Friday, March 25, 2011

Berita Yang Mual Dan Memalukan Adalah Sifat Fasik.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Dengan perkembangan semasa di Malaysia dan serantau ASEAN saya terpanggil untuk membaca 2 ayat dari Surah Al-Hujurat ini:


1. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat [49:6])


Ayat di atas ini Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meneliti dan menyelidiki sesuatu maklumat atau pun berita (cerita) yang disampaikan kepada kita khususnya dari orang-orang yang fasik atau pun munafik.


Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menyesal di hari kebangkitan. Maka dengan itu tapiskanlah semua berita-berita yang kita dengari kerana pada hari ini terdapat amat banyak berita-berita FITNAH.


2. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujuraat [49:11])


Ayat kedua pula Allah menegah kita dari mencemuh dan mengaibkan hamba Allah yang lain akibat daripada menerima berita dan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menjadi seperti orang munafik dan fasik.


Jika kita menjadi manusia yang ZALIM maka tunggulah hukum Allah yang akan datang kepada kita. Berhati-hati ya dan fahamilah pesanan ini!


Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim lagi ganas ini. Lindungilah kami dan keluarga kami dari fitnah kehidupan. Berikanlah kami hidayah dan petunjuk supaya kami sentiasa berhati-hati dengan sesuatu maklumat dan khabar. Dan anugerahkanlah kepada kami rahmat Mu agar kehidupan kami sentiasa selamat di dunia dan akhirat. Ameen!


PDA


"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])







Friday, March 18, 2011

Yaa Allah - Cinta Sejati Mu [Do'a].



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Yaa Allah…
Dimana lagi dapat ku temui cinta sejati, kecuali pada cinta Mu.
Yaa Allah…
Kemana lagi cinta ini harus berlabuh, kecuali pada kasih Mu.
Yaa Allah…
Jadikanlah hati yang lemah ini tertambat kukuh hanya pada Mu.
Yaa Allah…
Aku pohon petunjuk serta keredhaan di atas segala  keputusan Mu.
Yaa Allah…
Kesejukkan sesudah matiku, kenikmatan jika dapat melihat wajah Mu, kerinduan untuk kembali kepada Mu.
Yaa Allah…
Ampunilah diriku yang kerdil ini lagi daif, penuhilah kehinaan diriku ini dengan keindahan maghfirah Mu.
Yaa Allah…
Masukanlah aku bersama-sama gulungan hamba-hamba yang di cintai oleh Mu.
Yaa Allah…
Kurniakanlah aku cinta sapaertimana orang yang mencintai Mu serta cinta orang yang cinta kepada orang dekat kepada Mu.
Yaa Allah…
Jadikanlah cintaku kepada Mu cinta yang kekal abadi.


Ameen Yaa Rabbal  ‘Alameen.

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَشِعِينَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَجِعُونَ 
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. (QS. AL BAQARAH:45-46)


Selalu Menyebut Nama Allah.




AssalamuAlaikum,

Ketahuilah bahawa orang yang beriman ialah mereka yang sentiasa di dalam kehidupannya menyebut-yebut nama Allah dengan hati dan lidah mereka.

Mudah-mudahan dengan selalu menyebut dan mengingati Allah maka Allah ringankan kesusahan dan kesulitan di dalam kehidupan di dunia ini.

Mudahan juga kita akan sentiasa mendapat RAHMAT ALLAH di penghujung hayat (Husnul Khatimah).

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." (Al-Araf [7:205])

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sekiranya kami ini lalai dan terlupa. Berilah petunjuk dan bimbingan kepada kami di dalam setiap urusan kami. Janganlah Engkau hinakan kami akibat kelemahan kami. Jadikanlah setiap sumbangan kami ini di atas dasar fisabilillah dengan kejujuran dan keikhlasan dari kami. Ameen


Prof. Dr. Alias Abdullah
KAED, IIUM
www.iium.edu.my

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun Tahun 2011 - Malapetaka 3 Dalam 1.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan satu goncangan gempa berukuran 8.9 ricter di dalam dasar laut Plate Pacific telah meranapkan bandaraya Sendai dan beberapa bandar yang lain di Jepun. Diikuti dengan Tsunami dengan ketinggian 10 meter menenggelamkan kawasan-kawasan yang dilanda gempa dan membinakan segala binaan dan kehidupan. Ditambah dengan musibah radiasi radioakti dari generator nukliar. 

Banyak yang kita boleh pelajari dari musibah ini untuk menginsafi kehidupan di dunia. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."
 ( Al-Anaam [6:44] )

Video bencana Tsunami pada 3 March 2011 dalam format YouTube ini boleh menjadi peringatan, pengajaran dan kesedihan kita di atas apa yang telah berlaku. 


