Monday, March 25, 2013


Renungan Bersama:

Bahawasanya ketika Allah SWT akan menciptakan Adam a.s maka ketika itu para Malaikat berkata serta membantah.
Apakah Allah SWT akan menciptakan seorang manusia yang akan merosakan dan menumpahkan darah dipermukaan bumi?

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
[Surah.Al Baqarah: 30]

Maka setelah Allah SWT menciptakan dan terciptanya Adam a.s maka bersujudlah para Malaikat sekeliannya, kecuali iblis laknatullah.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
[Surah.Al Baqarah: 34]


Maka setelah itu Allah SWT mengutuknya, kemudian iblis berkata; Ya Allah! tangguhkanlah hidupku sampai dengan hari kiamat untuk menggoda anak cucu Adam.

Allah SWT berfirman:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

Maksudnya:
Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
[Surah.Al Hijr: 34]

dan 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ

Maksudnya:
Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.
[Surah.Al Hijr: 35]

Demikianlah hendaknya kita harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati berawas diri daripada godaan-godaan iblis dan syaitan dengan segala macam tipu dayanya hinggakan kita boleh terjerumus kedalam jurang kemaksiatan dan dosa.
Dan sesungguhnya disyurga tempat Adam dan Hawa lalu digoda oleh iblis dengan tipu helahnya, maka akhirnya tergoda jua keduanya sehingga Allah SWT mengeluarkan mereka berdua dari dalam syurgaNya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa sebagai manusia kita tidak akan dapat luput dari membuat kesalahan dan dosa seperti bersifat kesyaitanan, kehaiwanan, kebuasan dan ketuhanan, umpama Fir'aun yang mengaku akan dirinya sebagai tuhan.

Perkara songsang seperti ini sudah pasti disokongi oleh syaitan yang memesongkan penglihatan kita melihat diri ini kononnya hebat, berkuasa dan sebagainya. 
Bahawasanya pada diri ini ada dua Malaikat Rakib dan Atid yang mencatat amal-amal perbuatan dan perkerjaan manusia yang baik dan yang buruk, ia akan diperhitungkan pada hari mahsyar oleh Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Saturday, March 23, 2013

.سڤولوه وصية حسن البننا

1. سڬراله تونايكن صلاة بيلا ساودارا مندڠر اذان، والاو باڬايمانا سكاليڤون كادأن كيت.
2. باچله القرءان، بواتله كاجين،دڠرله علمو اتاو برذيكيرله. جاڠن هابيسكن ماس ساودارا ڤد ڤركارا يڠ تيدق ممبري فاءيده.
3. بروسها منچاڤأي دالم بهاس عرب فوسها، كران اي مروڤاكن ساله ساتو شعار اسلام.
4. جاڠن كيت باڽقكن ڤرديبتن دالم سموا اوروسن، والاو باڬايماناڤون كادأنڽ، كران ڤرتيڠكرن ايت تيدق منداتڠكن كبايكن.
5. جاڠن باڽق كتاوا، كران اورڠ يڠ برهوبوڠ دڠن الله برصفة تنڠ دان سريوس.
6. ساودارا جاڠن برڬوراو، كران امة يڠ برجهاد هاڽ مڠنل كسريوسان.
7. جاڠن اڠكت سوارامو لبيه تيڠڬي دري يڠ دڤرلوكن اوليه ڤندڠر، كران يڠ دمكين ايت ڤربواتن بودوه دان مڽاكيتكن.
8. ساودارا جاڠن مڠومڤت سساورڠ، جاڠن مرنداهكن سبارڠ ڤرتوبوهن دان جاڠن برچاكڤ كچوالي كباجيكن.
9. بركنلنله دڠن اورڠ يڠ ساودارا تموي دري كالڠن راكن-راكن ساودارا، سكاليڤون ساودارا تيدق دمينتا بربوات دمكين، كران اساس دعوة كيت اياله كاسيه سايڠ دان بركنلن.
10. كواجيڤن لبيه باڽق دري وقتو، اوليه ايت تولوڠله اورڠ لاين سوڤاي ممنفعتكن وقتوڽ. كالاو ساودارا بروروسن سيڠكتكنله ماس ڤنوناءيانڽ.
.والله اءلم

Thursday, January 31, 2013


Tanda 100 Hari Sebelum Mati

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat