Friday, July 8, 2011

Makna Syahadah " لا إله إلاَّ الله "


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syahadah dalam bahasa Arab bermakna satu perkhabaran yang tepat. Perkhabaran ini pula tidaklah tepat melainkan dengan ilmu yang kukuh. Jadi maksud syahadah ialah perkhabaranterhadap ilmu yang teguh dan kukuh. Kalimah " ilah " dalam bahasa Arab pula bermakna yang berhak di sembah.

Makna Syahadah  " لا إله إلاَّ الله "  yang tepat ialah :
" Satu perkhabaran [pengakuan] dengan pengetahuan [ilmu] yang kukuh bahawa tidaklah berhak di sembah atau di abdikan diri kepadaNya melainkan Allah sahaja ".

Kalimah syahadah ini pula di tafsirkan oleh al-Qur'an dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 64 :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya :
" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 
Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam ".

Maka pengakuan yang kukuh untuk beribadat hanya kepada Allah yang satu sahaja dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu atau mengambil tuhan-tuhan selain dariNya, adalah apa yang di kehendaki oleh kalimah syahadah.

Terdapat satu golongan yang menyalah  tafsirkan kalimah syahadah itu sebagai " Tiadalah wujud melainkan Allah ". Ini adalah salah kerana maknadari segi bahasa Arab " ilah " ialah yang di sembah. Berdasarkan tafsiran mereka yang salah ini, maka kalimah syahadah itu memberi makna tiadalah yang di sembah itu wujud melainkan Allah. Ini bermakna segala-gala yang di sembah sama ada yang hak atau yang batil saperti bulan, matahari dan lain-lain adalah Allah. Sesungguhnya makna yang betulialah tiadalah yang berhak di sembahdalam segala jenis ibadah melainkan Allah sahaja.

Wassallam.


Manhaj Aqidah ASWJ.



La ilaha illallah

No comments:

Post a Comment