Sunday, March 13, 2011

Ikhlas Memberikan Salam Itu Tanda Kita Selalu Dekat.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini tidak semua orang suka membaca penulisan agama atau tazkirah. Ada yang hatinya memberontak lantaran kurang menyenangi mereka yang mengirimkan. Namun demikian ianya bukanlah suatu halangan untuk orang-orang Islam terus berdakwah.

Sebab itulah saya amat suka sekali berkongsi secebis ilmu agar kita mendapat RAHMAT Allah. Manalah tahu dari ilmu ini ia boleh menjadi pendinding kehidupan di dunia dan menjadi cahaya keimanan di hari kematian kita kelak.

MEMBERIKAN UCAPAN SALAM seperti  "Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"  kepada saudara Mukmin dan Mukminat serta Muslim dan Muslimat adalah sesuatu yang sangat digalakan. Ia merupakan syiar Islam dan Sunnah Rasulullah SAW. Ianya adalah juga tanda kita sebenarnya hampir kepada Allah. Ia dapat memupuk dan meningkatkan iman dan taqwa.

Sabda Nabi SAW:

"Orang yang paling dekat dengan Allah ialah yang memulai memberi salam." 
(HR. Abu Dawud)

Dan dalam sebuah hadis yang lain:"Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Kamu tidak dapat masuk syurga kecuali harus beriman dan tidak beriman kecuali harus saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan sesuatu bila kamu lakukannya nescahaya kamu saling berkasih sayang? Sebarkan SALAM di antara kamu." (HR. Muslim)

Jazakhallah khair kerana membaca warkah ini hingga sempurna!

Saya hanya menyampaikan.

日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])


 








Ya Allah Cucuhilah Rahmat Kepada Ibubapa Ku!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Ya Allah, cucurilah rahmat kepada kedua ibubapa ku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" ...amin!

Ibubapa adalah PERMATA JIWA kerana kasih sayang merekalah kita dilahirkan, dibesarkan dan dididik dengan sempurna.

Saya seru supaya kita sentiasa menyayangi, menyanjungi, mengambil berat, berbuat baik dan bersopan santum dengan ibubapa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(Al-Isra [17:23-24])

Sabda Rasulullah saw: "Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir (kufur nikmat)." (HR. Muslim)

BAGAIMANA DENGAN ANDA? DIMANAKAH IBUBAPA ANDA KINI? ADAKAH MEREKA DI RUMAH ORANG TUA-TUA ATAU DI DALAM PELIHARAAN ANDA?
Jagailah ibubapa kita dengan kasih sayang. Mudahan kita mendapat rahmat Allah.

Saya hanya menyampaikan.

The Way I Think!

"I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,That they may understand my saying." (Taha[20:25])

 












Celakalah Orang-Orang Yang Lalai Di Dalam Solatnya.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di dalam bulan Ramadhan kita lihat berduyun-duyun umat Islam mendirikan solat fardu dan solat sunat khususnya solat Tarawikh.

Solat adalah tiang Agama dan kerana itu ianya adalah amalan terpenting di dalam kehidupan.

Nabi SAW bersabda: "Perumpamaan solat lima waktu seperti sebuah sungai yang airnya mengalir dan melimpah dekat pintu rumah seseorang yang tiap hari mandi di sungai itu lima kali." (HR. Bukhari dan Muslim)

Solat adalah yang terawal akan ditanya di Yaumil Masyar. Bersabda Rasulullah SAW: "Yang pertama dipertanyakan (diperhitungkan) terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang solatnya. Apabila solatnya baik maka dia beruntung dan berjaya dan apabila solatnya buruk maka dia kecewa dan rugi." (HR. An-Nasaa'i dan Tirmidzi)

Namun, di dalam mengerjakan solat kita selalu LALAI, ALPA & TIDAK KUSYUK. Kadang-kadang kita solat untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Umpamanya membaca surah yang panjang lebar dengan taranum yang hebat untuk bermegah-megah dan bongkak.

Allah SWT melaknat gulongan manusia ini. Firman Allah di dalam Surah Al-Ma'un ayat 4 hingga 6 yang bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang sembahyang. Yang melupakan sembahyang mereka. Yang bermuka-muka."

Oleh itu kita harus berhati-hati dan menjauhi perkara KEMURKAAN ALLAH ini. Mudah-mudahan kita mendapat taufik, hidayah, hikmah dan rahmat Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" (Al-Baqarah, 45)

Justru, marilah kita bersama-sama memperbaiki solat kita agar solat kita diterima Allah.

Berikut adalah contoh solat yang tidak sempurna dan tidak kusyuk:



日明日 • إِلياسَ The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

























Saturday, March 12, 2011

Sombong dan Bongkak Kian Menyelubungi Hidup.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

SOMBONG DAN BONGKAK KIAN MENYELUBUNGI HIDUP : KITA MUNGKIN TIDAK PERASAN ... ELOK SELALU PERIKSA DAN PERHATIKAN NYA!!!

Ramai orang tidak 'perasan' dia sebenarnya berkeadaan 'sombong', 'bongkak', atau pun 'hidung tinggi'. 

