Saturday, March 12, 2011

Hadith Nabi s.a.w - Empat Ragam Manusia.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dunia dihuni empat ragam manusia.
Pertama, seorang hamba diberi Allah harta kekayaan dan ilmu pengetahuan lalu bertakwa kepada Tuhan nya, menyantuni sanak-keluarganya dan melakukan apa yang diwajibkan Allah atasnya maka dia berkedudukan paling mulia.

Kedua, seorang yang diberi Allah ilmu pengetahuan saja, tidak diberi harta, tetapi dia tetap berniat untuk bersungguh-sungguh. Sebenarnya jika memperoleh harta dia juga akan berbuat seperti yang dilakukan rakannya (kelompok yang pertama). Maka pahala mereka berdua ini adalah (kelompok pertama dan kedua) sama.

Ketiga, seorang hamba diberi Allah harta kekayaan tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan. Dia membelanjakan hartanya dengan berhamburan (foya-foya) tanpa ilmu (kebijaksanaan). Ia juga tidak bertakwa kepada Allah, tidak menyantuni keluarga dekatnya, dan tidak memperdulikan hak Allah. Maka dia berkedudukan paling jahat dan keji.

Keempat, seorang hamba yang tidak memperoleh rezeki harta maupun ilmu pengetahuan dari Allah lalu dia berkata seandainya aku memiliki harta kekayaan maka aku akan melakukan seperti layaknya orang-orang yang menghamburkan wang, serampangan dan membabi-buta (kelompok yang ketiga), maka timbangan keduanya sama.

(HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Jazakhallahbikhair di atas membaca hadith ini.

Saya hanya menyampaikan!

Professor Dr Alias
日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])





Suatu Do'a Di Pusara Buat Kita.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Satu perkara yang penting sama ada disebelah petang hari terakhir bulan Ramadhan atau pun di pagi Syawal ramai orang Islam akan menziarahi tanah perkuburan.
Ia bertujuan untuk membersihkan kawasan kubur disamping berdoa kepada Allah SWT untuk saudara mara yang telah meninggal dunia.

Saya ceritakan kisah ini untuk renungan kita bersama kerana kita pun akan hampir atau pun telah sampai pada situasinya.

"Pada suatu Syawal yang lepas yakni selepas solat Aidilfitri satu sekeluarga Islam telah ke tanah perkuburan di kampung halaman ku.

Sampainya mereka ke situ mula-mula dilakukan ialah membersihkan permukaan kubur yang tumbuh dengan rumput dan semak samun, memperbetulkan batu nisan serta meratakan tanah dipermukaan kubur. Maklumlah hanya setahun sekali balik ke kampung halaman.

Kemudiannya ditanamkan tumbuhan renek seperti pokok bunga melor di atas kubur, ditaburkan bunga-bunga dan dijiruskan air wangian di atas pusara itu.

Setelah ke semua urusan itu selesai mereka pun mula membacakan surah Al-Fatihah dan Yassin.
Kemudian diikuti dengan doa. Semasa berdoa kelihatan sugul dan sedih wajah mereka yang lebih dewasa.
Sambil berdoa air mata mereka mula menitis. Doa kali ini amat berlainan sekali dari tahun-tahun sebelumnya.

Terdengar suatu bisikan di dalam doa itu; "Ya Allah Ya Tuhan ku, telah lebih 40 tahun aku dan ahli keluarga ku hadir mendoakan kedua ibu bapa ku dan kami tidak putus asa untuk datang setiap tahun diperkuburan ini.

Ya Allah, aku sudah semakin tua, rambut ku semakin putih beruban, kulit ku semakin kendur, pergerakan ku semakin lesu, dan aku pun semakin uzur.

Ya Allah, ibubapa ku adalah payung kehidupan aku di waktu aku masih kecil.

Mereka telah membesarkan aku dengan pengorbanan, kasih sayang, titik peluh dan kewangan yang banyak.

