Monday, May 9, 2011

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapamu !!!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur alhamdulillah, kita mempunyai ibu bapa dan keluarga di mana yang paling penting ialah kita mempunyai seorang " IBU ". 

Kasih sayang bermula dari seorang insan yang bergelar " IBU " maka dari itu Allah SWT telah meletakan kedudukan yang tinggi kepada wanita yang menjadi " IBU ".



Allah SWT berfirman :

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَنَ بِوَلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ


Maksudnya.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, 
dan menyapihnya (menyusukan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
[Surah Luqman : 14]
__________________________________________________

Dari beberapa ayat yang terdapat di dalam al Qur'an dengan jelas menyatakan betapa besarnya kewajipan seorang anak menta'ati kepada kedua ibu bapanya
dan ianya merupakan amalan takarrub kepada Allah SWT yang sangat besar pahalanya.
Dan di sebaliknya melakukan sesuatu sama ada melalui perkataan atau perbuatan yang boleh mengecilkan hati keduanya,
apatah lagi sampai mengherdiknya adalah suatu dosa yang sangat besar di sisi Allah SWT.


Abu Hurairah ra. berkata : 
" Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya : “ Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? ”
Baginda menjawab : “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab : “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab: “ Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi : “ Kemudian siapa? ”
Baginda menjawab : “ Ayah kamu.” 
(HR. Al-Bukhari)


Oleh kerana Islam meletakan status yang tinggi kepada mereka yang menjadi " IBU " maka mendoakan kepada ibu amatlah digalakan. 

" Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta 
bagi orang-orang yang beriman, 
pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan " 
[Surah Ibrahim : 41]


Sebagai peringatan kepada anak-anak ku yang di kasihi, umpamakanlah dengan menghormati kedua ibu bapamu selagi hayat di kandung badan.





Wassallam.

Belaian Ibu

Friday, May 6, 2011

Dakwah.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه


Untuk berdakwah di zaman serba canggih ini sememangnya sangat-sangat penting dan ia adalah satu tuntutan jihad yang wajib di lakukan oleh kita semua. Maka perlulah mengembeling tenaga untuk di kerjakan dengan seikhlasnya dan bersungguh [yakni berkerja keras]. Sanggup berjuang semata-mata kerana Allah SWT, meskipun terpaksa menghadapi di tengah-tengah kekufuran " Jahiliyah 
Moden " di abad ini.

" Jangan sesekali berasa takut atau merendah diri terhadap manusia untuk menyatakan yang benar, ia akan di tanya kelak pada hari khiamat [yakni di hari pembalasan]. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak di takuti."
[ HR. Imam Ahmad ].

Firman Allah SWT :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


دَعْوَىٰهُمْ فِيهَا سُبْحَنَكَ ٱللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَمٌۭ ۚ وَءَاخِرُ دَعْوَىٰهُمْ أَنِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَلَمِينَ

Maksudnya :

Do'a[1] mereka di dalamnya ialah: " Subha nakallahumma "[2], dan salam penghormatan mereka ialah: " Salam "[3]. Dan penutup doa mereka ialah: " Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin "[4].
[ Surah Yunus :10.]

[1]. Maksudnya: puja dan puji mereka kepada Allah.

[2]. Ertinya: Maha Suci Engkau, wahai Tuhan kami.

[3]. Ertinya: sejahtera dari segala bencana

[4]. Ertinya: segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 

Seseorang perlu mempunyai ilmu yang cukup lagi mantap untuk berdakwah, mempunyai sifat bijaksana [bilhikmati], dapat memberikan ajaran yang baik-baik [wal mau izhatil hasanati] dan juga dapat memberi hujah-hujah yang baik dan bermanfaat untuk di lontarkan mahupun berdialog dengan cara berhemah.

Wallahu a'lam.