Keegoan ini timbul mungkin kerana kita:
1. Mempunyai derajat, kedudukan, pangkat, jawatan atau pun berstatus tinggi dan hebat. Contohnya mempunyai status Tun, Tan Sri, Dato, mahaguru, menteri, ketua pengarah, tuanku, dll.


2. Mempunyai harta, wang, dan kekayaan yang banyak dan terlampau.

3. Mempunyai ilmu yang banyak dan tinggi.

4. Mempunyai rupa yang cantik atau tampan. 

5. Mempunyai isteri (suami) atau kekasih hati yang cantik, comel, seksi, bergaya atau pun tampan.

6. Mempunyai susuk badan yang cantik, mengiorkan, sasa, atau pun kuat.


7. Mempunyai perniagaan yang besar, maju & kaya.

Keegoaan adalah penyakit hati yang jika tidak dikawal dan diubati dari awal akan membinasakan diri. Ianya adalah sifat kufur kepada Allah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Surah Lukman, 18-19)

Hadia Nabi saw juga menyentuh perihal ini: "Ada tiga perkara yang membinasakan iaitu hawa nafsu yang dituruti, kekikiran yang dipatuhi, dan seorang yang membanggakan dirinya sendiri." (HR. Ath-Thabrani dan Anas)

Waspada dan jauhilah dari sifat mazmumah ini sebelum terlambat. Anda boleh lakukannya!

Profdralias
1 March 2010


















日明日 • إِلياسَ
That's The Way I Think But I'm Not A Superhero. 

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Diet Rasulullah S.A.W.

 
السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه



Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah s.a.w tidak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda begitu pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah s.a.w ini, anda tidak akan menderita sakit perut atau pun mendapat keracunan makanan.

Jangan makan   SUSU        bersama     DAGING
Jangan makan   DAGING     bersama     IKAN
Jangan makan   IKAN         bersama     SUSU
Jangan makan   AYAM        bersama     SUSU
Jangan makan   IKAN         bersama     TELUR
Jangan makan   IKAN         bersama     DAUN SALAD
Jangan makan   SUSU        bersama     CUKA
Jangan makan   BUAH        bersama     SUSU [Contoh : KOKTEL]

CARA MAKAN.
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit [kepada yang tidak makan malam] untuk melakukan, tetapi, kalau tidak percaya, ia akan memberi kemudaratan jangka panjang. Kesannya tidak dalam jangka pendek,ianya akan nampak apabila umur kita sudah menjangkau [bertambah], yakni ketika sudah tua nanti.

* Dalam Al-Qur’an juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi s.a.w pernah mencegah kita makan ikan bersama susu., oleh kerana akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion- , jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Qur’an juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain :



1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk [ bukannya air dalam peti sejuk/ais ] setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit [ susah mendapat sakit ].

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur [ iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa ]. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang  udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah, maka dengan bersujud darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis tel
.ah menemukan bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. [ enzim sejenis alat percerna makanan ].


Sabda Nabi s.a.w  : "Ilmu itu milik Allah SWT, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Wallahua'lam.

Jagalah Tiga Perkara.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Jagalah 3 perkara.
1. Jangan membuat kerosakan di bumi semasa hidup.
2. Berdoa bersungguh-sunggh kepada Allah dengan penuh 
harapan dan bimbangan.
3. Sentiasa perbaiki amalan supaya mendapat rahmat Allah 
(Husnul Khatimah).
Firman Allah didalam Surah Al-A'raaf ayat 56 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) 
memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut
(tidak akan diterima) 
dan harapan 
(akan dikabulkan). 
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.  

Ingatkan diri kita selalu.

Wallahu a'lam.


Bencana Alam.

Mengkianati Amanah.



TAZKIRAH : MENGKIANATI AMANAH.

السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

Saya menyeru pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita bersama-sama beristifar di atas segala dosa dan salah silap kita akibat kelemahan dan kelalaian kita terhadap tanggungjawab agama.
 

Saya ingin membawa perhatian saudara se-Islam saya tentang beberapa ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan 'AMANAH'.
 

Firman Allah SWT :


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


يَٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَنَتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal [8:27])

Ada dua kategori amanah yang kita perlu jaga yakni satu yang berkaitan dengan "hublumminallah" dan satu lagi "hablumminannas".
 

Perkara-perkara asas tauhid dan fiqh adalah amanah. Begitu juga ungkapan-ungkapan, polisi, visi mahu pun perjanjian yang dipersetujui oleh saudara sebagai pentadbir dan pemimpin adalah satu amanah. Maka dengan itu janganlah dikianati kerana ada kepentingan kita dan jangan juga kita mungkari kerana ianya membawa kepada kekufuran.
 

Surah Ash-Shuara [26:128-129] ini Allah SWT memberitahu kita tentang suatu amanah yang kita kufurkan:"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?"

Akhir sekali saya menyeru supaya amanah ini ditadbir, uruskan dan diberikan kepada mereka yang 'layak', pakar, adil dan bertanggungjawab di dalam memelihara amanah. Jika tidak ianya akan membawa kepada kehancuran dan kegagalan sistem hidup manusia itu sendiri.
 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil." (An-Nisa [4:58])

Semuga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari ilmu ini. Maafkan saya jika ada kekurangan!


Prof. Dr. Alias Abdullah
25 Feb 2011
22 Rabiulawal

 
 


















日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])