Namun.... Engkau lebih mengasihi mereka dan mereka telah kembali kepada Engkau di waktu usia aku masih muda.

Aku redha dengan itu tetapi di sudut hati kecil ku terdapat kerinduan terhadap mereka berdua.

Aku masih ingat akan kasih sayang mereka kepada aku sewaktu mereka masih hidup.

Tautan kasih sayang itu tidak akan pudar tetapi aku perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ini hanya sementara dan kembali kepada Mu itu adalah wajib.

Ya Allah, hari ini aku sudah semakin tua sepertimana usia kedua ibubapa ku.

Malah aku kelihatan lebih berusia dari mereka dikala mereka masih hidup.

Aku cuma menghitung hari, minit dan saat akan kembalinya aku kepada Engkau, Ya Allah!

Sesudah itu aku tidak akan lagi mampu menziarahi pusara ini dan berdoa untuk kedua orang tua ku.

Mungkin jua aku tidak akan dimakamkan di sini dan lantaran terputus sudahlah kunjungan ini.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku dan juga dosa kedua ibubapa ku untuk selama-lamanya.

Engkau rahmatilah mereka berdua dan ..... jika kehadiran aku hari ini adalah yang terakhir maka pertemukanlah aku dengan mereka di Syurga dengan rahmat Mu, Ya Allah!

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Kekal.

Engkaulah jugalah Tuhan yang Mengabulkan permintaan dan doa-doa hamba-hamba Mu.

Jika ini adalah doa dan permintaan ku yang terakhir maka aku memohon dikabulkan permintaan ku ini.

Ameen Ya Rabul Alameen!"

(Sambil menangis dan kembali berbisik)

"Abah dan ibu ku yang tersayang.... Mungkin kunjungan ini adalah yang terakhir untuk ku.... Aku pun sudah terlalu tua dan amat uzur.... Selamat tinggal abah dan ibu.... Mudah-mudahan anak-anak dan cucu cicit ku akan terus hadir mendoakan kita hinggalah ke akhir hayat mereka .... dan semuga hingga ke hari kiamat kelak kita terus mendapat doa-doa dari mereka!"

Kemudian keluarga ini pun meninggalkan pusara itu.

Pada tahun seterusnya di hari Raya Aidilfitri aku hadir ke pusara kampung ku ini lagi.

Namun, tidak kelihatan seorang insan tua yang selalu berdoa di kawasan perkuburan ini.

Aku hampiri beberapa ahli keluarganya dan bertanya, "Di manakah Pakcik yang selalu datang membaca surah Yassin dan berdoa di sini?"

Jawab mereka, "Ya Pakcik!, dia adalah ayah kami dan dia bersama mereka di sini, di makam ini. Kami adalah warisnya dan kami akan terus mengunjungi pusara ini hingga ke akhir hayat kami. Pakcik pula bagaimana?"

Aku cuma tergamam kerana persoalan itu.

Lalu aku menjawab, "Insya Allah, aku jua akan menuruti mereka di suatu masa nanti!"

Dan...dalam hati kecil ku pula berkata, "Siapakah yang akan hadir untuk mendoakan aku setelah aku kembali ke RAHMATULLAH?" Termanggu aku.


日明日إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue, 
That they may understand my saying." (Taha [20:25])

 











Friday, March 11, 2011

Manipulasi dan Pembohongan di dalam Agama.

السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

Pada hari ini kita dapati terdapat saudara Islam kita yang menyeru kepada ajaran agama Islam secara TIDAK BERETIKA, MEMAKSA & MEMUTAR-BELITKAN AJARAN DAN FAKTA.

Akibatnya semakin ramai yang tidak berminat untuk mendalami ilmu agama, terdapat mereka yang was-was dengan sesuatu ajaran ilmu Islam yang disampaikan, dan tidak ketinggalan terdapat mereka yang menjadi sesat.

Perbuatan 'manipulasi dan pembohongan di dalam agama' ini haruslah dihentikan. Apa-apa jua ilmu yang kita terima hendaklah sentiasa diperiksan. Pastikan ianya benar-benar berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih.

Rujuklah kepada ustaz atau guru yang muktabar dan belajarlah secara berguru dan bukannya dari rantaian penulisan email, blok atau pun Facebook/Twitter yang tiada sumber sahihnya. Begitu juga dengan kempen-kempen politik yang bersadurkan agama.

Firman Allah SWT di dalam Surah An Nahl (16:125):
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

(Invite (mankind, O Muhammad SAW) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Quran) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.)

Serulah dengan kebijaksanaan dengan beralaskan ilmu yang sempurna.

Sabda Nabi SAW: "Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang maka dia diberikan pendalaman dalam ilmu agama. Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar." (HR. Bukhari)




SELAMAT MENDALAMI ILMU AGAMA!

PDA
27 Februari 2010
日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])


Jiwa Yang Tenang Adalah Permata Hidup.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudah-mudahan Allah melapangkan dada kita dan dibukakan minda kita dengan ilmu yang bermanfaat. Dan juga yang paling penting ialah dianugerahkan iman dan ketenteraman jiwa supaya kita boleh beribadah kepada Nya dalam suasana yang kusyuk dan bertaqwa.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA adalah amat penting di dalam kehidupan seharian kita. Jiwa yang tenang dan tenteram adalah suatu anugerah dari Allah SWT. Dengan jiwa yang tenang kita dapat memikirkan banyak perkara khususnya tentang HIKMAH dari Allah. Dengan jiwa yang tenang juga kita dapat menyelesaikan banyak masalah dan persoalan kehidupan.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA RAGA membolehkan kita beriman dan beramal soleh.

Sabda Rasulullah SAW; "Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman." (HR. Ath-Thabrani)

Hati dan jiwa yang tenang, tenteram dan tawaduk itu perlu dibina dan dipupuk atas dasar taqwa. Ia tidak datang dengan sendirinya. Ia mesti diusahakan. Sebab itulah dengan banyak beribadah, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT dapat menenangkan jiwa kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rad ayat 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Firman Allah lagi di dalam Surah At-Taghabun [64:11] yang bermakna "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

APAKAH ANDA MEMILIKI JIWA YANG TENANG DAN TENTERAM ATAUPUN JIWA YANG GELISAH DAN TERTEKAN AKIBAT BANYAK MASALAH DI DALAM HIDUP?
 
PDA, 
Sent from Heaven
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


 
.



 

Monday, March 7, 2011

8. Renungan [Kata-Kata]

السَّـلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُـه

ADAB MEMAKAI - MULAKAN DENGAN KANAN


DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Prof. Dr. Alias Abdullah
Kulliyyah of Architecture & Environmental Design
International Islamic University Malaysia

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])


7. Renungan [Kata-Kata]



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Anugerah Penafasan [Udara].

Rasailah penafasan mu, mempunyai sifat turun naiknya [menarik dan menghembus], begitu indah pentadbirnya, ia termaktub mengikut kadar yang telah di tentukan [mempunyai ketetapan dan termaktub], memperolehinya secara percuma, ia begitu mahal nilainya, tidak akan dapat ditebus nikmatnya oleh kita [manusia], sungguh pemurahnya penciptanya [Yang Maha Esa], sedangkan kita [manusia] sentiasa berkira-kira denganNya.

Wallahua'lam.



Wednesday, March 2, 2011

6. Renungan [Kata-Kata]


 QUOTE OF THE DAY.


Salam. Quotes enrich knowledge and provide motivation.

Quote 1: "Never mistake knowledge for wisdom. One helps you make a living; the other helps you make a life."

Have a nice weekend!

PDA
日明日 • إِلياسَ
The Way I Think!

“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])
---------------------------------------------
"My Lord! relieve my mind
And ease my task for me;
And loose a knot from my tongue,
That they may understand my saying." (Taha [20:25])