Showing posts with label Prof Dr Alias Abdullah.. Show all posts
Showing posts with label Prof Dr Alias Abdullah.. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

MURTAD.



Kenyataan sebegini boleh menjadikan seseorang itu "MURTAD". Berhati-hatilah.

Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita

UPDATED @ 07:44:12 05-10-2011
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita."
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

PENTINGNYA MEMBEZAKAN MALAM DAN SIANG.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Apabila manusia tidak dapat membezakan nikmat kehidupan di waktu malam dan siang maka dengan itu mereka semakin jauh dari rahmat Allah SWT.

Waktu siang Allah jadikan ianya cerah dan terang untuk manusia mencari rezeki hidup. Sementara waktu malam pula Allah berikan kepada manusia untuk beristirehat, tidur, menenangkan diri, beriadah bersama keluarga dan beribadah (bersujud) kepada Allah. 

Namun demikian manusia pada hari ini tidak dapat membezakan 'nikmat' kehidupan waktu siang dan malam. Minda mereka kucar-kacir semasa meniti masa kehidupan.

Manusia acap menyalahgunakan ruang masa yang Allah berikan itu sehingga mengundang keruntuhan moral, kecelakaan, musibah, penyakit dan laknat dari Allah SWT. 

Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 67 yang bermaksud: "Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)."

Di bandar-bandar besar pada waktu malam manusia berbendung-bendung mencari kehidupan songsang. 

Mereka berjegil mata dan berjaga malam demi mencari nikmat kehidupan di luar batasan. Mereka bagaikan kelawar yang hanya tidur di waktu siang dan keluar di waktu malam mencari rezeki dan mangsa. 

Sabda Nabi SAW: "Jangan memaksa dirimu berjaga (tidak tidur) pada malam hari kerana kamu tidak mampu melakukannya. Bila seseorang mengantuk maka hendaklah dia tidur di tempat tidurnya sendiri dan itu lebih aman." (HR. Ad-Dailami)

Fahamilah saudara-saudara ku bahawa Allah SWT menjadikan malam untuk kita tidur dan berehat. Sementara siang pula untuk kita mencari rezeki. Pastikan batasan-batasan itu kerana ada hikmah disebaliknya. 

Maaf zahir batin.


Bezanya Malam & Siang

Saturday, October 8, 2011

Elakan Sifat Tercela.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
JANGAN HANYA MENYERU KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN TETAPI DIRI SENDIRI TIDAK MEMPRAKTIKANNYA. 

Sifat ini diibaratkan sebagai orang munafik dan hipokrit yang tercela yang perlu dielakkan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff; 61:2-3)

Ayat-ayat ini menerangkan kebencian Allah terhadap manusia yang tidak ikhlas, pembohong, lidah bercabang, berpura-pura, hipokrit dan munafik terhadap sesuatu seruan, persetujuan, perjanjian dan percakapan (baik) kepada pihak lain tetapi mereka sendiri pun tidak melakukan atau pun mempertahankannya. 

Jangan hendaknya kita menyeru orang lain supaya tidak melakukan rasuah, mengamalkan riba, menipu dalam apa-apa perkara tetapi diri kita sendiri kerap melakukannya. 

Begitu juga janganlah hendaknya kita menyeru sahabat-sahabat dan saudara mara kita melakukan ibadah dan kebaikkan tetapi kita meninggalkannya. 

Dan janganlah juga kita mewarwarkan kepada sesuatu pihak untuk mempraktikkan sesuatu yang lestari, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan, perpaduan dan persaudaraan tetapi kita menjadi pengkianat kepada amanah itu. 

Sabda Rasulullah SAW; "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

Mudah-mudahan kita mendapat taufik dan hidayah serta rahmat Allah dari tazkirah ini. 

Maaf zahir batin

16 September 2011

Art of Pretending

Friday, June 17, 2011

Alhamdulillah, Allah berikan 'Hikmah Kebijaksanaan'.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

Sesungguhnya terdapat perbezaan di antara orang yang BERILMU dengan orang yang TIDAK BERILMU.

Begitu juga dengan mereka yang memiliki ILMU YANG BERGUNA (BERFAEDAH) dengan ILMU YANG TIDAK BERGUNA (BERFAEDAH).

Mereka yang memiliki ILMU YANG BERGUNA (BERMANFAAT) adalah mereka yang Allah berikan HIKMAH KEBIJAKSANAAN.

Maka dengan itu, orang-orang yang Allah berikan HIKMAH KEBIJAKSANAAN ini adalah mereka yang Allah berikan rahmat dan kebaikan Nya.

Hendaklah kita SENTIASA BERSYUKUR apabila Allah kurniakan kepada kita HIKMAH KEBIJAKSAAN kerana ramai manusia yang mempunyai ilmu tetapi mereka tetap dungu, bodoh, buta dan tuli. Mereka tidak dapat membezakan yang HAK dan BATIL.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." (al-Baqarah 2:269)

Rasulullah saw menegaskan tentang pentingnya menuntut ILMU dengan sabdanya; "Tuntutlah ILMU, sesungguhnya menuntut ILMU adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ILMU pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan yang terhormat dan mulia (tinggi). ILMU pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-Rabii')

Mudahan kita semua dirahmati Allah selalu. Selamat menunaikan amal ibadah di hari Jumaat yang mulia ini!


PDA.

--------------------------------------------------------------------------------------
"Glory be to You, we have no knowledge except what You have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise [al-Baqarah 2:32]

Wednesday, May 11, 2011

Berhati-hatilah Bila Berbicara dan Bersembang.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkara yang paling kerap dibuat oleh manusia saban hari ialah bersembang dan berbicara (omong-among).

Ada percakapan (bicara) yang membawa kepada kebajikan dan banyak sekali percakapan kita yang merupakan dosa berbentuk fitnah, tipuan, pujian melampau dan manipulasi.

Nabi saw bersabda: "Kebanyakan dosa anak Adam karena lidahnya." (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Berbicaralah perkara yang baik-baik dan membawa kepada kebajikan. Jika tidak ia membawa kepada dosa.

Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa banyak bicara maka banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya." (HR. Ath-Thabrani)

Saya nasihatkan agar perbicaraan dan kata-kata yang tidak berfaedah (berguna) itu dijauhi dan dielakan. Elakanlah omong-omong kosong kerana ia bukan sahaja pahala yang kosong tetapi juga koleksi dosa-dosa yang akan dipamirkan disuatu masa kelak.

Maaf zahir batin.


“ Great things are accomplished by talented people who believe they will accomplish them. Have you accomplish your works? ”

PDA

-------------------


“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


Omong-Omong

Tuesday, May 10, 2011

Hanya Orang Yang Sombong Sahaja Tidak Berdo'a.

  
السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه



Sesungguhnya do'a adalah senjata orang Mukmin dan perhubungan kita kepada Allah SWT. 
Dengan berdoa hati menjadi tenang dan tenteram.
 
Allah SWT Berfirman:


Maksudnya :
" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."
[Surah. Al Ghafir: 60]

Berdo'alah:

 رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَسينا أَو أَخطَأنا ۚ رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا ۚ رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ ۖ وَاعفُ عَنّا وَاغفِر لَنا وَارحَمنا ۚ أَنتَ مَولىٰنا فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. 

Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

Ameen!



" Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now. " 
PDA

-------------------------------------------------- 

" I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser.
[Al-Araf [7:68]

Monday, April 11, 2011

Mengapa Kita-Kita Menghargai Kebesaran Allah ?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Firman Allah.

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَلٍۢ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّتٍۢ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَرًۭا

Maksudnya:

"Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."
[Surah Nuh : 12]

"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya)."
[Surah Nuh : 13]

Sebahagian besar daripada kita ini hidupnya amat senang, selesa, tenang, kaya, disayangi, berkuasa dan mempunyai rezeki yang banyak dari kurniaan Allah SWT. Malah ada yang melampau-lampau sehingga ke usia tua.

Apakah kita amat menghargai kurniaan Allah ini?

Apakah kita semakin tawaduk dan hampir kepada Allah?

Hendaknya kita sentiasa bertanyakan diri kita tentang ini.

Selamat menunaikan ibadah.



“Remember, people will judge you by your actions, not your intentions. But, Allah will judge you by your intention in the hereafter.”


-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

PDA












Sunday, April 10, 2011

Suatu Revolusi Kehidupan.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apabila keangkuhan sampai ke pinggiran maka perubahan akan diseru.

Apabila tahap kesabaran sampai ke pinggiran maka perubahan juga akan diseru.

Apabila kemiskinan mulai melampau maka perubahan juga akan diseru.

Apabila gejala sosial semakin berleluasa maka perubahan juga akan diseru.

Apabila rasuah semakin memuncak dan menjadi budaya hidup maka perubahan juga akan diseru.

Apabila sesuatu itu keterlaluan maka maka perubahan juga akan diseru.

Dan apabila iman dan amal semakin terhakia maka perubahan juga akan diseru.

NAMUN ianya tidak semudah itu. Ianya adalah suatu yang sangat mahal. Ianya adalah suatu pengorbanan. DAN ia boleh menjadi jalan jihad.

APAKAH ANAK BANGSA MAHU KEARAH ITU?

APAKAH ANAK BANGSA SUDAH BERSEDIA MELALUI ONAK DURI DAN DERITA?

APAKAH ANAK BANGSA BENAR-BENAR MAHUKAN PERUBAHAN DAN ISLAH?

Renunglah sejenak!





日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25]


Keganasan

Siksaan Allah Bagi Menyiarkan Berita Dusta.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
Saya amat tertarik dengan Surah An-Nur ayat 11-12 ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”."

Berhati-hatilah bila menyiar dan mewarwarkan sesuatu berita kerana takut-takut ianya menjadi PUNCA UTAMA KITA TIDAK LAYAK MASUK SYURGA! Jagalah diri kita dan keluarga kita dari siksaan Allah dunia dan akhirat. 

Pandang-pandanglah ke bawah kerana di suatu masa nanti kita akan berada di sana!


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“The greatest accomplishment is not in never falling, but in rising again after you fall.”

Prof. Dr. Alias Abdullah
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Friday, March 25, 2011

Berita Yang Mual Dan Memalukan Adalah Sifat Fasik.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Dengan perkembangan semasa di Malaysia dan serantau ASEAN saya terpanggil untuk membaca 2 ayat dari Surah Al-Hujurat ini:


1. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat [49:6])


Ayat di atas ini Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meneliti dan menyelidiki sesuatu maklumat atau pun berita (cerita) yang disampaikan kepada kita khususnya dari orang-orang yang fasik atau pun munafik.


Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menyesal di hari kebangkitan. Maka dengan itu tapiskanlah semua berita-berita yang kita dengari kerana pada hari ini terdapat amat banyak berita-berita FITNAH.


2. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujuraat [49:11])


Ayat kedua pula Allah menegah kita dari mencemuh dan mengaibkan hamba Allah yang lain akibat daripada menerima berita dan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Jika kita tidak berhati-hati maka kita akan menjadi seperti orang munafik dan fasik.


Jika kita menjadi manusia yang ZALIM maka tunggulah hukum Allah yang akan datang kepada kita. Berhati-hati ya dan fahamilah pesanan ini!


Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim lagi ganas ini. Lindungilah kami dan keluarga kami dari fitnah kehidupan. Berikanlah kami hidayah dan petunjuk supaya kami sentiasa berhati-hati dengan sesuatu maklumat dan khabar. Dan anugerahkanlah kepada kami rahmat Mu agar kehidupan kami sentiasa selamat di dunia dan akhirat. Ameen!


PDA


"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])







Friday, March 18, 2011

Selalu Menyebut Nama Allah.




AssalamuAlaikum,

Ketahuilah bahawa orang yang beriman ialah mereka yang sentiasa di dalam kehidupannya menyebut-yebut nama Allah dengan hati dan lidah mereka.

Mudah-mudahan dengan selalu menyebut dan mengingati Allah maka Allah ringankan kesusahan dan kesulitan di dalam kehidupan di dunia ini.

Mudahan juga kita akan sentiasa mendapat RAHMAT ALLAH di penghujung hayat (Husnul Khatimah).

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." (Al-Araf [7:205])

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami sekiranya kami ini lalai dan terlupa. Berilah petunjuk dan bimbingan kepada kami di dalam setiap urusan kami. Janganlah Engkau hinakan kami akibat kelemahan kami. Jadikanlah setiap sumbangan kami ini di atas dasar fisabilillah dengan kejujuran dan keikhlasan dari kami. Ameen


Prof. Dr. Alias Abdullah
KAED, IIUM
www.iium.edu.my

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun Tahun 2011 - Malapetaka 3 Dalam 1.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan satu goncangan gempa berukuran 8.9 ricter di dalam dasar laut Plate Pacific telah meranapkan bandaraya Sendai dan beberapa bandar yang lain di Jepun. Diikuti dengan Tsunami dengan ketinggian 10 meter menenggelamkan kawasan-kawasan yang dilanda gempa dan membinakan segala binaan dan kehidupan. Ditambah dengan musibah radiasi radioakti dari generator nukliar. 

Banyak yang kita boleh pelajari dari musibah ini untuk menginsafi kehidupan di dunia. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."
 ( Al-Anaam [6:44] )

Video bencana Tsunami pada 3 March 2011 dalam format YouTube ini boleh menjadi peringatan, pengajaran dan kesedihan kita di atas apa yang telah berlaku. 


Firman Allah yang bermaksud: "Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya; Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya; Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Al-Zalzala [99:1-5])

Mudahan ianya menjadi pengajaran kepada saya dan anda di dalam memahami erti kehidupan!

Prof. Dr. Alias Abdullah
KAED, IIUM
13 March 2011

"Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do."
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])























An energy map provided by the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) shows the intensity of the tsunami caused by the magnitude 8.9 earthquake which struck Japan on March 11, 2011. A tsunami warning has been issued for the entire Pacific basin except mainland United States and Canada following a huge earthquake that hit Japan on Friday, the U.S. Pacific Tsunami Warning Center said. The warning includes Hawaii and extends from Mexico down to South American countries on the Pacific, the center said. (NOAA/Tsunami Warning Center/)#





















Houses swallowed by tsunami waves burn in Natori, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11.
(Kyodo News/Associated Press)




















This National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) image released on March 11, 2011 shows model runs from the Center for Tsunami Research at the NOAA Pacific Marine Environmental Laboratory showing the expected wave heights of the tsunami as it travels across the Pacific basin. The largest wave heights are expected near the earthquake epicenter off Japan. The wave will decrease in height as it travels across the deep Pacific but grow taller as it nears coastal areas. In general, as the energy of the wave decreases with distance, the near shore heights will also decrease (e.g., coastal Hawaii will not expect heights of that encountered in coastal Japan). Tsunami waves rolled thousands of miles across the Pacific Ocean after a massive earthquake off Japan and washed ashore in Hawaii early March 11. (NOAA) #