ini tidak dapat atau perlu di jawab oleh kita, selain memohon dan mengerjakan perkara yang di tuntut dariNya. Di terima atau di sebaliknya satelah kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh maka itu bukan urusan kita lagi, berserahlah kepadaNya semoga ia di perkenankan...insyaAllah.

Sebagaimana pula yang termaktub akan perintah-perintah Allah SWT dan hadith-hadith Nabi s.a.w  yang memerintahkan dan menyuruh kita untuk bertaubat kepada Yang Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa keatas segala-galanya, maka kita di seru untuk mengerjakan urusan taubat itu dengan menyegerakannya, buatlah seberapa banyak yang mungkin pada setiap waktu yang bersesuaian buat kita., itulah sahaja kekuatan yang kita punyai " mengerjakan apa yang di suruh " , berserahlah Allah SWT dengan seikhlas-ikhlasnya.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment