Saturday, March 23, 2013

.سڤولوه وصية حسن البننا

1. سڬراله تونايكن صلاة بيلا ساودارا مندڠر اذان، والاو باڬايمانا سكاليڤون كادأن كيت.
2. باچله القرءان، بواتله كاجين،دڠرله علمو اتاو برذيكيرله. جاڠن هابيسكن ماس ساودارا ڤد ڤركارا يڠ تيدق ممبري فاءيده.
3. بروسها منچاڤأي دالم بهاس عرب فوسها، كران اي مروڤاكن ساله ساتو شعار اسلام.
4. جاڠن كيت باڽقكن ڤرديبتن دالم سموا اوروسن، والاو باڬايماناڤون كادأنڽ، كران ڤرتيڠكرن ايت تيدق منداتڠكن كبايكن.
5. جاڠن باڽق كتاوا، كران اورڠ يڠ برهوبوڠ دڠن الله برصفة تنڠ دان سريوس.
6. ساودارا جاڠن برڬوراو، كران امة يڠ برجهاد هاڽ مڠنل كسريوسان.
7. جاڠن اڠكت سوارامو لبيه تيڠڬي دري يڠ دڤرلوكن اوليه ڤندڠر، كران يڠ دمكين ايت ڤربواتن بودوه دان مڽاكيتكن.
8. ساودارا جاڠن مڠومڤت سساورڠ، جاڠن مرنداهكن سبارڠ ڤرتوبوهن دان جاڠن برچاكڤ كچوالي كباجيكن.
9. بركنلنله دڠن اورڠ يڠ ساودارا تموي دري كالڠن راكن-راكن ساودارا، سكاليڤون ساودارا تيدق دمينتا بربوات دمكين، كران اساس دعوة كيت اياله كاسيه سايڠ دان بركنلن.
10. كواجيڤن لبيه باڽق دري وقتو، اوليه ايت تولوڠله اورڠ لاين سوڤاي ممنفعتكن وقتوڽ. كالاو ساودارا بروروسن سيڠكتكنله ماس ڤنوناءيانڽ.
.والله اءلم

1 comment:

  1. Terjemahan:

    Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna.

    1. Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimana sekalipun keadaan kita.

    2. Bacalah Al-Quran, buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.

    3. Berusaha mencapai dalam bahasa arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

    4. Jangan kita banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

    5. Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.

    6. Saudara jangan bergurau, kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

    7. Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

    8. Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebajikan.

    9. Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara, sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

    10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete