Showing posts with label Prof. Dr. Alias Abdullah.. Show all posts
Showing posts with label Prof. Dr. Alias Abdullah.. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanja.



 


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah " adalah prinsip meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan."

Berusaha, bekerja dan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh adalah dituntut dalam agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!

Sabda Rasulullah saw: "Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit." (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: "Janganlah kamu menjadi orang yang "ikut-ikutan" dengan mengatakan "Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim". Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, "Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya". (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga!
 

" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah
 
Best wishes from me:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
President, Malaysian Institute of Planners (MIP)
(My New email: 2profdralias@gmail.com)
----------------------------------
“Always remember a goal without a plan is just a wish. Vision without action is a dream. Action without vision is simply passing the time. Action with Vision is making a positive difference. That's why we must plan!”
----------------------------------

Saturday, August 13, 2011

Iman Adalah Tiket Ke Syurga.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya teringat satu lirik nasyid dari kumpulan Raihan yang berbunyi:
"Iman adalah mutiara di dalam hati manusia, Yang menyakini Allah Maha Esa Maha Kuasa.....Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai...."

Iman adalah sesuatu yang harus dibina dan dipupuk melalui amalan-amalan yang digariskan oleh Islam.

Namun, Iman bukanlah suatu yang mutlak milik kita. Jika kita berkata kita telah banyak beribadat dan beriman kepada Allah SWT maka hendaklah kita selalu ingat bahawa Iman itu tetap akan diuji oleh Allah.

Di dalam bulan Ramadan, membeli juadah untuk berbuka puasa juga adalah ujian tentang keimanan kita. Apakah juadah kita itu sesuatu yang keterlaluan dan membazir?

Begitu juga ucapan-ucapan dan ungkapan-ungkapan kita semasa berpuasa adalah ujian keimanan kita kepada Allah.

Malah jawatan, kuasa dan keluarga yang diamanahkan kepada kita juga menjadi sebahagian daripada ujian Allah tentang keimanan kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ankaboot, ayat 2-3 yang bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Hendaklah kita selalu beringat bahawa IMAN ITU BUKAN PERCUMA, IA TIDAK HADIR DENGAN SENDIRI DAN IANYA TETAP AKAN DIUJI DISUATU MASA NANTI.

Apakah kita sudah bersedia dengan kekuatan Iman yang ada?


Best wishes from:

PROF. DR ALIAS ABDULLAH
www.mip.org.my


----------------------------------
"A true conservationist is a man who knows that the world is not given by his fathers but borrowed from his children."

Friday, June 10, 2011

Jangan Banyak Berbicara Perkara Yang Tidak Berfaedah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebagai seorang Islam ada dua perkara yang mesti kita lakukan yakni "AMAR MAKRUF" dan "NAHI MUNGKAR".
AMAR MAKRUF bermakna menganjur atau mengajak kepada kebaikan sementara NAHI MUNGKAR ialah mencegah kemungkaran.

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."

Perkara ini juga diterangkan di dalam Al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” 
(Surah Ali Imran, 104)

Satu perkara lagi ialah jangan kita banyak berbicara kecuali kepada perkara yang baik-baik sahaja.

Sabda Nabi SAW:


"Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati."
(Riwayat at-Tirmidzi)

Selamat beribadah di malam Jumaat. Maaf zahir batin.

----------------------------------
“Productivity is never an accident. It is always the result of a commitment to excellence, intelligent planning, and focused effort.”
----------------------------------

From:
PDA
www.mip.org.my
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Thursday, April 21, 2011

Larangan Rasululullah S.A.W.



السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه 
 
Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." (HR. Bukhari)

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Hadis diatas menguatkan hujah larangan Rasulullah saw ini. Eloklah kita elakannya. 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now.”

-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Tuesday, April 19, 2011

Jawatan Itu Adalah Amanah.


 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini ramai orang sangat-sangat menginginkan sesuatu pangkat dan jawatan. Justru berlakulah lobi melobi, merasuah dan membodek.

Di dalam Islam perkara ini adalah ditegah kerana sesuatu jawatan, status atau pangkat itu adalah amanah yang wajib dipikul dan dilaksanakan dengan bijak, tertib dan tawaduk.

Sabda Nabi SAW: "Kami tidak mengangkat orang yang bercita-citakan berkedudukan." (HR. Muslim)

Rasulullah SAW berkata kepada Abdurrahman bin Samurah: "Wahai Abdurrahman bin Samurah! Janganlah engkau menuntut suatu jabatan. Sesungguhnya jika diberi karena hasratmu maka kamu akan menanggung seluruh bebannya. Tetapi jika ditugaskan tanpa hasratmu maka kamu akan ditolong mengatasinya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat keputusan terhadap sesuatu perlantikan haruslah bijak di dalam urusan perlantikannya. Lantiklah mereka yang layak, beramanah dan bertakwa.

Begitu juga dengan mereka yang berkeinginan kepada sesuatu jawatan haruslah menilai diri sendiri dengan kemampuan dan kelayakan dirinya.

Sabda Nabi SAW: "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (HR Ahmad).

Berhati-hatilah kerana setiap dari kita akan berada di Yaumil Mashar bagi menjawab segala tindakan dan keputusannya. 

Mudah-mudahan kita terselamat dari bahana ini dengan rahmat Allah. 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
“Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now.”


-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68]

Friday, April 15, 2011

Think!

.
Salam.

Not many people "THINK" nowadays.

Why?



"And when We show favor to man, he turns aside and withdraws himself; and when evil touches him, he makes lengthy supplications." 
(Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar) 
(Surah Fusilat 41:51)


Prof. Dr. Alias Abdullah
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Tuesday, April 12, 2011

Amaran Dari Allah Selalulah Beringat.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Firman Allah SWT:

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 قُلِ ٱنظُرُوا۟ مَاذَا فِى ٱلسَّمَوَتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَمَا تُغْنِى ٱلْءَايَتُ وَٱلنُّذُرُ عَن قَوْمٍۢ لَّا يُؤْمِنُونَ 

Maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad) : 
Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. 
Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), 
tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
( Surah Yunus: 101 )

Jika ditakdirkan anda berada dalam situasi gambar ini, apakah yang anda akan fikirkan?

Renung-renungkan!


------------------------------------------------------------------------------------------------------

"You can never plan the future by the past."


-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


Situasi & Keadaan

Thursday, April 7, 2011

Kepimpinan dan Tanggungjawab.


السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه



Ingatlah bahawa KEPIMPINAN itu adalah AMANAH dan kita BERTANGGUNG JAWAB di atas segala AMANAH ini. Di hari Kebangkitan kita akan ditanya tentang AMANAH yang kita PIMPINI.

Sabda Rasulullah saw: "Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) memimpin dan bertanggung jawab ke atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab ke atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Berhati-hatilah. Mudahan kita sentiasa mendapat rahmat Allah.

Maaf zahir batin.

“The greatest accomplishment is not in never falling, but in rising again after you fall.”

3 Jamadil Awal 1432
-------------------
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])



Penyamaran.