السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kesimpulan :
Barangsiapa yang membaca Tabaarakal Ladzii Biyadihil Mulku [ surah al-Mulk ayat : 1 hingga 30 [terakhir] pada setiap malam maka Allah swt akan menghindarkan orang itu dari seksaan kubur. [HR Nasai].
Amatlah perlu untuk diketahui bahawa ayat-ayat Al-Quranul Karim bukan hanya untuk diambil manfaatnya didalam urusan dunia sahaja, tetapi juga untuk diambil segala perintah Allah swt itu untuk diamalkan, sedangkan yang bersifat larangan seharusnya dijauhi.
Ada pun surah-surah yang lain saperti 'Ammaa Yatasaa-Aluun, Qaf, Wannajmi Idzaa Hawaa, Wassamaai Dzaatil Buruuj dan Wassamaai Wath Thaariq telah diterangkan di dalam hadith bahawa surah-surah tersebut adalah sebagai penghapusan dosa kecuali dosa akibat perbuatan syirik [seumpama menyekutukan Allah swt dengan sesuatu].
Hal tersebut telah pernah di riwayatkan oleh Abu Darda' r.a. Selainnya ada beberapa ayat dan surah yang memiliki keutamaan saperti di dapati dan di terangkan di dalam beberapa hadith yang sahih saperti berikut :-
- Idzaa Zulzilat [dan seterusnya] maka ganjarannya hampir sama dengan membaca separuh Al-Quran.
[HR Turmudzi].
- Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun [dan seterusnya] saperti membaca seperempat[1/4] Al-Quran.
[HR Turmudzi dari Ibnu Abbas].
- Al-Haakumut Takaatsur [dan seterusnya] saperti membaca seribu[1,000] ayat.
[Rujuk HR Hakim dari Ibnu Umar ra].
- Surah ad-Dkhkhan untuk menolak kesangsaraan pada hari kiamat.
- Surah al-Kautsar untuk menolak adanya satu permusuhan.
Beberapa ayat dan surah yang terpilih untuk diamal dan dibaca sebelum sesuatu perjalanan atau pun dibaca sebelum tidur [surah-surah al-Kafirun, Idzaa jaa-a nashrullah, al-Ikhlas, al-falaq, dan An Naas].
Membaca Al-Quran akan diberi ganjaran oleh Allah swt, perlu dibaca dengan tertib mengikut hukum-hukumnya. Setiap ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang dibaca akan membawa ketenangan, itulah yang dinamakan khasiat-khasiatnya mengikut keterangan hadith-hadith sahih.
Rasulullah saw telah bersabda : Besar gunanya akan kita membaca kitab suci Al-Quran sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari....
" Menurutnya, seseorang mukmin yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, disifatkan sebagai memakan buah limau[oren] yang rasanya manis lagi mengharumkan.
Terdapat juga mukmin yang tidak membaca Al-Quran [dimana ramai diantara kita dewasa ini tidak boleh berbahasa jawi] tetapi mengamalkannya, boleh diumpamakan seperti buah kurma yang rasanya baik tetapi tidak punya keharuman.
Kepada orangnya munafik yang sedang membaca Al-Quran tidak ubah saperti tumbuhan yang memberi keharuman tetapi dimakan rasanya pahit.
Manusia munafik yang tidak membaca Al-Quran diibaratkan saperti buah peria, pahit rasanya dan tidak enak pula akan baunya "
[Hadith] .
Oleh yang demikian Al-Quran telah dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dibaca dan diamalkan, jangan sampai menjadi seorang mukmin yang tidak membaca Al-Quran, juga jangan sampai menjadi orang munafik yang hanya membacanya tetapi tidak mengetahui [tidak mengamalkan] akan isi kandungannya dan pula menjadi akan gulungan munafik yang tidak bersedia membacanya apa lagi dengan amalannya.
Wallahua'lam...