Showing posts with label Sahabat Professor Dr Alias Abdullah.. Show all posts
Showing posts with label Sahabat Professor Dr Alias Abdullah.. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Perbanyakan Do'a Di Bulan Ramadhan.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam bulan Ramadhan yang mulia perbanyakanlah doa khususnya memohon keampunan dari Allah SWT.

بسم الله الرحمن الرحيم

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت ۗ رَبَّنا لا تُؤاخِذنا إِن نَسينا أَو أَخطَأنا ۚ رَبَّنا وَلا تَحمِل عَلَينا إِصرًا كَما حَمَلتَهُ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِنا ۚ رَبَّنا وَلا تُحَمِّلنا ما لا طاقَةَ لَنا بِهِ ۖ وَاعفُ عَنّا وَاغفِر لَنا وَارحَمنا ۚ أَنتَ مَولىٰنا فَانصُرنا عَلَى القَومِ الكٰفِرينَ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah: 286)

Ya Allah, begitu juga terimalah taubat kami, bersihkanlah dosa-dosa kami, kabulkanlah doa kami, luruskanlah perkataan kami, dan lenyapkanlah kedengkian dari hati kami.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu keampunan dan keselamatan dalam urusan agama, dunia, keluarga dan harta kami.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai pemaafan maka karena itu berilah keampunan dan kemaafan kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibubapa kami, serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang buruk.

Ya Allah, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari pekerti yang buruk, perbuatan mungkar, hawa nafsu yang jahat dan penyakit yang membinasakan.

Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari lenyapnya nikmat yang Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, kejutan bencana, kecelakaan dan malapetaka dari Mu, dan segala bentuk kemarahan Mu.

Ya Allah, jangan Engkau biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau ampunkan, jangan Engkau biarkan aib pada diri kami kecuali Engkau tutupi, jangan Engkau biarkan kesusahan kecuali Engkau bukakan jalan keluarnya, jangan Engkau biarkan hutang kecuali Engkau bayarkan, dan jangan Engkau biarkan suatu hajat duniawi dan ukhrawi yang Engkau redhoi dan baik bagi kami kecuali Engkau penuhi, wahai Yang Maha Pengasih dan Maha Pengabul Permintaan.

Salam dan selawat ke atas junjungan mulia dan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabatnya.

AMEEN.




日明日 • إِلياسَ The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])


Friday, April 1, 2011

Lakukan Sujud Sejadah/Tilawah BiIa Ketemu Ayat Sajadah




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila masuk bulan Ramadhan nampaknya kita selalu 'bergelut' untuk 'pulun' dan kadang-kadang 'balun' di dalam membaca Quran (maaf bahasa yang agak kurang enak!) Jika boleh nak habiskan satu Quran dalam bulan Ramadhan ini.

Ketahuilah bahawa di dalam al-Quran terdapat 15 ayat sejadah. Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran (Hadis Hasan riwayat Abu Daud). Namun jumlah sujud tilawah yang dilakukan hanya 14 sahaja kerana dalam surah Al-Hajj terdapat 2 ayat Sajadah; mazhab Syafie memilih untuk sujud pada ayat terakhir (ayat 77 surah Al-Hajj) manakala mazhab Hanafi memilih untuk sujud pada ayat pertama (ayat 17 surah Al-Hajj).

Berikut ini adalah bacaan sujud Sajadah yang boleh kita pelajari: سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Mudah-mudahan kita mendapat sesuatu yang baik dari ilmu ini. Jangan pula tinggal sujud sejadah kali ini!

Saya hanya menyampaikan.


The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])



Siapa Sahabat Kamu?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selalunya atau kebiasaannya, apabila kita berkawan maka akan timbul dua suasana dan keadaan di kalangan sahabat-sahabat kita.

Pertamanya ialah mereka yang merindui kehadiran sahabatnya bila berjauhan dan kehilangan. Apabila mereka bertemu sama ada secara zahir atau pun maya, mereka berbicara perkara-perkara yang baik tentang hubungan sesama mereka dan hubungan dengan Allah swt. Apabila mereka berpisah maka mereka berpesan-pesan tentang amar makruf & nahi mungkar.

Kedua, mereka yang mencela sahabat-sahabat sewaktu ketiadaan mereka. Harap-harap janganlah pertemuan itu berbentuk komplot atau pun pakatan untuk mengata-gatakan sesuatu yang tiada atau pun boleh mengaibkan maruah sahabatnya.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila berkumpul tiga orang janganlah yang dua orang berbisik-bisik (bicara rahsia) dan meninggalkan orang yang ketiga (karena hal tersebut akan menimbulkan kesedihan dan perasaan tidak enak baginya). (HR. Bukhari)

Namun, jika terdapat diantara sahabat-sahabat kita berpelakuan buruk, maka eloklah ditinggalkan atau pun berdiam diri. Ini dapat mengelakan dosa dan kekufuran.

Sabda Rasulullah saw: "Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang soleh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk. (HR. Al Hakim)

Akhir sekali, ambillah nasihat dari hadis seperti tertera di dalam gambar ini. "Kawan yang soleh ibaratkan penjual minyak wangi, bila berjauhan pun tercium keharumannya!"

Selamat malam. Selamat berbahagia dan selamat menjadi sahabat yang soleh dan dikasihi Allah. Saya doakan semuga Allah merahmati kita hingga ke hari kebangkitan dan pembalasan. Saya mungkin tidak selalu bersama saudara/saudari tetapi hati dan kalbu saya Insyallah tetap bersama dalam jihat kehidupan anda.

Maaf zahir batin saya pohon hingga ke hari kiamat.

Sent from Heaven.

 

Thursday, March 31, 2011

Do'a Di Malam Ramadhan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Marilah kita bersama-sama berdoa di bulan Ramadhan yang mulia.Yang penting bagi kita ialah terus beribadat dan berdoa agar mendapat kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kami memohon taubat kepada Mu ya Allah. Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Engkau telah berfirman "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya" (Taha:82). Sesungguhnya Rasulullah saw jua memohon keampunan dari Engkau ya Allah, maka apakah kami tidak akan memohon keampunan dan ketaubatan di atas segala kesalahan-kesalahan kami sepertimana Rasulullah yang Engkau kasihi!"


"Ya Allah, sesungguhnya kami banyak menganiaya diri kami sendiri yakni banyak melakukan dosa. Dan tiadalah sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau; maka ampunkanlah kami di sisi Mu dan berilah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."


"Ya Allah, kami memohon ketetapan rahmat Mu dan keampunan Mu yang berkekalan dan kami memohon supaya terselamat daripada dosa-dosa dan kami memohon supaya sentiasa melakukan kebaikan dan kami memohon kemenangan dengan ditempatkan di syurga dan terlepas dari neraka."


"Ya Allah, ampunilah kami dan ibu bapa kami, anak-anak kami, guru-guru dan pendidik kami, orang-orang yang memberikan nasihat baik dan ikhlas kepada kami dan orang-orang yang mengajar dan membimbing kami dengan berdoa dan seterusnya sekalian Muslimin Muslimat dan Mukminin Mukminat, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati."


AMEEN YA RABBAL ALAMEEN.




The Way I Think!


"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])---------------------------------------------"My Lord! relieve my mind And ease my task for me;And loose a knot from my tongue,That they may understand my saying." (Taha [20:25])

Wednesday, March 30, 2011

Kekuatan Do'a & Amal Kebajikan.





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sabda Nabi s.a.w : 
Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dantiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. 
Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya. 
(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)



Semuga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT!

The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." 

(Al-Araf [7:68])

"My Lord! relieve my mind And ease my task for me;

And loose a knot from my tongue,

That they may understand my saying." 

(Taha [20:25])

PDA


Solat Dhuha.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di dalam sebuah Hadith riwayat Bukhari dan Muslim; dari Abu Hurairah (ra) pernah mendapat pesanan Nabi saw, kata beliau:

"Khalil ku (Sahabat ku, - iaitu Nabi saw) menasihatkan ku akan perihatin keatas 3 perkara dan tidak meninggalkannya sebelum aku mati :


1. melakukan Puasa 3 hari didalam sebulan.
2. menunaikan Solat Dhuha.
3. menunaikan Solat Witir sebelum Tidur."

Hadith ini menerangkan pentingnya tiga amalan yang membawa kebajikan dan pahala yakni solat Dhuha, solat Witir dan berpuasa sunat.

Cuma saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya amalan solat Dhuha atau pun solat Isyraaq. Terdapat dua pendapat tentang perbezaan solat ini yakni ada yang mengatakan ianya adalah solat yang sama dan keduanya ialah ianya dimulakan dengan solat Isyraaq dan kemudiannya Dhuha. Kedua-dua khilaf ini boleh dipakai.

Solat selepas terbit matahari merupakan salah satu solat yang dikatakan sunat mua'akad, yang amat digalakkan umat Islam melakukannya. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan juga sebagai Solat Al-Isyraaq. Menurut pengarang buku Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin (ms.173), Muhammad Sidiq Al-Minshawi, salah satu kesilapan ramai dikalangan orang yang bersolat ialah meninggalkan Solat DHUHA kerana Jahil, bahkan ada yang tidak tahu langsung akan wujudnya Solat Dhuha. Insyaallah, marilah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain agar dapat menghidupkan solat Dhuha ini didalam kehidupan seharian kita.

Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya (emerge, rise, light). Dhuha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari atau 'forenoon'. Dengan kata lain Solat Dhuha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari.

Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti'(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

Oleh itu ambilah kesempatan di dalam bulan yang mulia ini menunaikan solat Dhuha.

SELAMAT BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN!

Saya cuma menyampaikan. Maafkan saya.



The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])



Berapa Banyak Kita Mencintai Allah?

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya mulakan dengan hadis ini: "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya." (HR. Al Hakim)

Maka saya ceritakan kesah ini:
'Selepas solat ada seorang hamba Allah (musafir) bertanyakan kepada seorang imam dan beberapa jemaah di dalam sebuah masjid:
"Apakah tuan sayang dan mencintai Allah?"
Dijawab mereka: "Ya, sudah tentunya kami mencintai Allah sebab itulah kami mendirikan solat!"
Lalu bertanya lagi musafir ini: "Berapa banyak cinta dan kasih sayang tuan kepada Allah?" Maka dijawab: "Banyak.. Ya, sangat banyak dan tidak boleh dikira!"
Ditanya lagi: "Banyak yang bagaimana itu?" Terdiam seketika seluruh jemaah dan tiba-tiba dijawab oleh imam tersebut: "Kami selalu kasih kepada Allah dengan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan sebagainya."
Ditanya lagi oleh musafir ini: "Jika mendirikan solat sebagai tanda kasih kepada Allah agaknya berapa lama ye?"
Dijawab imam tersebut: "Selalunya solat subuh (fajr) 5 minit, zohor, asar dan isyak dalam 15 minit setiap kali dan maqrib dalam 10 minit. Solat sunat adalah dalam 5 minit jika dibuatlah." Kata hamba Allah (musafir) ini: "Oh begitu! Jadi solat fardu kesemuanya hanya 1 jam sehari dan jika ada beberapa solat sunat yang dilakukan maka mungkin dalam 5 minit atau pun yang paling lama 35 minit."
Musafir berkata lagi: "Taklah lama ya untuk mencintai dan mengasihi Allah. Hanya 1 ke 2 jam sahaja dalam sehari. Baki 22 atau 23 jam tu mungkin tidak kasih dan ingatkan Allahkan!"
Katanya lagi: "Mungkin juga ada perbuatan solat itu yang tidak ikhlas dan juga lalai."

Lantas hamba Allah ini meninggalkan jemaah berkenaan untuk meneruskan musafirnya.'

Apakah inti pati cerita ini? Ianya ialah suatu SAHADAH yang kita buat kepada Allah sebagai BAIAH kita di dalam hidup yakni yakin dan percaya bahawasenya hanya Allah SWT adalah tuhan dan kita sampai bila-bila pun akan mencintai, mengasihi dan mengingati Allah sebagaimana Rasulullah SAW mencintai Allah.

Namun selalunya PERKATAAN dan PERBUATAN kita tidak seiring dan sekata. Dengan hanya 1 atau 2 jam menyembah dan mengingati Allah bukan tanda mutlak CINTA & KASIH kita kepada Allah SWT kerana ada waktu lain kita selalu alpa kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (An-Nisa [4:142])

Selamat beribadat kepada Allah!

Saya cuma menyampaikan.

The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

Sunday, March 13, 2011

Caci-Maki Dan Kutuk Mengutuk.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara ku, dinasihatkan Eloklah DiElakan Perbuatan Mencaci-Maki, Melaknat Dan Mengutuk Sesama Umat Islam. Ianya bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga suatu perbuatan kufur dan fasik.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur. " (Riwayat al-Bukhari).

Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.' (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selamat menjalani kehidupan tanpa kutukan.

日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])


 







Siapa Kah Yang Paling Kita Cinta?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bertanyakan saudara sekalian siapakah orang yang paling saudara sayangi?

Maka ramailah yang menjawab "Allah", "Rasulullah", "ibubapa", "suami/isteri", dan "anak-anak". Tidak ramai yang menjawab "saudara-saudara ku yang seIslam (Ummat Islam)" mahu pun "Mukminin dan Mukminat", serta "Muslimin dan Muslimat". Walhal Rasulullah sendiri pun sehingga akhir hayatnya masih menyebut "ummati, ummati, ummati...".

Seharusnyalah orang yang kita patut paling sayang dan kasih ialah Rasulullah SAW dan diikuti oleh mereka yang lain. Allah pun menyayangi Rasulullah justru apakah kita sendiri tidak atau pun hanya dilidah sahaja mengatakan kita menyayangi Rasulullah!

Sabda Rasulullah; "Tiada seorang beriman hingga aku lebih dicintai dari ayahnya, anaknya, dan seluruh manusia." (HR. Bukhari)

Ertinya untuk menjadi orang yang BERIMAN maka wajib menyayangi Rasulullah SAW.

Cuma adakah kita mencintai dan menyayangi Rasulullah SAW itu hanya dibibir sahaja! Berapa lama dan banyaknya kita ingat kepada Rasulullah di dalam hidup. Mungkin semasa saudara sedang sebok memasak atau pun membeli makanan untuk iftar saudara tidak ingat kepada Rasulullah malah hanya ingat kepada makanan dan minuman sahaja bukan! Atau pun anda sedang berkasih sayang dengan isteri atau suami anda tidak mungkin ingat akan Rasulullah bukan! Justru, apa yang kita katakan bahawa kita menyayangi Rasullah!

Kita kasih dan cinta kepada Rasulullah kerana Allah menyuruh kita berbuat demikian atas landasan Islam dan iman. Tiada keraguan tentangnya. Kasih kepada Rasulullah ialah mengamal segala ajarannya, berpegang kepada prinsip 'amar makruf nahi mungkar'. Mengikuti keperibadian dan akhlak Rasulullah. Rasulullah SAW adalah idola dalam hidup untuk diri sendiri, keluarga, sahabat karib mahu pun orang-orang Mukmin dan Mukminat.

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujraat [49:15])

Mengasihi Rasulullah ialah selalu memberikan SELAWAT dan SALAM kepada nya. Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56)

Orang yang berselawat dengan ikhlas kepada Rasulullah SAW adalah orang yang hatinya dekat dengan Rasulullah. Mereka layak mendapat SYAFAAT dari Rasulullah SAW. Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR At-Tirmidzi)

Justru, apakah kita kerap SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW dengan ikhlas?

Saya hanya menyampai dan mengingatkan.

The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])