Sunday, February 27, 2011

5. Renungan [Kata-Kata]





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


[ Penjelasan Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah ]

  
Allah ada, tanpa tempat dan tanpa arah.
Allah yang menciptakan tempat dan arah, maka Allah tidak memerlukan 
kepada keduanya.
Allah yang menciptakan langit dan arsy, maka Allah tidak bertempat
pada 
keduanya.
Sebelum Allah menciptakan arsy dan langit, Allah ada, tanpa arsy dan 
langit, maka demikian pula setelah Allah menciptakan arsy dan langit, 
Allah ada tanpa arsy dan langit.
Allah tidak berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain oleh 
kerana perubahan itu tanda kebaharuan.
Allah Maha Qadim, tidak memiliki permulaan, Allah Maha Suci dari 
sifat-sifat baharu.

*************************************************

Tuesday, February 22, 2011

4. Renungan [Kata-Kata].


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

 

Apa Itu Ilmu Fardhu 'Ain?


Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu agama yang (hukum mempelajarinya) fardu ain?

Jawapan:
Setiap mukallaf diwajibkan mempelajari suatu kadar ilmu agama yang dia perlu tahu, ianya terdiri daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang diwajibkan untuk mengeluarkannya, haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata dan sebagainya.
Allah ta^ala berfirman:
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”. [Surah al-Zumar: 9]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maknanya: “Menuntut ilmu agama (yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap muslim”. 
[Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi]

Wassallam.

Monday, February 21, 2011

3. Renungan [Kata-Kata].

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Khusyu'

" Perasaan khusyu'  tidak mungkin boleh didapati jika kita tidak memiliki kesadaran dan kepercayaan bahawa disaat bersolat kita sedang berhadapan dengan Allah SWT ".

Kita adalah objek Allah SWT yang sepatutnya mendapatkan penerangan, ketenangan jiwa dan petunjuk. Kita hanya perlu menyerah kepadaNya dengan sedaya mungkin dan seadanya, tidak perlu merekayasa dengan gaya lakonan kepura-puraan.
Sedarilah yang kita ini diumpamakan terbangun dari gelap gulita sedang menunggu akan terbitnya cahaya, umpama lupa yang menunggu diingatkan, bodoh yang menharapkan pengajaran serta gelisah yang mendambakan ketenangan. Kesemuanya ini adanya didalam kekuasaan Allah SWT , kehendak Yang Maha Mutlak.     

Wallahu'alam.

2. Renungan [Kata-Kata].


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menabung Dengan Berdzikir.

Dzikir Sebagai Simpanan Di-Syurga.
Dalam hadith yang di riwayatkan oleh Abu Musa ra mengatakan:
Mahukah ku tunjukan perbendaharaan dari beberapa perbendaharaan syurga?
Maka aku menjawab: Ya Rasulullah.
Nabi saw mengatakan : لا حول ولا قوة الا بالله
[Laa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billaah]
Ertinya:
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah (HR.Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian orang yang membaca dzikir (hawqalah) akan mendapat ganjaran berupa syurga yang akan di simpan oleh Allah SWT bagi para pembacanya dengan ikhlas, serta perlu di baca dengan berulang-ulang.

Wallahu'alam.

Sunday, February 20, 2011

Iman & Keyakinan [ Faktor Pengikat ].


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

[Apabila fikiran dan cara berfikir diseimbangkan, tubuh dan jiwa akan mengikuti kemahuan fikiran. Sinergi inilah yang dicari dengan harapan dapat menampilkan kualiti bersolat secara optimal.]

" Takzhim,Haibah,Hudhrul Qalb,Tafahhum,Rajaq & Hayaq "  adalah santapan hati batin sebelum, semasa dan sesudah sembahyang. Keenam perkara yang di sebut itu merupakan sifat-sifat yang menjadikan keperluan hati batin kepada mereka yang mendirikan sembahyang. Pendekatan yang begitu jelas akan ada faktor yang menjadi pengikat kepada sifat-sifat tersebut. Iman dan Yakin atau Keimanan dan Keyakinan adalah faktor pengikatnya.

Wujudnya keimanan yang berkaitan perihal tersebut, ia tidak akan timbul sebarang keraguan di dalam hati ini, maka semakin mendalamlah akan keyakinan diri, pasti hati akan menjadi khusyuk.
Aisyah r.a pernah berkata ;
" Rasulullah s.a.w apabila sedang bercakap-cakap dengan kami, apabila datang waktu sembahyang, seolah-olah baginda tidak mengenali kami dan kami pun tidak mengenali baginda ".

Terdapat riwayat bahawa Allah SWT telah mewahyukan kepada Musa a.s ;
" Wahai Musa, bila menyebut Ku [mengingati Allah SWT], sebutlah Aku sambil tubuh mu gementar. Sebutlah Aku dengan khuysuk dan tenang, dan bila kau menyebut Aku, jadikanlah lidah mu di belakang hati mu. Dan bila kau berdiri di hadapan Aku berdirilah sebagai layaknya seorang hamba yang kerdil dan hina, maka bermunajatlah dengan hati yang cemas dan lidah yang tulus ".

Di Riwayatkan pula bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Musa a.s ;
" Katakanlah kepada pelaku maksiat di kalangan umat mu ; janganlah mereka menyebut nama Ku, sebab Aku telah bersumpah dengan diri Ku bahawa barangsiapa menyebut Ku, Aku pun akan menyebutnya. Maka apabila pelaku maksiat menyebut Ku, Aku akan menyebut mereka dengan kutukkan ".

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang menjadikan keperluan hati batin di dalam sembahyang maka dapatlah kita membezakan mereka yang mendirikan sembahyang seperti berikut ;

1.   Mereka yang lalai. Bersembahyang dengan cukup rukunnya, tetapi hatinya tidak hadir dalam sembahyang walaupun sekejap.

2.   Bersembahyang dengan cukup rukunnya, sunatnya dan hatinya sentiasa bersama yang di kerjakan. Ada ketikanya sehingga tidak sedar apa yang berlaku di sekitarnya. Mereka yang bersembahyang berjemaah, tetapi tidak perasan atau kenal jemaah yang di sebelahannya. Telah di riwayatkan bahawa debaran jantung Nabi Ibrahim a.s ketika sedang sembahyang seolah-olah terdengar dalam jarak yang jauh.
Pada masa lampau [abad silam], terdapat mereka yang bersembahyang  dengan wajahnya menjadi pucat dan gementar di sebabkan hati batin mereka itu sangat malu dan takut kepada Yang Maha Penciptanya.

Allah SWT berfirman :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 وَلِكُلٍّۢ دَرَجَتٌۭ مِّمَّا عَمِلُوا۟ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : 
Dan masing-masing orang memperoleh darjat-darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
( Surah. AL AN'AAM :132 )

Allah SWT akan memandang terus, tertuju kepada hati manusia, bukannya gerak zahir di dalam sembahyang itu. Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w pernah berkata ;
" Pada hari kiamat manusia akan di kumpulkan mengikut keadaan sepertimana mereka bersembahyang ". Ukuran mengenai perihal ini terjurus kepada ketenangan dan ketenteraman hati batin semasa bersembahyang, seterusnya akan memperolehi serta akan merasa kenikmatan kehidupan sama saperti semasa mendapatkannya ketika [dalam] bersembahyang. Kehidupan di akhirat kelak akan terbentuk sesuai dengan sifat-sifat hati seseorang itu kerana Allah SWT akan menilai pada hati dan bukan pada tubuh mereka.
Hanya yang datang kepada Allah SWT dengan hati bersih [sejernihnya] sahaja yang akan selamat...insyaAllah!


Wallahu a'lam.




Saturday, February 19, 2011

Do'a.


رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Maksudnya :
"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
[Surah Al Hasyr : 10]

Saturday, February 12, 2011

Tingkatkan Membaca Al-Qur'an.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pendekatannya perlu berusaha mempraktikkan serta berazam untuk memulakan membaca surah-surah lazim [sebagai contoh] buat permulaan dan bacalah pada waktu malam sebelum tidur, ia akan di perkenankan oleh Allah SWT jika terus berusaha dengan gigih dan ikhlas. Setiap sesuatu keinginan pastinya dengan  permulaan [langkah pertama], berdo'alah semoga beroleh keyakinan diri memohon petunjuk dariNya, agar di pekenankan dan di permudahkan..InsyaAllah!

Terdapat beberapa surah-surah yang lainnya untuk di baca [di amalkan] seperti surah Ali Imran, jika di baca bersama surah Al Baqarah, akan dapat pembelaan di hari kiamat dan di kira sebaik-baik perbedhaharaan. Justeru, jika di baca pada hari Jumaat akan di do'akan malaikat sehingga malamnya. Tingkatkanlah amalan-amalan ini dengan pelbagai surah-surah lainnya di malam hari.Di syorkan beramal pada malam dan siang Jumaat dengan bacaan Yaasin, Ad Dukhan, Al Khafi dan seterusnya untuk beroleh kerahmatan dan fadilatnya.
Amalkanlah membaca walaupun dengan satu ayat, atau satu surah atau dua surah mengikut kemampuan, kelancarannya akan di rasai  secara berperingkat-peringkat dan perlu berusaha dan di jadikan ia rutin harian dengan memberi keutamman berjadual sehingga khatam [tamat], semoga ia menjadi amalan kita di sepanjang hayat. 

Renungan :

1.  Al Fatihah - pahala membaca memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, di katakan sama dengan 2/3 Al-Qur'an dan 70 kali ganda ayat lain.

2.  Bismillah - di baca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf di beri 4000 kebajikan dan di hapuskan 4000 kejahatan dan di angkat 4000 darjat.

1.  Jutawan           Membaca  300  hingga 1000 ayat setiap malam.

2.  Jayawan          Membaca  200  hingga   299 ayat setiap malam.

3.  Setiawan          Membaca  100  hingga   199 ayat setiap malam.

4.  Pemelihara       Membaca    50  hingga     99 ayat setiap malam.

5.  Yang Ingat        Membaca    10  hingga     49 ayat setiap malam.

6.  Yang Lalai        Membaca      0  hingga       9 ayat setiap malam.


Sebagai peringatan perlulah merujuk dari aspek pembelajarannya dengan guru-guru yang bertauliah lagi arif untuk beroleh kesempurnaannya. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayahNya memberkati dan merahmati usaha yang semulia ini.

Wallahu'alam.

Wassallam.

Friday, February 11, 2011

Huraian Dari Surah Al Mulk.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kesimpulan :

Barangsiapa yang membaca Tabaarakal Ladzii Biyadihil Mulku [ surah al-Mulk ayat : 1 hingga 30 [terakhir] pada setiap malam maka Allah swt akan menghindarkan orang itu dari seksaan kubur. [HR Nasai].

Amatlah perlu untuk diketahui bahawa ayat-ayat Al-Quranul Karim bukan hanya untuk diambil manfaatnya didalam urusan dunia sahaja, tetapi juga untuk diambil segala perintah Allah swt itu untuk diamalkan, sedangkan yang bersifat larangan seharusnya dijauhi.

Ada pun surah-surah yang lain saperti 'Ammaa Yatasaa-Aluun, Qaf, Wannajmi Idzaa Hawaa, Wassamaai Dzaatil Buruuj dan Wassamaai Wath Thaariq telah diterangkan di dalam hadith bahawa surah-surah tersebut adalah sebagai penghapusan dosa kecuali dosa akibat perbuatan syirik  [seumpama menyekutukan Allah swt dengan sesuatu].
Hal tersebut telah pernah di riwayatkan oleh Abu Darda' r.a. Selainnya ada beberapa ayat dan surah yang memiliki keutamaan saperti di dapati dan di terangkan di dalam beberapa hadith yang sahih saperti berikut :-

- Idzaa Zulzilat [dan seterusnya] maka ganjarannya hampir sama dengan membaca separuh   Al-Quran.
 [HR Turmudzi].

- Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun [dan seterusnya] saperti membaca seperempat[1/4] Al-Quran.
[HR Turmudzi dari Ibnu Abbas].

- Al-Haakumut Takaatsur [dan seterusnya] saperti membaca seribu[1,000] ayat.
[Rujuk HR Hakim dari Ibnu Umar ra].

- Surah ad-Dkhkhan untuk menolak kesangsaraan pada hari kiamat.

- Surah al-Kautsar untuk menolak adanya satu permusuhan.


Beberapa ayat dan surah yang terpilih untuk diamal dan dibaca sebelum sesuatu perjalanan atau pun dibaca sebelum tidur [surah-surah al-Kafirun, Idzaa jaa-a nashrullah, al-Ikhlas, al-falaq, dan An Naas].

Membaca Al-Quran akan diberi ganjaran oleh Allah swt, perlu dibaca dengan tertib mengikut hukum-hukumnya. Setiap ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang dibaca akan membawa ketenangan, itulah yang dinamakan khasiat-khasiatnya mengikut keterangan hadith-hadith sahih.

Rasulullah saw telah bersabda : Besar gunanya akan kita membaca kitab suci Al-Quran sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari....

" Menurutnya, seseorang mukmin yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, disifatkan sebagai memakan buah limau[oren] yang rasanya manis lagi mengharumkan.
Terdapat juga mukmin yang tidak membaca Al-Quran [dimana ramai diantara kita dewasa ini tidak boleh berbahasa jawi] tetapi mengamalkannya, boleh diumpamakan seperti buah kurma yang rasanya baik tetapi tidak punya keharuman.
Kepada orangnya munafik yang sedang membaca Al-Quran tidak ubah saperti tumbuhan yang memberi keharuman tetapi dimakan rasanya pahit.
Manusia munafik yang tidak membaca Al-Quran diibaratkan saperti buah peria, pahit rasanya dan tidak enak pula akan baunya "
[Hadith] .

Oleh yang demikian Al-Quran telah dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dibaca dan diamalkan, jangan sampai menjadi seorang mukmin yang tidak membaca Al-Quran, juga jangan sampai menjadi orang munafik yang hanya membacanya tetapi tidak mengetahui [tidak mengamalkan] akan isi kandungannya dan pula menjadi akan gulungan munafik yang tidak bersedia membacanya apa lagi dengan amalannya.

Wallahua'lam...


Menabung Dengan Berdzikir.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dzikir Sebagai Simpanan Di-Syurga.

Dalam hadith yang di riwayatkan oleh Abu Musa ra mengatakan:
Mahukah ku tunjukan perbendaharaan dari beberapa perbendaharaan syurga?
Maka aku menjawab: Ya Rasulullah.
Nabi saw mengatakan: لا حول ولا قوة الا بالله
[Laa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billaah]
Ertinya:
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah (HR.Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian orang yang membaca dzikir (hawqalah) akan mendapat ganjaran berupa syurga yang akan di simpan oleh Allah SWT bagi para pembacanya dengan ikhlas, serta perlu di baca dengan berulang-ulang.

Wallahu a'lam.



Menabung Dengan Berdzikir