Berdakwah

Saturday, April 23, 2011

Surah. Al Mu'min: 64 - 65 & 68.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan :



Firman Allah SWT:

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



ٱللَّهُ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ قَرَارًۭا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءًۭ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَتِۚ ذَلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْۖ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَلَمِينَ 


Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik.
Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. (Surah. Al Mu'min: 64)



هُوَ ٱلْحَىُّ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَٱدْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَۗ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَلَمِينَ 

Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
(Surah. Al Mu'min: 65)


هُوَ ٱلَّذِى يُحْىِۦ وَيُمِيتُۖ فَإِذَا قَضَىٰٓ أَمْرًۭا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ 

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: " Jadilah ", maka jadilah ia. (Surah. Al Mu'min: 68)

_______________________

Saya hanya menyampaikan.

Wassallam.


Mentelaah

Thursday, April 21, 2011

Larangan Rasululullah S.A.W.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه 
 
Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." (HR. Bukhari)

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Hadis diatas menguatkan hujah larangan Rasulullah saw ini. Eloklah kita elakannya. 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now.”

-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Tuesday, April 19, 2011

Jawatan Itu Adalah Amanah.


 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini ramai orang sangat-sangat menginginkan sesuatu pangkat dan jawatan. Justru berlakulah lobi melobi, merasuah dan membodek.

Di dalam Islam perkara ini adalah ditegah kerana sesuatu jawatan, status atau pangkat itu adalah amanah yang wajib dipikul dan dilaksanakan dengan bijak, tertib dan tawaduk.

Sabda Nabi SAW: "Kami tidak mengangkat orang yang bercita-citakan berkedudukan." (HR. Muslim)

Rasulullah SAW berkata kepada Abdurrahman bin Samurah: "Wahai Abdurrahman bin Samurah! Janganlah engkau menuntut suatu jabatan. Sesungguhnya jika diberi karena hasratmu maka kamu akan menanggung seluruh bebannya. Tetapi jika ditugaskan tanpa hasratmu maka kamu akan ditolong mengatasinya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat keputusan terhadap sesuatu perlantikan haruslah bijak di dalam urusan perlantikannya. Lantiklah mereka yang layak, beramanah dan bertakwa.

Begitu juga dengan mereka yang berkeinginan kepada sesuatu jawatan haruslah menilai diri sendiri dengan kemampuan dan kelayakan dirinya.

Sabda Nabi SAW: "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (HR Ahmad).

Berhati-hatilah kerana setiap dari kita akan berada di Yaumil Mashar bagi menjawab segala tindakan dan keputusannya. 

Mudah-mudahan kita terselamat dari bahana ini dengan rahmat Allah. 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now.”


-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68]

Friday, April 15, 2011

Orang-Orang Yang Bertakwa.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah SWT berfirman :

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَوَتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya :

" Dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang di sediakan untuk orang-orang yang bertakwa."
[Surah. Ali 'Imran : 133]

 Orang-orang yang bertakwa yang di maksudkan di dalam ayat Ali Ali 'Imran 133 adalah :

- Berlumba-lumba untuk beramal ibadat sehingga tidak dapat 
di tandingi.

- Bersegera memohon keampunan daripada Allah SWT 
dan keredhaanNya.

- Membelanjakan hartanya walaupun di waktu susah.

- Mereka yang menahan amarahnya dan sentiasa akan memaafkan kesalahan orang lain.

- Jika melakukan perbuatan keji yakni menganyayai diri, terus akan mengingati Allah SWT dengan serta merta [sepontan] 
memohon keampunan dariNya keatas dosa yang di lakukan.

Serba sedikit panduan yang dapat kita terjemahkan kepada diri ini dan sentiasalah beristiqomah [secara konsisten] untuk mendapat kenikmatan serta keberkatan dari Allah SWT , 
sesungguhnya kepadaNya kita berserah.

Wallahu a'lam.



Takwa & Iman

Think!

.
Salam.

Not many people "THINK" nowadays.

Why?



"And when We show favor to man, he turns aside and withdraws himself; and when evil touches him, he makes lengthy supplications." 
(Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar) 
(Surah Fusilat 41:51)


Prof. Dr. Alias Abdullah
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])