Firman Allah yang bermaksud: "Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya; Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya; Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Al-Zalzala [99:1-5])

Mudahan ianya menjadi pengajaran kepada saya dan anda di dalam memahami erti kehidupan!

Prof. Dr. Alias Abdullah
KAED, IIUM
13 March 2011

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])























An energy map provided by the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) shows the intensity of the tsunami caused by the magnitude 8.9 earthquake which struck Japan on March 11, 2011. A tsunami warning has been issued for the entire Pacific basin except mainland United States and Canada following a huge earthquake that hit Japan on Friday, the U.S. Pacific Tsunami Warning Center said. The warning includes Hawaii and extends from Mexico down to South American countries on the Pacific, the center said. (NOAA/Tsunami Warning Center/)#





















Houses swallowed by tsunami waves burn in Natori, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11.
(Kyodo News/Associated Press)




















This National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) image released on March 11, 2011 shows model runs from the Center for Tsunami Research at the NOAA Pacific Marine Environmental Laboratory showing the expected wave heights of the tsunami as it travels across the Pacific basin. The largest wave heights are expected near the earthquake epicenter off Japan. The wave will decrease in height as it travels across the deep Pacific but grow taller as it nears coastal areas. In general, as the energy of the wave decreases with distance, the near shore heights will also decrease (e.g., coastal Hawaii will not expect heights of that encountered in coastal Japan). Tsunami waves rolled thousands of miles across the Pacific Ocean after a massive earthquake off Japan and washed ashore in Hawaii early March 11. (NOAA) #

Anugerah Keampunan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anugerah Keampunan.

Barangsiapa yang meninggal [mati] dalam keadaan bertauhid, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, berikrar dan mengucapkan dua kalimah syahadah, maka berhaklah ia berada di sisi Allah SWT  dan memasuki syurgaNya.

Manusia tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah SWT, maka  memasukilah kesyurgaNya, walaupun kemasukannya yang terakhir [tidak bersama-sama orang-orang yang terdahulu], kerana akan di azab terlebih dahulu di neraka, berpunca dari kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan terdahulu, jika tidak  bertaubat maka tidak akan di ampuni, maka wajiblah bertaubat nasuha. Akan tetapi gulungan ini juga tidak kekal di neraka, kerana jika terdapat hatinya masih mempunyai sebutir iman … InsyaAllah.  Adapun dalil-dalilnya sebagaimana di terangkan di dalam hadith Sahih Bukhari dan Sahih Muslim :

Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ kemudian meninggal [mati], pasti memasuki syurgaNya."

Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, " Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."

Dari Abu Dzar r.a pula, dia telah berkata bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda : " Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi khabar gembira kepadaku, bahawa barangsiapa yang meninggal di antara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah SWT, maka pasti akan memasuki syurga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi s.a.w. mengulanginya sampai [sebanyak] dua kali.


Banyak hadith yang menunjukkan bahawa kalimah syahadah memberi hak untuk memasuki syurga dan terlindung dari neraka bagi yang mengucapkannya [mengucap Laa ilaaha illallaah]. Maksudnya!!! meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap memasuki syurga, walaupun yang terakhir…InsyaAllah!!!

Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak selama-lamanya di dalam neraka, tetapi di azab terlebih dahulu kerana perbuatan maksiatnya [dosa-dosanya] yang terdahulu.

Sedangkan Rasulullah s.a.w mengerjakan taubat sekurang-kurangnya tujuh puluh kali dalam sehari semalam, maka siapalah kita yang tidak lekang membuat dosa sama ada kecil atau pun besar, di sengajakan atau pun tidak di sengajakan…Yaa Allah!!!

Bertaubatlah dengan Taubat Nasuha!!! Jangan di tangguh-tangguhkan, sedangkan kematianlah yang paling menghampiri kita.

Wallahu a’lam bish-showab.




Sunday, March 13, 2011

Caci-Maki Dan Kutuk Mengutuk.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara ku, dinasihatkan Eloklah DiElakan Perbuatan Mencaci-Maki, Melaknat Dan Mengutuk Sesama Umat Islam. Ianya bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga suatu perbuatan kufur dan fasik.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur. " (Riwayat al-Bukhari).

Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.' (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selamat menjalani kehidupan tanpa kutukan.

日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])


 







Khutubah Al Wida' Rasulullah S.A.W.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.


“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah S.A.W tidak lama selepas Khutbah Wida' .

Wassallam.